28 November 2012

Surat ICAC tak nyatakan Musa Aman bersih dari rasuah RM40 juta...

Saya merujuk kepada laporan The Malaysian Insider bertajuk “ICAC Letter Shows Musa Aman Cleared of Graft Last December” pada semalam.

Laporan itu memetik kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud bagi pihak Datuk Seri Musa Aman bahawa kes telah ditutup oleh ICAC Hong Kong berdasarkan satu surat yang dihantar secara peribadi kepada Datuk Seri Musa Aman.

Berdasarkan laporan tersebut, saya ingin menegaskan beberapa fakta berikut:

1. Surat yang diutuskan oleh ICAC itu sekali-kali tidak menyatakan bahawa Datuk Seri Musa Aman dibersihkan dari tuduhan rasuah, atau membayangkan bahawa ICAC yakin Datuk Seri Musa Aman bersih dari rasuah seperti yang cuba diwar-warkan oleh Umno Barisan Nasional.

2. Surat itu hanya memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat-maklumat yang ICAC perolehi setakat itu, ICAC mengambil keputusan untuk tidak meneruskan siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman.
Jika Dato’ Seri Musa Aman tidak bersetuju dengan fakta-fakta ini, maka wajarlah beliau mendedahkan kandungan keseluruhan surat tersebut, bukannya menggunakan Dato’ Abdul Rahman Dahlan untuk menyampaikan secara lisan sahaja kepada wartawan.

Keputusan ICAC untuk tidak meneruskan siasatan berdasarkan maklumat-maklumat yang mereka perolehi setakat itu menimbulkan lebih banyak persoalan. Ia juga menguatkan pandangan beberapa pihak bahawa ICAC tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa Malaysia untuk meneruskan siasatan kerana mereka tidak mempunyai kuasa menyiasat dan mengumpulkan bukti.

Oleh yang demikian, mereka bergantung sepenuhnya kepada Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan bukti.

Kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong, Kevin Zevros baru-baru ini bahawa pihak berkuasa Hong Kong mengambil keputusan untuk menghentikan siasatan berdasarkan maklumat pihak berkuasa Malaysia mengesahkan bahawa tangan ICAC terikat dari meneruskan siasatan.

Oleh yang demikian, saya menegaskan pendirian saya bahawa surat yang disebut oleh Dato’ Abdul Rahman Dahlan itu tidak membersihkan nama Dato’ Seri Musa Aman, sebaliknya menguatkan pandangan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa Malaysia.

Saya dan pasukan dari KEADILAN (YB William Leong, YB Hee Loy Sian dan YB Chang Lih Kang) sedang giat mengumpulkan bukti termasuk penyata-penyata kewangan dan urusniaga di Hong Kong untuk dilaporkan kepada ICAC agar siasatan baru dibuka, seperti persetujuan dengan ICAC baru-baru ini.

Rombongan kami akan menemui ICAC pada 11 Disember 2012 dalam kunjungan yang kedua.

Saya juga menggesa Dato’ Seri Musa Aman supaya tidak terus mengheret Umno ke dalam permasalahan peribadi beliau. Cara terbaik untuk membersihkan nama beliau adalah dengan mengisytiharkan secara terperinci maklumat sumbangan RM40 juta yang diterima beliau, termasuklah:

Siapa yang menderma/memberi sumbangan?

Apa hubungan penderma/penyumbang ini dengan beliau dan Umno?


Apa kontrak-kontrak atau konsesi yang pernah diberikan kepada penderma/penyumbang ini?


Di mana wang itu disimpan dan atas nama siapa?


Saya percaya maklumat-maklumat di atas bukan sahaja dituntut oleh rakyat Malaysia, malah turut ditanya oleh pimpinan Umno sendiri.

Apabila Umno/Barisan Nasional menyerang pimpinan KEADILAN bersabit sumbangan (termasuklah isu bas jelajah Merdeka Rakyat dan penggunaan jet peribadi), pimpinan KEADILAN yang terbabit dengan segera mengisytiharkan butiran penyumbang, supaya rakyat dapat menilai sendiri sama ada berlaku unsur salah guna kuasa.

Sikap yang sama perlulah juga ditunjukkan oleh Dato’ Seri Musa Aman, jika beliau benar-benar yakin tidak ada unsur rasuah dan salah guna kuasa di dalam kes sumbangan RM40 juta kepada beliau/Umno seperti yang didakwanya.

Kegagalan beliau berterus terang akan terus memanjangkan kes ini dan saya akan terus menumpukan perhatian untuk mendapatkan maklumat dan bukti baru untuk dibentangkan kepada rakyat.

Sebab itu, saya tidak sedikit pun merasa tergugat dengan ancaman tindakan undang-undang seperti yang disebut oleh Dato’ Abdul Rahman Dahlan. Saya yakin saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan bersedia untuk mempertahankan kes yang saya bawa di mahkamah pada bila-bila masa.

Persoalannya: Apakah Dato’ Seri Musa Aman bersedia untuk bertemu di mahkamah dan mendedahkan butiran penderma-penderma beliau di mahkamah seperti mana bersedianya saya? Rafizi Ramli,Pengarah Strategi KEADILAN-keadilandaily

'ICAC letter does not clear Musa Aman of graft'...

The letter issued by Hong Kong's Independent Commission Against Corruption (ICAC) does not absolve Sabah Chief Minister Musa Aman of corruption, says PKR strategy director Rafizi Ramli.

"The letter sent by the ICAC never stated that Musa Aman is cleared of corruption cases or implies that Musa Aman is clean from corruption, as touted by Umno/BN.

"The letter just informs that based on the information obtained by ICAC so far, ICAC has decided not to pursue the investigation on Musa Aman further," Rafizi said.

He made this statement today in response to Sabah BN secretary Abdul Rahman Dahlan's interview with The Malaysian Insider that ICAC in a letter to Musa said it would not make further investigations on him.


Rafizi also said that ICAC’s decision to discontinue the probe has raised more questions.

“It also strengthen certain parties’ views that the ICAC has not been receiving full cooperation from the Malaysian authorities in the probe as they do not have the power to investigate and gather evidence,” he asserted.

In the interview, Abdul Rahman revealed the letter to the news portal and mentioned that Sabah Umno is considering using the letter to take legal action against Rafizi.

“It is definitely an option on the table. Rafizi has violated some laws,” said Abdul Rahman, alleging defamation as well as an alleged breach of Section 29(4) of the MACC Act 2009 which protects the identity of an accused.


azlanIn reply, Rafizi said that he does not feel threatened by the possible lawsuit and called for Musa to reveal the letter himself instead of using Abdul Rahman as his mouthpiece.

“I’m confident as I’m only fulfilling my responsibilities as a citizen and am prepared to defend my case if I am brought to court at any time.”

He also stated that the best way Musa can clear his name is to declare the details of the supposed RM40 million contribution 


- who gave the donation; the relationship of the of the contributor to him or Umno; 

- what contracts and concessions have been given to the donor; 

and where is the money kept and under whose name.

“If Musa fails to provide the answers truthfully, it will continue to prolong the case and I will continue to focus on collecting new information and evidence to be presented to the people,” he said.-malaysiakini


Rafizi dares Musa Aman to clarify RM40m donation in court

 

 cheers.

No comments: