30 June 2014

Nak kekal jawatan dalam gomen wajib jilat pungkok UMNO...


Politik dalam pendidikan tak habis2. Kalau macam ni bila negara nak maju?? Professor yg berkualiti mesti 'dimatikan' supaya yg bertaraf kangkung dapat menjalar dgn lebih mudah.. Mentaliti dunia ketiga, tak sanggup menerima kebenaran dan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan peribadi. Sampai bila pun Malaysia tak akan maju.

Belum lagi disiarnya hasil kajiselidik kenapa IPT seluruh negara berada diluar 'top 100' setelah disaingkan dgn lain-lain IPT di benua Asia, Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) telah diambil tindakan penyingkiran oleh haruan ganas politik Umno-BN di Putrajaya (kementerian). Malah jawatan beliau sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Selamat datang ke Universiti 1Malaysia UMno-bn. Inilah realiti Malaysia bumi tanah tumpah darahku.. Tiada maaf bagi mereka yang mencintai kebebasan. Semua mesti menjadi pak hangguk dan pak turut UMNO-BN!

Inilah kerajaan 1malaysia. Kebebasan berkarya dan memberi pandangan semakin diselar. Mencabul hak dalam perlembagaan Malaysia. Diharap Prof. bersabar ke atas ujian Allah s.w.t. Prof sedang berada dilandasan yang betul. Teruskan perjuangan yang benar itu. Yang benar sentiasa diuji Allah.- f/bk

Prof Redzuan mangsa penguasa angkuh - Anwar...

Berita pemecatan serta merta Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan (gambar) sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyingkiran secara melulu bertujuan memberi amaran kepada semua ahli akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata untuk mempertahankan kepentingan Umno.

"Dalam pentadbiran yang rakus ini, kebebasan mengkritik adalah hak mutlak kepada mereka sasarannya adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka yang kritikal terhadap Umno BN," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, penghukuman yang cukup pantas ini akan menimpa mereka yang menyokong apa-apa pandangan atau pendapat yang kelihatan kritikal terhadap Umno apatah lagi yang memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata, nasib yang sama juga telah menimpa pakar ekonomi terkenal Prof Jomo KS, profesor sains politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar perlembagaan dan undang-undang Dr Aziz Bari tidak lama dahulu.

"Dan hari ini kita lihat ia menimpa Prof Redzuan yang telah terbukti menunjukkan prestasi akademik dengan profesional dalam bidang penyelidikan yang menuntut objektiviti lengkap dan kebebasan," ujarnya lagi.

Ketua Umum PKR itu menambah, amat jelas bahawa keputusan untuk tidak menyambung tempoh Profesor Redzuan sebagai Pengarah UMCedel amat tidak wajar.

"Beliau sekali lagi menjadi mangsa penguasa angkuh yang enggan melihat sarjana bersikap bebas dan berani," katanya.

Sehubungan itu, beliau ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan bukannya mutlak dan tindakan terbaru itu bukan sahaja melanggar kebebasan akademik malah pengkhianatan terhadap harapan rakyat terhadap peningkatan mutu dan kedudukan institusi pengajian tinggi. - Harakahdaily 

Jangan mimpi universiti tempatan 100 terbaik, kata kakitangan akademik UM...

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) kecewa dengan tindakan Putrajaya memberikan tekanan kepada Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar) sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Presiden PKAUM Prof Madya Dr Azmi Sharom berkata, jika benar wujudnya tekanan daripada Kementerian Pendidikan, sangat jelas kerajaan tidak mementingkan kebebasan akademik dan buat keputusan berasaskan politik.

Beliau berkata, isu ini merupakan bukti salah satu punca universiti di Malaysia sukar untuk maju kerana ada campurtangan daripada pihak politik.

"Jangan kacau kami. Kajian dan metodologi kami ikut peraturan akademik. Jangan sebab kajian kita anda (kerajaan) menghadapi masalah, itu bukan masalah kita.

"Jangan sebut sekali pun kecemerlangan akademik. Tutup mulut, diam, dan jangan nak pandai-pandai mimpi ranking universiti Top 100, tak mungkin," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kebebasan autonomi akademik merupakan asas universiti yang cemerlang dan sepatutnya bebas daripada campurtangan politik secara langsung dalam penyelidikan, namun perkara ini gagal difahami pihak kementerian.

Mengenai isu jawatan dekan Redzuan yang tidak dilanjutkan, Azmi berkata Timbalan Cancelor (VC) berkuasa penuh menentukan calon paling layak memegang jawatan dekan walaupun jumlah undi mungkin menyebelahi Redzuan.

"Tentang dekan itu kita tak tahu kenapa kerana sistem (pemilihan) dekan bukan sistem demokratik.

"Staf akademik hanya memberi cadangan siapa yang mereka suka kemudian VC yang akan pilih.

"Jadi kita tak tahu berapa banyak staf fakulti sastera yang sokong (Redzuan).

"Walaupun mungkin beliau menang undi popular tetapi keputusaan akhir ditangan VC, apa sebab kita tak tahu," katanya.

Beliau berkata, jika benar berlakunya isu Redzuan tidak dipilih walaupun mendapat undi popular, ini jelas satu lagi contoh campurtangan kerajaan.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Redzuan diarahkan Kementerian Pendidikan supaya meletakkan jawatannya sebagai Pengarah UMcedel malah jawatan dekannya juga tidak diperbaharui.

Difahamkan, Putrajaya tidak senang dengan hasil kajian UMcedel apabila dilihat memberikan lebih banyak publisiti kepada Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Antaranya, kajian tentang sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Selain itu, Redzuan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada Februari lalu turut membentangkan hasil kajian yang dilihat pro kepada Anwar.

Cubaan The Malaysian Insider ke UM untuk berjumpa Redzuan bagaimanapun gagal apabila beliau dikatakan sibuk bermesyuarat dan enggan berjumpa dengan wartawan.

Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir beliau sebelum jawatan dekan diambil alih secara rasmi oleh timbalannya, Prof Dr Md Sidin Ishak bermula esok.

Majlis penyerahan tugas antara Redzuan dan Md Sidin diadakan dalam mesyuarat tertutup di pejabat pentadbiran FSSS pagi tadi.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam responnya terhadap nasib Redzuan turut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan UM.

Saifuddin mengumumkan perletakan jawatan atas alasan prinsip kebebasan akademik dan solidariti terhadap Redzuan melalui akaun Twitter miliknya, hari ini.

"Kami hormati prinsip dan keputusan beliau, dan apakah kesan kepada UM? Universiti jadi malu.

"Tetapi akhirnya mereka akan tunduk kepada arahan kementerian juga," kata Azmi.- tmi

Umcedel chief asked to resign, Saifuddin quits...

Universiti Malaya Centre for Democracy and Elections (Umcedel) director Redzuan Othman has been asked to resign from his position as the survey body's director.

Also his tenure as dean of the Arts and Social Science Faculty in the university, which expires today, was not renewed.

The unversity opted not to renew his position, citing his "retirement as professor" as the reason.

Former deputy higher education minister Saifuddin Abdullah (right) told Malaysiakini that he also resigned today as a senior research fellow in UM as a sign of protest over what had happened to Redzuan, whose research results did not often favour the ruling BN government.

"A couple of months back, the current vice-chancellor of UM was approached by some Education Ministry officers who advised that Redzuan should resign. He took it in stride," Saifuddin said.

Saifuddin said that he felt saddened at what had happened, and said resigning was the least he could do as he is no longer with the government.

“Unfortunately, I am not in a position to help, so I resigned as a sign of protest and to show my solidarity,” Saifuddin said.

The former Umno supreme council member and Temerloh MP, who is currently the CEO of the Global Movement of Moderates (GMM), said that his fellowship in UM was granted under the previous vice-chancellor and not the current one.

Prof Dr Mohd
Amin Jalaludin replaced Prof Ghauth Jasmon (left) as UM’s vice-chancellor late last year.

Redzuan and Umcedel shot to popularity when Prime Minister Najib Abdul Razak dismissed a survey finding just before the 2013 general election, which found that Pakatan Rakyat’s manifesto has greater traction than BN’s manifesto.

Meanwhile, Malaysiakini has contacted the office of  vice-chancellor Mohd Amin, who is in charge of the university's academic and international matters, and is awaiting for his reply.

A spokesperson from Mohd Amin's office said he was away from the campus for a meeting and could not respond at the moment.- mk


Muhyiddin should resign, not Redzuan or Saifuddin...

It is Education Minister Muhyiddin Yassin who should resign from his post and not Universiti Malaya Centre for Democracy and Elections (Umcedel) director Redzuan Othman or the university's senior research fellow Saifuddin Abdullah, said DAP.

Lim Kit Siang in a statement today said Muhyiddin has had nothing to show in his portfolio, apart from the "disgraceful" interference of the Education Ministry officials that has led to Redzuan's (left) resignation.

"What has Muhyiddin to show in more than a year as the powerful Education Minister gobbling up  the former Ministry of Higher Education, in the field of tertiary education apart from the latest disgraceful episode of interference with and violation of academic freedom resulting in the resignations of Redzuan and Saifuddin from the University of Malaya?" Lim asked.

In a separate statement, DAP's Serdang MP Ong Kian Ming said that it was unfair to target Redzuan just because the survey results in the past are not seen to be favourable to BN.

Among others, Redzuan and his team accurately predicted that Pakatan would win the popular vote in the 13th general election.

"Academicians should not be punished for pursuing legitimate academic research including in the field of politics and political science even if the results do not seem to be favourable to the ruling party," Ong said.

DAP's Mengkibol assemblyperson Tan Hong Pin also showed support for Redzuan, saying that the move by the Education Ministry was "proof" that BN had "killed off academic freedom altogether."

"Even though the University and University Colleges Act (UUCA) has been amended, I see that the principle and policy that stifles the intellectuality of students and academicians in universities have not changed," he said.- mk


Photo: Jom gi pancing #Panda...

Jam 12.00 pagi ini 1hb.July 2014


Jam 4.00 pagi ini 1hb.July 2014

cheers.

No comments: