06 December 2013

Nizar vs Utusan - Utusan Meloya kena KO lagi...


Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Utusan Melayu (M) Berhad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan ia membayar gantirugi RM250,000 kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung artikel berita memfitnah dalam isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1.
  
Panel hakim tiga anggota diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan saman sivil Mohammad Nizar terhadap syarikat akhbar itu.
  
Dalam keputusannya, Hakim Zaharah berkata Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mohammad Nizar telah berjaya membuktikan dakwaannya terhadap Utusan Melayu.

"Kami mendapati Mahkamah Tinggi adalah betul apabila mendapati perkataan-perkataan yang mempersoalkan perkara itu adalah memfitnah responden (Mohammad Nizar)," kata Hakim Zaharah, yang bersidang bersama-sama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Lim Yee Lan.
  
Beliau berkata pembelaan Utusan Melayu bagi justifikasi, komen yang adil dan perlindungan bersyarat tidak boleh diterima.


Dalam pembelaan bagi perlindungan bersyarat, Hakim Zaharah berkata wujud niat jahat di pihak Utusan Melayu kerana keterangan menunjukkan perkataan-perkataan itu adalah tidak betul dan wartawan bersikap cuai dalam laporannya.
   
Katanya jumlah gantirugi diberikan oleh Mahkamah Tinggi adalah berpatutan dengan mengambil kira kedudukan Mohammad Nizar dan keadaan kes itu.
   
Hakim Zaharah memerintahkan Utusan Melayu membayar RM20,000 sebagai kos perundangan kepada Mohammad Nizar.
   
Mohammad Nizar memfailkan saman sivil RM50 juta terhadap Utusan Melayu pada 10 Julai tahun lepas berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Utusan Malaysia mengenai komen dalam Twitter beliau (Mohammad Nizar) mengenai bidaan RM520,000 Sultan Johor bagi nombor pendaftaran WWW1.



Dalam pernyataan tuntutannya, Mohammad Nizar berkata beliau memasukkan kenyataannya itu dalam akaun Twitternya pada 28 Mei, tahun lepas mengenai nombor pendaftaran kenderaan itu.
   
Beliau mendakwa Utusan Melayu menerbitkan artikel mengenai perkara itu dalam akhbarnya yang berupa memfitnahnya kerana artikel itu membayangkan yang beliau cuba menghasut orang ramai untuk membenci Sultan Johor.

Beliau mendakwa kenyataan itu juga bermaksud bahawa beliau mendakwa kononnya  Sultan Johor telah menyalahgunakan dana awam untuk membayar RM520,000 bagi nombor pendaftaran itu.
   
Pada 4 Julai tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Melayu bersalah memfitnah Mohammad Nizar dan memerintahkan syarikat itu membayar RM250,000 sebagai gantirugi am dan teladan kepadanya.
   
Utusan Melayu diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Jamaludin manakala Mohammad Nizar diwakili peguam Mohd Fitri Asmuni dan  Mohd Zamri Ibrahim.- Bernama



Nizar vs Utusan - Appellate court tells daily to pay...

Umno-owned daily Utusan Malaysia will still have to fork out RM250,000 to former Perak menteri besar Mohamad Nizar Jamaluddin for defaming him in its report on a car licence plate number purchased by the Sultan of Johor.

This follows the unanimous decision of the Court of Appeal today in dismissing the appeal filed by Utusan.

The three-member panel headed by Justice Zaharah Ibrahim also ordered Utusan to pay Nizar RM20,000 in costs .

NONEThe other Court of Appeal judges sitting today were Justices Abdul Aziz Abdul Rahim and Lim Yee Lan.

“The court recognises that the daily had wrongly reported a tweet by Nizar (right). The reporter and newspaper were not careful in publishing the news,” the appellate court ruled.

Despite today's decision, Utusan Malaysia can still file leave to appeal the matter before the Federal Court, the highest court in the land.

Nizar was represented by Fitri Asmuni while Utusan was represented by Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Earlier this year, Kuala Lumpur High Court judge Rosnani Saub ordered Utusan to pay RM250,000 and RM30,000 as costs after finding the daily liable for defamation.

Justice Rosnani had in the ruling against Utusan Malaysia last July said the journalist was careless or did not consider the accuracy of his report.

"The reporter did not seem interested in finding out whether the report was true or otherwise. Hence, it can be concluded that what was written was with ill intent. Hence, the defence of justification and qualified privilege cannot be accepted here," she said.

Based on the balance of probabilities, the judge ruled, the court found there was 'express malice' or ill intent, since the reporter did not contact Nizar on what he had posted on Twitter.

She also noted that the reporter did not have any problem contacting the Johor Umno Youth chief on the matter, but not Nizar.

The former Perak menteri besar had filed separate suits against Utusan Malaysia and TV3 regarding the WWW1 car licence plate issue. However, he lost the suit against TV3.-malaysiakini


Berita yang tak akan dimuatkan dalam media massa tempatan...

Photo: BERITA BERGAMBAR JANGAN HARAP AKAN DISIARKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA ... PERTEMUAN LEBIH 2 JAM ANTARA DSAI DENGAN PEMIMPIN HAMAS KHALED MESHAAL.

Semalam telah berlaku pertemuan empat mata lebih dua jam antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin kanan Hamas Khaled Meshaal .

Pertemuan bersejarah ini di adakan sebaik saja Khaled Meshaal selesai mendengar cerita dongeng lipur lara Najib Razak di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Berita ini sudah pasti tidak akan disiarkan oleh mana-mana media cetak maupun elektronik milik dan kawalan UMNO/BN.

Sebab sebelum ini hampir semua media berkenaan menghebahkan kononnya kedatangan Khaled Meshaal adalah semata-mata mau berjumpa dengan Najib Razak dan hadhir sebagai tetamu undangan VVIP Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Tapi mereka sudah silap besar ... Khaled Meshaal telah ambil kesempatan untuk bertemu dan bertukar-tukar pandangan dengan rakan karibnya yang amat dihormati beliau Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Semalam telah berlaku pertemuan empat mata lebih dua jam antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin kanan Hamas Khaled Meshaal .

Pertemuan bersejarah ini di adakan sebaik saja Khaled Meshaal selesai mendengar cerita dongeng lipur lara Najib Razak di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Berita ini sudah pasti tidak akan disiarkan oleh mana-mana media cetak maupun elektronik milik dan kawalan UMNO/BN.




Sebab sebelum ini hampir semua media berkenaan menghebahkan kononnya kedatangan Khaled Meshaal adalah semata-mata mau berjumpa dengan Najib Razak dan hadhir sebagai tetamu undangan VVIP Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Tapi mereka sudah silap besar ... Khaled Meshaal telah ambil kesempatan untuk bertemu dan bertukar-tukar pandangan dengan rakan karibnya yang amat dihormati beliau Dato' Seri Anwar Ibrahim.-f/bk




Ketua Wanita UMNO Malaysia dalam satu sidang media di PWTC telah terjerit terlolong membuat tuduhan dan fitnah kononnya Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh tiada di Kuantan ketika bandar itu di landa bencana banjir terburuk.

Dalam keadaan Shahrizat meroyan sempat juga menggelar para facebookers dan blogger pro Pakatan rakyat sebagai bangsat.

Lepas itu dia mengamuk dengan meninggikan suara terus berkata:
 
"Wanita Umno ingin bertanya mana ahli Parlimen Kuantan ketika kawasan itu dilanda banjir," tegas Shahrizat, yang juga penasihat hal ehwal wanita, merujuk kepada wakil rakyat kawasan berkenaan, Fuziah Salleh.

Untuk makluman combi Ijat... YB Fuziah Salleh berada di Kuantan ketika diberitahu keadaan Kuantan di landa banjir .. selepas mengusulkan di parlimen agar Kuantan di istiharkan darurat yang mana Wakil Rakyat Kinabatangan berlagak macam kebinatangan itu ganggu usulnya .. YB Fuziah Salleh terus bergegas pulang ke Kuantan untuk meninjau, membantu dan menyelamat.

Kalau Combi Mak Cik Ijat tidak percaya maka di muat naikkan beberapa gambar YB Fuziah Salleh dilokasi banjir termasuk di Pusat Pemindahan Banjir.

Yang jelas ialah tiada nampak kelibat dan batang hidung Ketua Wanita UMNO Malaysia termasuk Naib Ketuannya dan barisan Exco serta semua kepimpinan tertinggi Puteri UMNO Malaysia .. Itu jelas tidak nampak.

Lain kali Mak Cik Combi Ijat kena tanya ..."Kemana perginya Ketua Wanita UMNO Malaysia dan keseluruhan barisan exconya ketika Kuantan di landa banjir." - adik manja f/bk

 
   Nelson Mandela was an icon for freedom and democracy, and he will be deeply missed. RIP...

cheers.

No comments: