09 May 2008

RM1.14 juta setahun untuk 3 orang penasihat Pat Lah.....

Tahukah anda bahawa gomen Pat Lah belanja RM1.14 juta setahun untuk membayar gaji kepada 3 orang penasihat Pat Lah yang kerja-kerja mereka bertindih dengan menteri-menteri gomennya.

Penasihat hal Ehwal Wanita kepada Perdana Menteri, Shahrizat Jalil menerima RM33,727.20 sebulan atau RM404,726.40 setahun. Bukankah hal ehwal wanita itu menjadi tanggungjawab Dr Ng Yen Yen,Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat?

Penasihat Agama Pat Lah, Abdul Hamid Othman gaji sahaja RM27,163 atau RM549,675 setahun termasuk bayaran kepada staf RM18,643.25 sebulan. Abdul Hamid juga pernah dilantik menjadi Penasihat Agama kepaqda Mahathir. Bukankah hal ehwal agama itu menjadi tanggungjawab Ahmad Zahid Hamidi,Menteri di JPM?

Penasihat Petronas, Mahathir Mohd.,menerima gaji RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun.

Semua itu menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.14 juta bagi membayar elaun tiga penasihat kerajaan yang juga bekas ahli politik BN.

Bukankah lebih berfaedah jika peruntukan itu digunakan untuk membantu penduduk berpendapatan rendah........

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Gaji RM15K sebulan untuk TDM mmg tak setimpal dgn jasa yg pernah diperjuangkan oleh beliau.

Gaji Rm15K terlampau sedikit jika hendak dibangdingkan dengan gaji CEO petronas sendiri (lebih RM50K sebulan). Malah gaji Shahrizat pun melebihi gaji TDM.

Memang tak patut seorang negarawan dibuat sedemikian rupa. Itu belum tolak cukai lagi.. saya kira jumlah gaji bersih TDM sebagai penasihat petronas lebih kurang RM10K shj. Nak dekat sama dgn gaji saya shj. Mmg tak patut!

Patutlah muka Pak Lah tu nampak mcm tak dpt rahmat aje.

Unknown said...

Madet tak payah gaji, dia kena bayaq kat kerajaan semua pembaziran yang dia buat, semua duit yang digunakan untuk bail out anak dia.