05 November 2008

Najib buka mulut,pembangkang pulau Dewan........

Dewan Rakyat bertukar tegang sambil pembangkang memulaukan sidang ketika Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang mengambil alih portfolio sebagai Menteri Kewangan lebih sebulan lalu, menyampaikan ucapan sulung penggulungan Bajet 2009 petang ini. Lebih 70 ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat atas alasan tidak diberi laluan untuk mengemukakan soalan.

Ketegangan bermula kira-kira lima minit Najib mula berucap sambil memaklumkan Dewan Rakyat bahawa beliau tidak akan memberi laluan sehingga habis mengemukakan ucapannya. Makluman itu menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat Parlimen pembangkang.Kekecohan bermula pada awal sesi penggulungan yang bermula 4.30 petang apabila Najib memberitahu Dewan beliau hanya akan memberi laluan untuk penjelasan selepas membentangkan dasar-dasar untuk menangani masalah ekonomi.

KOMEN ANWAR

Di lobi Parlimen Anwar memberitahu wartawan bahawa beliau hairan dengan tindakan Menteri Kewangan enggan memberi laluan untuk memohon penjelasan.

"Apa yang dipersoalkan ialah Najib mengemukakan angka baru dalam penggulungannya.

"Tiada makna kalau kami hanya datang untuk mendengar, kami boleh baca sendiri.

"Apa yang kami mahukan ialah penjelasan kepada angka-angka baru ini," katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat ketika ditanya mengapa pembangkang tidak tunggu kerana Najib sendiri mengatakan akan memberi laluan selepas membentangkan langkah-langkah tambahan Bajet 2009 berkata:

"Ini bukan soal boleh tunggu atau tidak."

Katanya, ahli-ahli Parlimen sudah menunggu selama dua minggu supaya kerajaan membentangkann bajet yang baru kerana bajet yang lama sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.

Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan seolah-olah menidakkan cadangan yang dikemukakan oleh pembangkang supaya membentangkan bajet baru, yang lebih relevan.Ia merupakan ucapan penggulungan pertama bajet bagi Najib selaku Menteri Kewangan.

PENJELASAN NAJIB

Dalam pada itu, Najib pada sidang akhbar berkata, tindakan Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat adalah tidak bertanggungjawab kerana sudah mengatakan bahawa akan memberi peluang bertanya soalan selepas habis membentangkan langkah-langkah tetapi pembangkang tidak sabar.Beliau berkata, pembangkang tidak sepatutnya bertindak demikian kerana apa yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat adalah langkah tambahan yang begitu penting untuk masa depan negara dan juga untuk membela kepentingan rakyat.

"Jadi dalam pembentangan seperti ini, mereka sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan menunjukkan sikap yang membina sepatutnya hadir dalam masa pembentangan itu.

"Ini satu yang rakyat mesti sedar bahawa mereka telah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pembangkang yang konstruktif dan bertanggungjawab," katanya.

Kata Najib, beliau membuat keputusan tidak memberikan laluan untuk penjelasan sehingga selesai pembentangan peringkat pertama kerana ingin memberikan gambaran yang jelas supaya tidak ada pihak yang terkeliru dengan langkah dan dasar baru yang dibentangkan.

"Elok saya buat pembentangan dulu. Bila dah nampak gambaran keseluruhannya, kalau mereka nak buat pertanyaan penjelasan, saya sanggup memberi penjelasan. Tapi nampaknya mereka tidak sabar dan nak keluar juga.

"Saya memang dah janji bahawa saya akan bagi masa untuk mereka membuat sebarang pertanyaan dan penjelasan.

"Saya bukan menafikan, saya menggunakan hak saya untuk menentukan bila saya nak bagi peluang," katanya.

source:mStar.com.my

---------------------

Bila Anwar Ibrahim membahaskan usul Bajet 2009 dulu wakil rakyat BN tak masuk dewan,dok minum kopi di kantin parlimen. Mereka memberi berbagai alasan ketika ditanya oleh wartawan.
Kini, bila kena pada Najib Razak, bila ditemubual wartawan perihal keluar dewan hari ini,dia kononnya sedih dan kecewa kerana ahli parlimen pembangkang tidak beretika dan serius menjadi wakil rakyat kerana bertindak keluar dewan ketika dia berucap.Bila ahli parlimen BN keluar dia tidak pula mengutuk.

Poooooorah...........Cakap tak serupa bikin. Setakat dok baca skrip sapa pun boleh. Kenapa Najib tak mau beri laluan? Kerana dia tak tahu apa langsung pasal menguruskan ekonomi negara. Jadi,bila ditanya nanti,tak tau nak jawab muka nak letak kat mana.........

Baca di sini.

cheers.

No comments: