24 December 2013

Kemenangan Timbalan Menteri Belia dan Sukan,M Saravanan di Tapah bakal dicabar...

 

Mahkamah Persekutuan semalam membenarkan petisyen pilihan raya bagi Tapah difailkan oleh calon PKR K Vasantha Kumar untuk didengar dalam perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi di Ipoh.

Ia membatalkan keputusan 15 Ogos oleh Mahkamah Tinggi di Ipoh untuk menolak PKR mencabar hasil keputusan kerusi Tapah pada PRU, Mei 5 lalu yang telah dimenangi oleh BN/MIC M Saravanan.

Dalam keputusannya itu, Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Rahman Sebli menolak permohonan tersebut selepas memutuskan bahawa K Hariharan tidak dilantik sebagai peguambela seperti kehendak2 Peraturan 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Oleh itu, Hakim Abdul Rahman memerintah, Hariharan tidak boleh mewakili Vasantha Kumar dan dia mengarahkan sebanyak RM190,000 dibayar sebagai kos,satu rekod pembayaran yang di luar jangkaan.

Abdul Rahman juga berkata dalam penghakimannya,"Vasantha Kumar tidak mempunyai kelayakan seorang peguambela untuk berhujah petisyen sendiri,"

Hakim Md.Raus Sharif, yang mengetuai panel lima anggota hakim dalam keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, berkata: "Mahkamah Pilihan Raya adalah salah dan Mahkamah Persekutuan dengan inikembalikan petisyen ini kepada Mahkamah Pilihan Raya untuk mendengar semula berdasarkan merit."


Vasantha Kumar(kiri) berkata: "Saya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai keputusan yang adil bagi pengundi Tapah. Saya yakin kebenaran akan muncul dan keadilan akan terserlah. "

Keadilan diserahkan oleh Mahkamah Persekutuan, Vasantha Kumar menambah, telah memberikan dia peluang untuk menyerlahkan penipuan pilihanraya dan keganasan politik yang telah menjejas peluang beliau dalam pilihanraya yang adil dan saksama.

Keganasan politik yang dimaksudkan termasuklah pembunuhan pembantu politiknya,K Murugan,36, hanya beberapa hari sebelum sebelum pilihanraya.

Saravanan adalah seorang Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Semalam,Mahkamah Persekutuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi membuang petisyen PKR yang mempertikaikan keputusan pilihan raya Bagan Datoh, yang dimenangi oleh Ahmad Zahid Hamidi, kini Menteri Dalam Negeri.- malaysiakini




Federal Court allows Tapah polls petition...

The Federal Court yesterday allowed the election petition for Tapah filed by PKR candidate K Vasantha Kumar to be heard in full trial before the High Court in Ipoh.


It overturned the Aug 15 decision by the High Court in Ipoh to throw out the PKR challenging the Tapah seat result in the May 5 general glection that was won by MIC’s M Saravanan (right).

In that matter, High Court judge Abdul Rahman Sebli dismissed the petition after ruling that K Hariharan was not appointed as an advocate as per the requirement of Rule 9 of the Elections Petition Rules 1954.

Therefore, JusticeAbdul Rahman ruled, Hariharan could not appear as Vasantha Kumar’s counsel and he ordered a record sum of RM190,000 to be paid as costs.

“Vasantha Kumar did not have the qualification of an advocate to argue his own petition,” Abdul Rahman also said in his judgment.


Justice Md Raus Sharif, who headed a five-member panel in yesterday’s Federal Court decision, said: “The Election Court was wrong and the Federal Court is remitting this petition to the Election Court to hear on the merits.” 


Vasantha Kumar (left) said: “I respect the decision by the Federal Court as a fair decision for the Tapah voters. I am confident that the truth will emerge and justice will prevail.”

The justice delivered by the Federal Court, Vasantha Kumar added, had given him an avenue to highlight electoral fraud and political violence that had jeopardised his chance of a fair and just election.

 The political violence included the murder of his political aide K Murugan, 36, just a before days before the election.


Saravanan is a deputy youth and sports minister.


Also yesterday, the Federal Court overturned another High Court decision throwing out PKR's petition disputing the election result for Bagan Datoh, which was won by Ahmad Zahid Hamidi, now the home minister.-malaysiakini


Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengesahkan kontraktor yang bertanggungjawab melonggokkan kira-kira 250 tan sampah di bahu jalan MRR2 di Taman Beringin Kepong pada Sabtu adalah Syarikat Umpan Jaya. Syarikat Umpan Jaya ini adalah kepunyaan mantan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang Allahyarham Dato' Mohd Noordin b Mohd Kassim dengan beberapa anak-anaknya jadi Ahli Lembaga Pengarah.
Baca seterusnya di sini dan sini


cheers.

No comments: