01 March 2017

Jib ooi... di Arab Saudi tak dak pilihanraya & bermonarki...


Siapa pun yang membaca kenyataan Najib Razak mengenai kenaikan harga minyak, perlaksanaan BR1M serta GST dan percubaan membandingkannya dengan Arab Saudi, dapat merasakan beliau dalam keadaan sangat terdesak untuk meraih sokongan rakyat sempena lawatan Raja Salman ke negara ini.

Membandingkan dengan Arab Saudi dalam beberapa perkara ketika Raja Salman berada di sini memperlihatkan Najib dalam kesempitan dalam mengambil kesempatan sehingga perbandingan yang dibuatnya kelihatan tidak kena sama sekali.

Kalau pun mahu membuat perbandingan, Najib sepatutnya membandingkan epal dengan epal juga dan bukan menyamakan pisang dengan kurma. 

Mungkin sebagai satu petanda bahawa harga minyak akan naik lagi pada 1 Mac ini, Najib mengkritik mereka yang bising-bising dengan kenaikan petrol sebanyak 10 sen atau 20 sen, sedangkan kata beliau, di Arab Saudi kenaikannya adalah 50 peratus.

Sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini, kali terakhir Arab Saudi menaikkan harga minyak ialah pada Disember 2015 iaitu Ron91 sebanyak 20 sen daripada 0.45 riyal kepada 0.65 riyal, manakala Ron95 daripada 0.60 riyal kepada 0.90 riyal.

Berapa harga semasa minyak di Malaysia meskipun kenaikannya cuma 10 sen atau 20 sen?

Berapa pula harga kenderaan di Arab Saudi jika dibandingkan dengan Malaysia?

Maka, adil dan tepatkah perbandingan harga minyak antara Malaysia dengan Arab Saudi yang dibuat Najib itu?

Selain itu, Najib juga mendakwa Arab Saudi turut merancang untuk menyalurkan bantuan wang tunai mirip BR1M kepada rakyatnya, di samping akan memperkenalkan GST.

Sekali lagi, Najib tersilap dan sangat terdesak untuk meraih sokongan rakyat dalam membuat perbandingan sehingga terlupa bahawa Malaysia adalah negara demokrasi, sedangkan Arab Saudi sebuah negara monarki. Baca selanjutnya...

BR1M Duit Kita Sendiri...

Berita media arus perdana bagi gambaran BR1M adalah contoh kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Kejayaan macam mana? Kejayaan bagi rakyat miskin di antara RM450 dan RM1,200 sekeluarga setahun?

Kalau tengok bilangan yang minta dan dapat, kita terpaksa tanya adakah rakyat jelata kita tambah miskin tahun demi tahun atau tambah tamak. Pasal apa saya kata macam itu? Pasal, tahun lepas 7.2 juta orang minta BR1M tapi tahun ini 8.2 juta.  Naik satu juta orang. Boleh baca di sini.

Maksudnya dalam masa 12 bulan sejuta orang rakyat jelata kita jatuh ke dalam bakul kemiskinan 1MDB. Apabila rakyat jelata jatuh miskin, mereka tentulah gembira terima apa saja bantuan walaupun tak banyak mana.

Pasal apa saya kata macam itu? Jawabnya, pasal apa yang mereka dapat dalam bentuk BR1M adalah sangat sedikit berbanding kenaikan kos sara hidup.

Pasal apa kos sara hidup melambung? Jawabnya, antara lain, adalah sebab subsidi dihapuskan, tambang pengangkutan naik, tol naik, tarif elektrik naik, bayaran hospital kerajaan naik, tambang bas sekolah naik, harga petrol naik, harga ikan kembung naik. Senarainya berterusan.

Oh ya, jangan lupa kesan nilai tukaran duit kita yang jatuh lebih 20 peratus berbanding dolar Amerika sejak dua tahun lepas.

Bila nilai RM jatuh, harga semua harga barang import naik. Yang terbaru harga beras untuk Sabah dan Sarawak.



GST Selamatkan Siapa?

Najib kata GST selamatkan negara. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sokong. Biasalah. Dia kata, GST penggerak utama ekonomi negara. Saya tak mahu bahas dengan Abdul Hadi pasal pengetahuan agama saya ibarat kail panjang sejengkal. Tentu tak terlawan pengetahuan agama Abdul Hadi yang sedalam lautan.

Tapi saya tahu sedikit sebanyak berkenaan ekonomi. Mana yang saya tak tahu, saya tanya orang yang tahu. Baru-baru ini saya tanya seorang ahli ekonomi dan penyelidik muda yang sedang naik namanya, apakah BR1M boleh atasi kesan GST ke atas orang miskin?

Dia jawab macam ini:

"Kutipan GST tahun 2016 kira-kira RM39 bilion. Bilangan isi rumah di Malaysia 6.35 juta. Jadi bayaran purata GST setiap isi rumah kira-kira RM6,141 setahun.

“Ini anggaran kasar sebab perniagaan pun bayar GST. Saya tidak tahu peratusan GST yang dibayar oleh pengguna dan perniagaan."

BR1M dijangka akan dinikmati oleh tujuh juta penerima dengan jumlah besar RM6.8 bilion (diperbetul). Maksudnya apa yang dibagi sebagai BR1M hanyalah sebahagian kecil saja daripada beban GST yang ditanggung oleh rakyat jelata. Kerajaan kutip RM39 bilion tapi bagi balik RM6.8 bilion (diperbetul).  Itu belum lagi dikira kenaikan harga barang dlan perkhidmatan macam saya sebutkan di atas.

Jadi kalau kita kaji dan halusi, susah kita nak telan hujah yang kata GST selamatkan negara dan BR1M bantu rakyat jelata atasi kos sara hidup yang melambung. Pasal apa saya kata macam itu? Pasal kutipan GST sekadar tampung sebahagian kecik hasil kerajaan yang jatuh merudum akibat kemerosotan harga minyak dan komoditi.

Sebaliknya, beban yang ditanggung oleh rakyat jelata akibat pengurusan ekonomi yang terlalu sangat utamakan sistem pasaran bebas bebankan rakyat jelata, khususnya golongan pendapatan rendah. Sebab itu lah bilangan pemohon dan penerima BR1M melambung.

BR1M Rebat Cukai

Nak bagi mudah faham, saya kata macam ini: Kerajaan ambil banyak duit rakyat melalui GST dengan tangan kanan dan bagi balik sikit melalui BR1M dengan tangan kiri. Apa yang rakyat dapat dalam bentuk BR1M adalah duit mereka sendiri. Dalam bahasa perniagaan dan percukaian dipanggil rebat (rebate).

Jawapan jangka sederhana dan panjang kepada masalah ekonomi negara kita sekarang adalah kita berusaha kembalikan kepercayaan (trust) pelabur dan pengguna kepada pentadbiran negara. Kepercayaan pelabur asing dan tempatan merudum akibat skandal macam 1MDB, SRC International, hutang negara dan hutang kerajaan yang terlalu tinggi dan  manipulasi institusi-institusi negara bagi melindungi Najib.

Pelabur dalam dan luar negara bukan tak percaya kepada kita pasal kita pencuri, penyamun, penyangak, kawar dan  jemuan haramzada. Orang tak percaya kepada kita pasal Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kata, MO1 (Malaysian Official 1) atau Pegawai Nombor 1 Malaysia adalah seorang kleptokrat.

Kleptokrat adalah daripada bahasa Greek bererti pemimpin yang curi duit negara dan duit rakyat jelata. Jadi DoJ guna KARI - Kleptocracy Asset Recovery Initiative - untuk rampas duit 1MDB yang kleptokrat curi.

Mula-mula kita tak tahu atau tak berapa jelas siapa MO1. Tapi, Alhamdulillah dan terima kasih kepada Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang sahkan kepada Badan Penyiaran British (BBC) bahawa MO1 itu ialah Najib.

Pelabur bodoh atau pelabur yang rasuah saja akan datang melabur di negara kita selagi kita diperintah oleh seorang kleptokrat. Oleh kerana itu, kita janganlah jadi rakyat jelata kelas dedak yang gadai negara dengan sebab dibagi BR1M yang sebenarnya adalah duit kita sendiri.

Ambil dan belanja dengan bermanfaat. - a.kadir jasin

Is it's true true RM2.6bil 
came from Saudi King...

Saudi king’s visit vindicates PM on RM2.6b donation, says academic.

Saudi Arabian King Salman Abdul Aziz Al Saud’s visit to Malaysia has put to rest the opposition’s slander regarding the RM2.6 billion donation for Prime Minister Najib Abdul Razak.

“Previously, there was a leader who said that even a mad Arab would not give such a colossal sum. But the presence of King Salman is sufficient to prove Najib was telling the truth that the RM2.6 billion was a donation from the Saudi royal family.

“I am certain the donation was given based on Najib’s efforts and achievements in upholding Islam in Malaysia and globally,” academic Hanafiah Harun told Umno Online.

There Was Always Someone Who Would Try This Ridiculous Spin!

Unfortunately for Najib, no one can seriously believe this anymore, so he should quit trying to pretend these various huge sums were ‘gifts’ (illegal in themselves).

Why has this toady academic failed to mention the brave Malaysian soldiers, who are presently in Saudi Arabia helping fight its wars?

What thought does this flunky give for the anxiety of their families back home?

This was the reason for the Saudi King’s visit and let us hope that Najib’s efforts to suck up to the Middle East does not lose Malaysian lives.

Meanwhile his statement “the presence of King Salman is sufficient to prove Najib was telling the truth” of course lacks logic or explanation.

When other leaders visit Malaysia it is not because they gave Najib a billion dollars and when he visits other countries it is not because he gave the leader a billion dollars.

Unfortunately for Najib, this is one of the world’s biggest corrruption cases, so yes, not only will the opposition continue harping on about it, but so will global law enforcers who are busy closing in on the RM2.6 bn …. and indeed all the additional payments that have now been identified going into Najib’s accounts from SRC, Blackstone Asia (BVI) etc…SR

Motion filed to summon AG 
to Parliament over RM2.6b donation...

A parliamentary motion has been filed to summon attorney-general Mohamed Apandi Ali to the House to explain his decision not to pursue charges on the RM2.6 billion donation received by Prime Minister Najib Abdul Razak.

The motion was filed by Shah Alam MP Khalid Samad, who said there was conflicting information about the donation. Khalid said while Apandi declared the funds came from the Saudi royal family, investigations and court cases overseas, including in Singapore, showed that the money allegedly came from 1MDB.

"We want the attorney-general to come to Parliament and reveal facts to the contrary, that can show us the rulings of the Singaporean courts are wrong," he told a press conference in Shah Alam today.

He hoped that if Najib had nothing to hide, then there would be no obstacle to Apandi appearing in Parliament. The Singapore courts have not specifically touched on the RM2.6 billion donation.

However, in the conviction of Swiss banker Jens Fred Sturzenegger in a 1MDB-related probe, the Singapore court established that four Falcon Private Bank accounts were held by companies controlled by billionaire Jho Low under the alias "Eric Tan Kim Loong".

Two of the Falcon accounts mentioned in the case were held by Granton Property Holdings Ltd and Tanore Finance Corporation. Tanor Finance was said to be the origin of the US$681 million (RM2.6 billion) in Najib's personal bank accounts.

Critics said the revelation that the accounts were controlled by Low through an alias, indicated a direct money trail link between the prime minister and the businessman.

However, Apandi had cleared Najib of any wrongdoing in the donation scandal in early 2016, insisting that the money came from a member of the Saudi royal family. Apandi also said that US$620 million of the sum was returned to the donor.

Khalid said he has yet to receive a response to his motion. Previously, debates on the donation as well as the US Department of Justice civil forfeiture suits involving 1MDB had been blocked in Parliament on the grounds that it was sub judice.

Besides a motion to summon Apandi, Khalid said he has also filed a parliamentary question seeking answers regarding the murder of deputy public prosecutor Kevin Morais. He said there has been speculation that Morais, who was attached to the Malaysian Anti-Corruption Commission, was killed in September 2015 in relation to the 1MDB case.

In September 2015, six men, including a military doctor, were charged in connection with the case. 

The hearing is still ongoing.- mk

Usul paksa AG ke Parlimen jelaskan 'derma' RM2.6b Najib

See you in court...
Story kat SINI dan SINI   

Image may contain: 1 person, text
Hangpa nilaikanlah sendiri...

cheers.

No comments: