02 November 2012

Rampasan kuasa 4 Februari 2009 masih menghantui MB Mahkamah Zambry Kadiaq...

Walaupun saban hari  laporan-laporan yang begitu optimistik dalam media aliran utama tentang kekuatan BN Perak dan Menteri Besarnya, Zambry Abdul Kadir, namun pada realitinya Barisan Nasional negeri (BN) masih dihantui dengan peristewa2 malang 2009. Peristewa 2009 masih menghantui Zambry dan BN Perak.

Seorang tokoh veteran BN tempatan mengaku bahawa rakyat Perak tidak pernah lupa tentang ‘rampasan kuasa’ yang berlaku dalam 2009, selepas Pakatan Rakyat mengambil alih lima buah negeri – Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor – dalam pilihan raya umum ke-12 setahun terdahulu.

Dalam satu pengambilalihan balik kuasa, BN telah merampas Perak dari Pakatan Rakyat. 


Ini telah mencetuskan satu krisis perlembagaan di Perak bila mana orang ramai menyoal mengenai kesahihan kerajaan BN Perak yang dibentuk pada Februari 2009.

Ia bermula apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat berpaling tadah kepada BN, membolehkan BN mendapat majoriti tipis.

MB Pakatan Rakyat Mohd Nizar Jamaluddin yang dipilih secara demokrasi, kemudian dengan segera meminta untuk membubarkan DUN Perak dengan mengadakan pilihanraya baru tetapi Sultan Perak, sebaliknya telah meminta BN untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru.

Drama politik  berlarutan, dari satu kes ke satu mereka naik turun mahkamah secara bersiri-siri, sehinggalah Mahkamah Persekutuan mengesahkan pada 2010 yang Zambry Kadir sebagai MB Perak yang sah.

Bercakap kepada FMT, veteran BN berkata janji-janji politik dan hadiah-hadiah yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak cukup untuk memenangi hati nurani para pengundi dan BN yang kian kehilangan sokongan.

“Kami mengunjungi pelbagai tempat serta menemui orang ramai, sebelum kami membuat keputusan muktamad ini. Adalah agak sukar bagi BN di Perak,” katanya.



Perebutan kuasa di kalangan UMNO Perak


Katanya banyak masalah telah ditimbulkan di negeri itu  dan kemungkinan besar MB Zambry diketepikan dari jawatan MBnya dalam pilihanraya umum akan datang.

“Saya percaya Zambry tidak dihormati walaupun di peringkat parti kerana dia bukan seorang negarawan,” kata veteran itu.

Untuk mengukuhkan hujahnya, sumber itu berpendapat bahawa kerajaan Perak dikawal oleh Najib, Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Pertahanan dan bekas MB Perak,Tajol Rosli.

“Zambry hanyalah orang suruhan pemimpin-pemimpin ini untuk kendalikan kerajaan negeri. Ini menyakitkan hati pemimpin2 BN yang lain, terutama mereka yang tidak digemari oleh Ahmad Zahid dan Tajol Rosli.

“Wujud juga amalan2 pilih kasih dan dwistandard ketika memberi peruntukan untuk bahagian-bahagian.

“Bahagian-bahagian yang menjadi sekutu Tajol Rosli dan Ahmad Zahid Hamidi telah menerima bantuan wang lebih banyak daripada bahagian2 lain.

“Terdapat juga pertelingkahan dalaman dalam UMNO Perak atas pemilihan calon-calon. 


Terdapat juga faktor2 lain yang akan menyumbang kepada kejatuhan UMNO di Perak.

Zambry sebenarnya bukanlah pilihan MB orang ramai di Perak,” kata orang dalam itu.


 

MCA, MIC tidak lagi relevan

Bila diasak  tentang status rakan-rakan BN, ahli politik veteran itu kata, MCA dan MIC sudah tidak lagi relevan.

“Walaupun DAP berhadapan dengan masalah dalaman parti, namun parti majoriti Cina itu telah membuktikan keutuhannya  di Perak(dalam pilihan-pilihan raya 2008),” katanya.

Dia juga berkata perbalahan antara MP Ipoh Barat, M Kulasegaran dan pengerusi DAP negeri Ngeh Khoo Ham tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina untuk pembangkang dalam pilihanraya akan datang.

Bagi MIC, katanya parti itu akan menghadapi satu mimpi buruk serupa dengan pilihanraya 2008.

Dalam pilihan raya 2008, MIC kehilangan semua empat kerusi negerinya. Presiden parti S Samy Vellu  telah tewas  di Sungai Siput kepada calon Party Sosialis Malaysia (PSM),Dr D Michael Jeyakumarin.

Satu-satunya kerusi yang mereka menang adalah di Tapah  oleh Naib Presiden parti M Saravanan, Cameron Highlands (SK Devamany) dan Segamat (Dr S Subramaniam).

Sumber2  dalaman  juga menyatakan bahawa keinginan G Palanivel, Presiden MIC bertanding di kerusi Parlimen di Perak  adalah satu petunjuk yang  jelas tentang kedudukan parti itu sebenarnya.

Dipercayai bahawa G  Palanivel mahu bertanding di Cameron Highlands (Pahang), kerana kerusi Parlimen tersebut sudah pasti dalam gengaman MIC.-  B.Nantha Kumar,FMT


(Rencana di atas adalah terjemahan dari article "2009 debacle hanging over Zambry" oleh Tumpang Sekole. Article asal di bawah.) 

Selamat Tinggal Zambry Kadir


2009 debacle hanging over Zambry...

Despite the daily doses of upbeat reports in the mainstream media of Perak and its by-default Menteri Besar Zambry Abdul Kadir, the state Barisan Nasional (BN) is still grappling with its past.

The political debacle of 2009 is still hanging over Zambry and BN.

A local veteran BN political leader here confessed that Perakians have not forgotten the political carnage that happened in 2009, after opposition coalition Pakatan Rakyat took over five states – Perak, Penang, Kedah, Kelantan and Selangor – in the 12th general election a year earlier.

In a reverse takeover, BN wrested Perak from Pakatan.

The 2009 Perak constitutional crisis left questions regarding the legitimacy of the Perak BN government formed in February 2009.

It began when three Pakatan Rakyat state legislators defected to BN, giving the latter a whisker-thin majority.

Democratically elected Pakatan MB Mohd Nizar Jamaluddin then immediately requested to dissolve the state assembly and call for new elections but the Perak Sultan called instead on BN to form a new state government.

The political drama rolled out and after a series court cases, the Federal Court confirmed in 2010 that Zambry was Perak’s lawful MB.

Speaking to FMT on a condition of anonymity, the veteran BN insider said political promises and freebies by the Prime Minister Najib Tun Razak were not enough to win-over voters and the lost support.

“We visited various places and met many people before we came to this final conclusion. It is an uphill battle for BN in Perak,” he said.

 

Perak Umno struggling

He said many problems had surfaced in the state which may see Zambry ejected from his MB seat in the next general-election.

“I believe Zambry has no respect even at party level because he is not a statesman,” said the veteran.

To strengthen his argument, the source claimed that the Perak government was controlled by Najib, Ahmad Zahid Hamidi who is also Defence Minister and former Perak MB Tajol Rosli.

“Zambry just follows these leaders’ instruction to run the state government. This is riling the other BN leaders, especially those who are not favoured by Ahmad Zahid and Tajol Rosli.

“There are also claims of favouritism and double standard when giving allocation to divisions.

“Some of the divisions which are allied to Tajol Rosli and Ahmad Zahid receive more money than other divisions.

“There is also the infighting in Perak Umno over candidates. There are also other factors which will contribute to Umno’s downfall in Perak. Zambry is simply not the people’s choice of MB in Perak,” said the insider.

 

MCA, MIC irrelevant

When prodded about the status of BN’s partners, the veteran politician said MCA and MIC were no longer relevant.

“Despite DAP heading into the election with internal party problems, the Chinese majority party proved itself in Perak (in the 2008 elections),” he said.

He also said the spat between Ipoh Barat MP M Kulasegaran and state DAP chairman Ngeh Khoo Ham will not affect the Chinese community’s support for the opposition in the upcoming election.

As for MIC, he said the party will face a nightmare similar to that of 2008 polls.

In the 2008 election, MIC lost all four of its state seats. Even then party president S Samy Vellu lost his incumbency in Sungai Siput to Party Sosialis Malaysia (PSM) candidate Dr D Michael Jeyakumarin.

The only seats they won were in Tapah (held by party vice-president M Saravanan), Cameron Highlands (treasurer-general SK Devamany) and Segamat (deputy president Dr S Subramaniam).

The political insider also pointed out that MIC president G Palanivel’s fears of contesting in a Perak parliamentary seat is a clear indication of the party’s position in the state.

It is rumoured that Palanivel is keen on contesting in Cameron Highlands (Pahang), where the parliament seat is said to be a “safe bet” for MIC.- B.Nantha Kumar,FMT



cheers.

No comments: