
dah di belakang kita.
Razak Baginda merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya dibebaskan 31 Oktober lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah Hakim Mohd Zaki mendapati tiada kes prima facie bagi Razak untuk menjawab tuduhan.
Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya berkata, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan atas alasan Hakim Mohd Zaki Md Yasin yang memutuskan kes berkenaan sudah membuat penemuan fakta ketika membebaskan Abdul Razak daripada tuduhan tersebut.
Sementara itu,ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini meminta Jabatan Peguam Negara memberikan alasan yang konkrit berhubung keputusan mereka tidak akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, Abdul Razak Abdullah Baginda pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

"Apabila tiba masa pembebasan pada masa ini, tiada alasan konkrit yang diberikan...tiada yang berubah. Jika tiada yang berubah, kami akan tanya kenapa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan yang sebaliknya iaitu rayuan tersebut tidak perlu (dilakukan).
"Ini penting kerana kes ini bukan sahaja mendapat perhatian dalam negara malah daripada masyarkat antarabangsa," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Bagaimanapun, dua lagi terduduh iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi dan akan memberikan keterangan secara bersumpah untuk membela diri mereka mulai 15 Januari tahun depan.
source: myStar
Depa(pendawa) tak mahu buat rayuan mungkin atas arahan orang di atas kot....... Btw. gambar anak Altantuya tu mirip sapa ya?
cheers.
1 comment:
Aku tengok rupa anak Altantuya tu macam si Najib anak Razak aje!!
Post a Comment