
Kenapa saya berubah? Saya tidak berubah, saya menyokong dasar, bukan parti atau individu, dasar UMNO kini berubah, jadi saya kembali menyokong UMNO dan sudah tentulah menyokong kepimpinan yang berani mengubah dasar tersebut” Demikianlah kata-kata Ezam semasa ditanya mengapa kembali ke pada UMNO. Ezam boleh saja memberi berbagai alasan,namun mungkin itulah pilihan wadah politiknya yang terbaik baginya.
Mungkin ramai telah memberi nasihat kepadanya samada rakan terdekat mahupun kawan-kawan yang jauh. Namun keputusan telah dibuat dan dihadapan kaca TV bersama pemimpin numero uno UMNO mengisytiharkan dirinya sebagai ahli UMNO.
Aku hairan kenapa nak perbesarkan isu Ezam masuk UMNO. PKR wujud bukan kerana seorang pemimpin saja.PKR adalah hak orang ramai. Cuma aku harap PKR jangan jadi macam UMNO bila sudah berkuasa,mula lupa daratan.
Namun ada juga yang berpendapat bahawa Ezam bukan sebenarnya masuk UMNO dalam ertikata sebenarnya,tetapi dipacak dalam UMNO sebagai "trojan horse" Baca di sini.

Apa dah jadi dengan Roslan Kassim dan rakan-rakan yang lompat masuk UMNO sebelum pemilu 2004 dulu? Berita pun tak ada dan bayang pun tak nampak.
Walaupun Pak Lah senyum menerima Ezam,tetapi ramai dalam UMNO tetap bermasam muka. Baca di sini.
Berikut adalah komen-komen berkaitan dengan isu ini. Baca di sini,sini,sini,sini, sini dan sini.
Apa-apa pun biarkan Ezam dan rakan-rakan terjun dengan labu-labu mereka.
cheers.
No comments:
Post a Comment