18 November 2012

"Hadi, jadi PM, tiada masalah", kata Anwar...

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awangKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tiada masalah sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri seperti yang disyorkan oleh seorang perwakilan Dewan Ulama di Muktamar PAS ke-58.

"Tiada masalah... tiada masalah. Tak ada apa. Kita boleh bincang dengan baik," kata Anwar ringkas ketika ditanya pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam hari ini.


Semalam, perwakilan Dewan Ulama PAS Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain menegaskan Abdul Hadi merupakan calon terbaik untuk menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, pada sidang medianya, Abdul Hadi berkata seorang pemimpin diajar dalam Islam bahawa tidak boleh minta untuk menjadi pemimpin.

"Kita anggap (jawatan itu) satu amanah berat dan besar. (Ia) satu tanggungjawab. Apa yang penting kita ambil alih Putrajaya dulu.

"Siapa jadi PM, diterima oleh rakyat. Yang menyatukan rakyat. Tegakkan keadilan untuk rakyat, kita terima... Saya sanggup jadi nelayan balik," kata Hadi. 


Bagaimanapun, menurut Sinar Harian, pada Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Jumaat lalu, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan dan melantik Anwar menjadi perdana menteri kerana, katanya, beliau merupakan calon yang paling layak.

Lim berkata, pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa.- malaysiakini


Syor jadi PM, syok juga sepintas lalu - kata Hadi...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berseloroh selepas dicadangkan oleh Dewan Ulama yang mahu beliau menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Syok (seronok) juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita menangkan Islam, lepas tu nak mati, matilah,"katanya dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu hari ini.

Abdul Hadi memberi contoh sejarah Rasulullah menjawab pertanyaan kabilah Bani Amir yang bertanya siapa yang akan menjadi ketua jika Allah menjanji kemenangan pembinaan negara Madinah.

"Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin kabilah yang bersedia untuk menawar diri mereka dengan Islam.... Allah menjanjikan kemenangan, (dan) satu kabilah, Bani Amir, Nabi tawar Islam, (kata) Allah janji kemenangan, tegak negara kalau berjaya.

"(Wakil kabilah bertanya) Kalau menang siapa jadi raja, ketua, menteri dan pemimpin. Nabi Muhammad SAW berkata kekuasaan itu milik Allah dan Dia beri kepada siapa yang dia kehendaki. Itu jawapan Nabi. Jadi selepas ini kita ikut ajar begitulah," katanya.

Kemudian Hadi berkata:" Saya tidak mahu menjadi seperti Ustaz Azizan (Abdul Razak), dia tahu saya suka memancing.  Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut, sebelum pergi, dia minta anak buah dia tumbuk rempah siap-siap nak masak ikan jelawat," katanya yang iringi gelak ketawa hadirin

"(Tetapi) pergi ke laut boleh ikan belukang... Belum apa-apa lagi dah tumbuk rempah... Dan kita perlu mengikut apa yang diajar oleh Nabi SAW," katanya.

Dalam ucapan itu, Abdul Hadi mengulangi iltizam parti itu untuk bersama-sama Pakatan Rakyat kerana ia merupakan realiti di Malaysia.

Katanya, parti tidak boleh bersendirian untuk memimpin masyarakat majmuk berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan dan resolusi yang telah ditetapkan oleh gabungan itu.

Menurutnya lagi, parti itu akan terus melaksanakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) kerana mengikut peraturan hubungan antarabangsa dalam Islam "damai didahulukan".

Menurutnya lagi, ulama di alam Melayu telah menyampaikan Islam dan kefahaman politik kepada pemerintah di negeri-negeri Melayu termasuk membenarkan orang Buddha menjadi rakyat bersama-sama orang Islam dalam masyarakat majmuk.

Katanya, tidak mungkin rakyat dapat disatukan atas dasar perkauman sekaligus menempelak parti yang berasaskan kaum seperti Umno, MCA dan MIC sebagai "tidak relevan".

"Sekejap-sekejap kemudian apikan semangat kaum masing-masing... Ia sudah tidak sesuai lagi," katanya sambil mengingatkan jentera parti supaya membuat persiapan zahir, jasmani dan segala kekuatan dengan penuh ikhlas bagi menghadapi pilihan raya umum.

Berucap lanjut, Abdul Hadi juga berkata tidak timbul kumpulan ulama dan bukan ulama dalam parti itu dengan menyifatkan ia sebagai "mengarut dan jangan terikut-ikut dengan rentak lawan".

"Majlis Syura tidak jumud dan terbelenggu, kerana melibatkan kalangan profesional untuk memberi penjelasan berhubung perkara duniawi

"Tidak timbul kumpulan ulama, profesional, kumpulan laga ayam... Ini mengarut dan jangan terikut-ikut dengan lawan kita," katanya yang juga ahli parlimen Marang.- malaysiakini




 Saya rela mati selepas Islam menang - Hadi Awang...

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi perdana menteri dan "biarlah Islam menang dahulu sebelum beliau mati."

"Saya minta tuhan jadikan cita-cita saya menangkan Islam dahulu, lepas tu nak mati-matilah," ujarnya ketika dalam ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Putik, petang tadi.

Beliau memberi respons itu ekoran ada perwakilan mencadangkan Abdul Hadi diangkat menjadi Perdana Menteri sekiranya menang dalam pilihan raya nanti.

Ustaz Hadi bagaimanapun mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan Dewan Ulamak untuk melihat beliau menjaedi perdana menteri tetapi katanya, yang lebih penting Islam yang menang.

Sewaktu ucapan penangguhan hari ini, wakil Ulama dan Muslimat sekali lagi menegaskan hasrat itu.

Abdul Hadi sebelum ini, juga memberitahu beliau sanggup menjadi nelayan semula dan seboleh-bolehnya mahu menjadi khadam rakyat.


 

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut bangga apabila PAS satu-satunya parti Islam yang terus bertahan di Malaysia sehingga hari ini.

"Kita berjaya wujudkan satu sahaja parti Islam di negara ini. Di Indonesia, lebih dari satu parti Isam wujud. Kita bersyukur hanya PAS satu-satunya, tetapi kita ada banyak NgO Islam yang turut memberi pandangan kepada kita,"katanya.

Di akhir penangguhan itu, Abdul Hadi turut berpesan kepada para perwakilan agar membuat persiapan pilihan raya mengikut kemampuan dan kewangan yang ada tidak semestinya sama dengan musuh.

Tetapi katanya, dengan kesediaan dan keikhlasan yang ada, pasti akan datang pertolongan daripada Allah SWT.

"Kena ingat, BN jadi kuat dan menang pun sebab mereka pakai tongkat, dengan penipuan, politik wang, guna jentera kerajaan.

"Umpama kalau kita main bola, pemain BN 30, penjaga gol mereka 10 orang, lepas tu pula pengadil pun sepak bola masuk gol yang dijaga oleh seorang sahaja penjaga gol," katanya diringi sorakan dan tepukan para perwakilan.

Justeru, beliau mengajak semua perwakilan terus yakin dengan PAS kerana PAS merupakan bahtera yang paling kukuh dan kuat kerana dapat bertahan sehingga ke hari ini.

"Bahtera PAS terus bertahan walaupun menghadapi perjalanan yang jauh dan dilanda ribut. Tetapi jangan kita terjun! Kalau mabuk makan ubat kalau pening rehat sebentar. Jangan terjun sebab dibawah ada jerung!," katanya yang disambut Allahuakbar para perwakilan. -harakahdaily



Hadi as PM? No problem, says Anwar...

Anwar Ibrahim has no problems with the idea of PAS president Abdul Hadi Awang becoming the prime minister of Malaysia.

"No problems. Not an issue. We can discuss the matter," said Anwar in a curt reply when met after a function at Universiti Selangor, Shah Alam. 


anwar unisel talk 181112Anwar (left) was asked to comment on a PAS ulama wing representative Hairun Nizam Mat Hussain's proposal for Abdul Hadi to become Pakatan's prime ministerial candidate.

Hairun Nizam had made the remark during his speech at the 58th PAS muktamar in Kota Baru yesterday.

Following this, Abdul Hadi remained coy over the proposal, stressing that Islamic teachings forbid him from seeking leadership positions.

"We see it as a position with heavy responsibilities... What is important is for us to take over Putrajaya first.

"Whoever that becomes the premier must be a person that the people will accept. A person that will unite the people and uphold justice. We will accept that.

"(However,) I am willing to become a fisherman," said Abdul Hadi.

Last Friday, DAP parliamentary leader Lim Kit Siang told PAS supporters during a rally in Kota Baru that his party endorses Anwar as the prime minister.

Lim said Anwar was the most suitable to help save the country from pervasive corruption
.- malaysiakini


Hadi: I'm not after positions...


PAS president Tuan Guru Abdul Hadi Awang said vying for positions should be the last thing on the minds of those who struggle for Islam.

Responding to some delegates who argued that Hadi should be the prime minister should Pakatan Rakyat win the next election, he brushed it aside saying it was not part of his wish list.


Hadi reiterated that the focus now was for PAS and Pakatan Rakyat to occupy the Federal seat after the 13th general election, and not who should be the prime minister.

“As someone trained in the Islamic mould, I cannot ask to be a leader, leadership is a huge trust and a big responsibility.

"What is important is that we step into Putrajaya. The prime minister will be from among those who qualify, who can unite and uphold justice to the people,” he said.

Hadi again expressed his intention to return to his life as fisherman.

“At least, I can teach (Islam) to people,” he said.

On the differing views within the Islamic party, Hadi said it showed PAS’s democracy was alive.

Hadi added that in an open world, people’s thought and writing are naturally shaped by a variety of information sources
.-harakahdaily


cheers.

No comments: