15 December 2013

Bagaimana dengan pelajar Syiah di Malaysia...


Syiah: Adakah ribuan pelajar Iran di Malaysia terjejas?
Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah walaupun isu ini dibangkitkan semata-mata untuk menutup keadaan sebenar yang rakyat Malaysia akan tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang melonjak dengan tinggi.
 

Contohnya, kata Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud(kiri), pengurangan subsidi minyak, penghapusan subsisdi gula, kenaikan tarif elektrik, pengenalan cukai GST, kenaikan cukai pintu serta kenaikan tambang LRT dan monorel.

“Secara tulusnya saya berharap bahawa isu Syiah ini bukanlah dimainkan hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia dari isu sebenar yang melanda negara kita ini, iaitu peningkatan kos hidup dengan membabi-buta selepas PRU13 hasil daripada pengurusan negara kurang cekap dan tidak berhemah oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media, seperti di bawah.

Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah walaupun isu ini dibangkitkan semata-mata untuk menutup keadaan sebenar yang rakyat Malaysia akan tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang melonjak dengan tinggi. Contohnya pengurangan subsidi minyak, penghapusan subsisdi gula, kenaikan tarif elektrik, pengenalan cukai GST, kenaikan cukai pintu serta kenaikan tambang LRT dan monorel.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Perhimpunan Agung Umno, 3 Disember lalu, mencadang untuk memasukkan perkataan ‘Ahli Sunnah Wal Jamaah’ pada takrifan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan kononnya untuk menjaga akidah umat Islam di Malaysia.

Sehari selepas pengumuman kenaikan tambang LRT dan monorel yang sememangnya akan membawa kesan kepada ramai orang awam di Kuala Lumpur dan Selangor khasnya, kita digemparkan lagi dengan isu Syiah dan hasrat kerajaan dalam menentang kefahaman Syiah di negara ini.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan rancangan untuk mewujudkan pasukan polis syariah khas untuk mengekang kegiatan pengikut Syiah.



Ribuan pelajar Syiah di Malaysia

Namun demikian, Datuk Seri mungkin terlupa bahawa  negara kita merupakan tuan rumah kepada ramai pelajar-pelajar antarabangsa di kebanyakan universiti tempatan.

Kerajaan Malaysia juga telah memainkan peranan penting dalam menggalakkan pelajar-pelajar antarabangsa ini untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia. Lebih 200 IPTS mendapat kebenaran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) untuk membawa masuk pelajar antarabangsa.

Usaha pengantarabangsaan dan pembinaan reputasi IPT tempatan menyumbang kepada penjanaan hasil pendapatan negara melalui enrolmen pelajar antarabangsa dan penjimatan pertukaran wang asing negara.

Aktiviti mempromosikan pengajian tinggi sedang giat dilaksanakan secara berterusan melalui Pusat Promosi Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Promotion Centre – MEPC).

Malah, ribuan daripada pelajar antarabangsa ini adalah warganegara Iran yang kebanyakannya pengikut ajaran Syiah yang bergaul secara terbuka dengan mahasiswa-mahasiwa rakyat Malaysia sendiri.

Saya percaya di dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM) sendiri terdapat kelompok pelajar-pelajar antarabangsa yang merupakan pengikut Syiah.

Sekiranya kerajaan Malaysia serius dalam memerangi Syiah, adakah pelajar-pelajar antarabangsa yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia seperti yang digalakkan oleh kerajaan sendiri ini akan diarahkan untuk berhenti mengaji dan keluar dari Malaysia secara serta-merta?

Ataupun, adakah mereka akan diarahkan untuk mengamalkan ajaran mereka secara sembunyi supaya umat Islam di Malaysia tidak akan keliru? Maklumlah, rakyat Malaysia memang mudah keliru seperti dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan pada bulan Oktober lalu.

Akhir sekali, saya ingin bertanya sama ada kegiatan memerangi Syiah ini khas untuk orang Melayu-Islam di Malaysia sahaja? Sekiranya ini benar, adakah umat Islam di Malaysia ini berlainan dengan umat Islam dari negara lain? Jika definisi Islam disempitkan di negara kita adakah ia akan bermaksud bahawa umat Islam dari negara lain itu tidak akan dianggap sebagai Islam di negara kita?

Secara tulusnya saya berharap bahawa isu Syiah ini bukanlah dimainkan hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia dari isu sebenar yang melanda negara kita ini, iaitu peningkatan kos hidup dengan membabi-buta selepas PRU13 hasil daripada pengurusan negara kurang cekap dan tidak berhemah oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini.-
harakahdaily

Bekas Menteri Nasihat Mat Sabu Jangan Buang Masa Saman Zahid Hamidi


What about Shia students in Malaysia...

While the Malaysian government appears to be readying for another crackdown on Shiites, Gelang Patah MP Lim Kit Siang's political secretary, Dyana Sofya Mohd Daud, asks what about Shiites here for higher education.

She points out that thousands of Iranian international students - predominately Shiite Muslims - enrol in Malaysian universities and openly interact with their local counterparts.

"If the government is serious in combatting (Shiitism), would the international students who spent a fortune to further their studies in Malaysia, invited by our own government, be asked to quit their studies and leave the country as soon as possible?

"Or will they be instructed to only practise their religion in private so other Muslims in Malaysia will not be confused?

NONE"As mentioned in Court of Appeal in October, Malaysian Muslims are prone to confusion," Dyana (left) said in a statement today, while referring to the controversial ruling on the use of the word "Allah" in a Christian publication.

Shia is the second largest denomination in Islam and considered deviant in Malaysia, where most Muslims are Sunnis.

Dyana also asks whether the crackdown on Shiites is for Malay Muslims in Malaysia only, and if so, does it mean Muslims from other countries are not considered Muslims in Malaysia.

"Honestly, I hope that the (Shia) issue is not being played only to divert the attention of Malaysians from the real issues that are sweeping the nation currently, the high increase in the cost of living after GE 13 due to administration mismanagement by Barisan Nasional government all these years," she added.

She points out that the renewed attacks on Shiites came in the wake of a series of price hikes.

A day after the announcement of a rise in LRT and Monorail fares that will definitely affect those in Kuala Lumpur and Selangor, the government announced its intention to initiate a campaign against (Shiites) in the country, she said.-malaysiakini 



Tol pula naik 2014!Rakyat jangan lena lagi! BANGKIT!Takkan nak tunggu lagi 4 tahun PRU14...

 


cheers.

No comments: