28 November 2008

Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia...........

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu.Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf. Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi. Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Allahyarham menghadiri sesi permukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula hari ini. Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak. Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu.

source: malaysiakini

Saya kenal Allahyarham Razali Ismail semasa beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Maktab Perguruan dan saya dapati bahawa beliau adalah seorang cendiakawan yang mempunyai lenggok bahasa dan penguasaan bahasa Melayu yang cukup sempurna. Dalam pertemuan kami sering bincang isu-isu pendidikan serta masalah perkembangan bahasa Melayu masa kini.

Soal politik negara juga sering dipertikaikan. Pada mulanya saya fikir allahyarham ini berpihak sebelah kiri, tetapi bila beliau dipilih bertanding dalam pemilu 2004 barulah saya tahu pendirian sebenarnya. Namun, sebagai kawan saya tetap menghormati beliau sebagai seorang ilmuan yang pandai berhujah dan berwacana dengan gaya bahasa yang tersendiri.

Malang sekali, pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada negara ketika negara sedang meraba-raba menetapkan halatuju dasar pendidikan negara yang masih terumbang ambing.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham, moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.......

Baca di sini.

Al-Fatihah.

No comments: