12 May 2008

Mahathir - kemungkinan Anwar menjadi PM tidak dapat ditolak.....

The BN MP for Kimanis, Anifah Aman said "If there is no more space in the existing bungalow house (BN), what is the harm in them moving to a smaller house (terrace house)?"

This was greeted with cheers from the Opposition side and nods from Sabah backbenchers. The apt analogy was his answer to Ahmad Zahid Hamidi’s (BN-Bagan Datok) question to him about whether Sabah backbenchers were tempted to cross over to the Opposition.

Anifah Aman added, that the solution was a little bit more complex than just the adding of rooms."We are in the same bungalow but we don't enjoy the same privileges. We are not only treated like stepchildren but now we are treated contemptuou
sly with talk that we are going to defect. "What is the use of additional rooms in the bungalow if we are forced to sleep near the toilet," he said to more cheers. He added that the thing the government needed to work on was the prevention of Sabah from falling into the hands of the Opposition.

Ungkapan MP Kimanis,Anifah Aman bahawa "Tidak guna berada di dalam banglow kalau duduk dalam tandas," secara sinis membawa maksud, apakah faedahnya berada dalam gomen kalau sekadar menumpang saja. Apakah kenyataan Anifah Aman itu boleh dianggap sebagai indikator akan berlakunya fenomena ahli-ahli tukar kapal dalam tempoh terdekat?

Ku Li dan Mahathir masing-masing telah menyatakan dengan jelas bahawa cakap-cakap Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan lebih daripada 30 orang MP melompat masuk Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang perlu Pat Lah dan gomen BN memandangnya dengan serious.

Mahathir berkata, kemungkinan Anwar menjadi PM tidak dapat ditolak.Tambahnya lagi, kalau ini berlaku ia bukan kerana kekuatan Anwar tetapi lebih disebabkan oleh kelemahan gomen BN yang bersikap seolah-olah tidak ada apa yang mengancam sedang berlaku dan memandang sepi protes pengundi. Baca di sini.

Anwar telah mendakwa secara terbuka bahawa pihaknya mempunyai cukup sokongan MP BN untuk membentuk kerajaan pusat selewat-lewatnya pada Hari Malaysia 16 September ini.Sekira ini menjadi kenyataan,apakah Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memerintah Malaysia?

Ramai berpendapat bahawa,untuk merealisasikan impian ini, Anwar Ibrahim perlu berada dalam parlimen sebagai seorang wakil rakyat. Hanya dengan menjadi wakil rakyat sajalah baru wakil-wakil rakyat BN yang hendak crossover itu ada keyakinan untuk tukar kapal.Hal ini tidaklah susah, kerana Anwar Ibrahim boleh memilih mana-mana saja kerusi parlimen yang dia hendak bertanding. Dua kerusi parlimen yang disebut-sebut adalah Bandar Tun Razak dan Permatang Pauh. Namun demikian,Anwar Ibrahim tidak mahu tergesa-gesa berbuat demikian buat masa ini.

Anwar Ibrahim ada banyak pilihan selain daripada mengoda wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak. Mungkin ada juga ramai wakil-wakil rakyat BN dari Semenanjung yang bersedia tukar kapal "when the time is right". Apa yang perlu Anwar Ibrahim lakukan adalah tunggu dan lihat sejauh mana kemelut yang sedang bergolak dalam UMNO itu berakhir. Namun pokoknya,ramai ahli UMNO sudah mahu Pat Lah berundur,malah ada yang telah atur jadual pengunduran Pat Lah.

Anwar Ibrahim juga boleh bersekutu dengan Ku Li untuk menjatuhkan gomen Pat Lah. Pada fikiran saya adalah terlalu sukar bagi Ku Li untuk meraih 60 pencalonan bagi menentang Pat Lah untuk jawatan presiden UMNO dalam situasi sekarang. Jalan pintas yang terbaik adalah bagi Ku Li adalah dengan membawa pengikut-pengikutnya untuk menyokong Pakatan Rakyat, kalau Ku Li benar-benar mahu menyelamatkan UMNO. Walaupun tindakan Ku Li sebegini adalah di luar norma politik kepartian, namun dalam arena politik kita tidak boleh menolak sebarang mungkin ianya akan berlaku.

Dalam situasi sekarang,saya berpendat adalah lebih baik Anwar Ibrahim jangan bertanding dalam pilihanraya kecil lagi, kerana BN/UMNO dan gomen Pat Lah akan membuat apa saja,dan akan memperkudakan semua agensi gomen termasuk PDRM,SPR dan menabur jutaan wang ringgit untuk memastikan Anwar Ibrahim tidak menjadi wakil rakyat.

Kalau Anwar Ibrahim berjaya menumbangkan gomen Pat Lah melalui crossover wakil-wakil rakyat BN, Anwar masih berpeluang untuk menjadi PM dengan cara menjadi seorang senator dahulu.

Bila sudah jadi PM, barulah bertanding dalam pilihanraya kecil,kerana pada ketika itu,sebagai PM, Anwar Ibrahim sudah berkuasa ke atas PDRM,SPR serta agensi-agensi gomen lain,
termasuk media massa. BN/UMNO sudah tentu tidak akan berupaya untuk memutarbelit keadaan seperti mana yang dilakukan semasa mereka memerintah. Baca di sini.

Dalam temubualnya dengan the Star, Tengku Razaleigh telah membuat komen berikut terhadap soalan peluang Pakatan Rakyat berkuasa........

Star: How would you rate Pakatan Rakyat’s chances of taking over the government through crossovers? Do you share Dr Mahathir’s view of taking the threat seriously?

Ku Li: I do. We should not take it lightly because unlike Umno members in the peninsula, those in Sabah have only been members since 1990 or just before that. Umno is relatively new there. And also people in Sabah have been jumping parties – from Usno to Berjaya to Umno and so many other parties. The whole lot of them have been jumping here, there and everywhere. I’m not saying that they don’t have principles or they have a stand on certain given ideals. But I think their heart is not in the party struggle. Because of the racial politics here, we are closer to the party struggle than those in Sabah.

Liew Chin Tong, seorang pakar strategi DAP mengatakan,"Anwar has set Sept 16, the date when Malaysia was born, as the day the new government may be formed.Reliable sources said 17 Barisan MPs will jump soon.“I believe in the domino theory. If it happens, it will happen en bloc and there will be a flood. It is a prospect that is very possible to some and totally unthinkable to others.Power couple and media frenzy: Anwar is back in the political spotlight amid claims that Pakatan Rakyat will form the government before the year is out".( How will Anwar play his cards-Joceline Tan,Star 11/5/08). Read here,and here.

Mudah-mudahan impian ini akan menjadi kenyataan.....

For the latest read here,here,here,here,and here.

cheers.

( Will be away and no updates till I can manage to get to a computer or cyber cafe,see U then)

No comments: