17 December 2013

Kawaq samun kereta Menteri Muda...

Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak, Liwan Lagang(atas) dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal hari ini.

Menurut jurucakap polis, dalam kejadian 6.10 pagi itu Liwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Belaga turut mengalami kecederaan di paha kanan akibat terkena pisau ketika bergelut dengan perompak terbabit.

"Kejadian berlaku ketika mangsa berhenti untuk membeli surat khabar di Kota Sentosa selepas menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk balik ke Bintulu.

"Apabila beliau hendak keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya, datang dua lelaki bersenjatakan pisau dengan seorang memakai topeng, mengarahkannya keluar dari kenderaan," katanya.

Beliau berkata, berlaku pergelutan antara Liwan dan suspek yang menyebabkan Menteri Muda itu mengalami kecederaan selepas terkena pisau sebelum ditarik keluar oleh suspek.

"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan milik beliau," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Pauzi Bujang mengesahkan kejadian dan polis sudah melancarkan gerakan mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan.



Sarawak Minister robbed at knife-point...

Sarawak Assistant Culture and Heritage Minister Liwan Lagang was robbed at knife point this morning.

According to media reports, the 55-year-old politician was walking back towards his car in state capital of Kuching when he was approached by two armed masked men.

Liwan tried to fight back the two suspects and sustained minor injuries in the scuffle. The two men managed to escape using Liwan's Toyota Fortuner.

According to a police spokesman, one of whom was masked and both were armed with knives, pounced on Liwan Lagang, the assistant minister of culture and heritage, as he was alighting from the vehicle to buy a newspaper at 6.10 am on Monday.

The trio were involved in a struggle and Liwan was injured in the right thigh and right knee, he said.

Fled in his car

The spokesman said the men then fled in Liwan's Toyota Fortuner vehicle bearing registration number QAT 6558.

He said Liwan had driven to Kota Sentosa after sending his son to the Kuching international airport to catch a flight to Bintulu.

The spokesman said Liwan, who is the state assemblyman for Belaga, suffered a cut on the right thigh, injured his right knee in a fall and hurt his right big toe when he accidentally kicked a stone.

He said the Padawan police station issued an alert which was relayed by the Sarawak police headquarters. Padawan OCPD Supt Pauzi Bujang  has confirmed the robbery. - Malaysia Chronicle



Photo: Kalau x suka rakyat boleh pergi cari rakyat lain. Pergi cari ungka, kera, siamang , monyet dan orang hutan utk diperintah. Amcam bolih gitu....



cheers.

No comments: