20 December 2012

Peguam misteri dalam SD2 Bala masih tak muncul2...

americk siva pc 040708 02Peguam yang merangka akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mendakwa dipaksa menandatanganinya, harus tampil menemui Majlis Peguam, kata peguam Bala, Americk Sidhu.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, dengan itu, individu yang tidak bersalah tidak dituduh orang ramai, termasuk peguam veteran Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya Sunil, yang Americk tidak percaya terlibat.

Dalam emelnya kepada Malaysiakini, Americk (kiri) berkata, anak guamnya tidak boleh membuat aduan kepada Majlis Peguam kerana dia tidak pernah bertemu peguam misteri itu, ataupun mengarahkan peguam tersebut untuk merangka SD keduanya.

"Memandangkan ini adalah satu perkara yang agak serius, boleh saya cadangkan supaya presiden Majlis Peguam menyediakan satu emel yang mudah untuk dihantar kepada semua ahli Majlis Peguam, meminta ahli yang bertanggungjawab merangka SD kedua itu, melakukan perkara yang betul dan tampil kehadapan," katanya.

Katanya, ini kerana pihak-pihak yang tidak bersalah boleh menjadi mangsa kepada permainan menuding jari yang telah muncul sejak pendedahan peniaga permaidani, Deepak Jaikishen.

Mengenai SD kedua, Americk mendakwa Bala telah menandatanganinya selepas keselamatan keluarganya terancam.

Katanya, tidak seperti SD pertama yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan, SD kedua dibuat dalam masa kurang daripada sehari.

Americk berkata alamat pada cop pesuruhjaya sumpah pada SD kedua, adalah sama seperti firma guaman Zul Rafique & Partners pada 2008. Cecil rakan kongsi kanan di firma guaman yang sama.

Beliau menambah, Cecil dan anaknya menjadi tumpuan spekulasi selepas temubual Deepak (kanan) dengan Harakahdaily.

Nama peguam tersebut, bagaimanapun, telah diblip di video temubual itu, yang disiarkan  di YouTube.

Bagaimanapun, aktivis Haris Ibrahim, yang telah dihantar aduan kepada Majlis Peguam, mendakwa peguam tersebut adalah seorang Tan Sri - dan ia mencetuskan spekulasi peguam itu adalah Cecil dan anaknya yang juga seorang peguam.

Americk, dalam kenyataan itu, turut menegaskan bahawa beliau mengenali Cecil secara peribadi dan tidak percaya seseorang yang "bermaruah, berintegriti dan profesionalisme" seperti Cecil, boleh terlibat dalam perkara seumpama itu

Malaysiakini telah menghubungi kedua-dua Cecil dan anaknya dan sedang menunggu jawapan mereka.- malaysiakini




 Mystery lawyer in Bala's SD2 urged to reveal self to Bar...

The lawyer who drafted the second statutory declaration which private investigator P Balasubramaniam was allegedly compelled to sign should make himself known to the Bar Council, said Bala's lawyer Americk Sidhu.

In a statement, he said that this is so that innocent individuals are not wrongly accused by the public, including veteran lawyer Cecil Abraham and his son Sunil, whom Americk does not believe were involved.


americk siva pc 040708 02According to Americk (left) in an email to Malaysiakini, his client cannot lodge a complaint to the Bar Council as the latter never met the mysterious lawyer, nor had he instructed the lawyer to draft the second statutory declaration (SD).

“As this is a rather serious matter, may I suggest that the president of the Bar Council organise a simple email to be sent to all members of the Malaysian Bar requesting that the member(s) responsible for drafting that second SD do the right thing and make themselves known.

“(This is because) it appears innocent parties may be publically falling victim to the blame game and finger pointing which has emerged since Deepak’s revelations, to which I certainly do not subscribe,” he said, referring to the allegations made by carpet trader Deepak Jaikishen.

Relating the events surrounding the signing of the second SD, Americk claimed Bala had signed it after his family's safety was threatened, with a commissioner of oaths bearing witness.

He said that unlike the first SD which was two months in the making, the second SD took less than a day.

Americk said the address on the commissioner of oaths' stamp, as noted on the second SD, was the same as law firm Zul Rafique & Partners in 2008. Cecil is a senior partner at the same law firm.


Centre of speculation


NONEHe added that Cecil and his son have been at the centre of speculation after Deepak's (right) interview with HarakahDaily.

The lawyer's name, however, was bleeped out of the video of the interview, published on YouTube.

However, activist Haris Ibrahim, who has sent a complaint against the mystery lawyer to the Bar Council, claims that the lawyer is a Tan Sri, fuelling speculation that it is Cecil and his lawyer son.

Americk, in the statement, further stressed that he knows Cecil personally and does not believe that someone with his “dignity, integrity and professionalism” would be involved in such a thing.

He added that Cecil is someone who has dedicated “40 years of his life in upholding all that is sacrosanct”.

Malaysiakini has contacted both Cecil and his son and is awaiting their replies.-malaysiakini






cheers.

No comments: