14 December 2012

Mampoos Pakatan Rakyat, populariti Najib naik 1% bro...


 Sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak telah meningkat sebanyak 65 peratus pada November, sebulan selepas perdana menteri mengumumkan Bajet 2013, dari 64 peratus pada Mei 2012, menurut kajian yang diterbitkan hari ini.

Kajian dari Merdeka Center mengatakan tinjauan mendapati rakyat berpuas hati dengan perdana menteri telah meningkat dari kalangan bawah 30 tahun — dari 61 peratus kepada 68 peratus pada November 2012.

“Peningkatan ini kerana segmen pengundi terutama yang dijanjikan bantuan kewangan secara langsung, voucher buku, rebat untuk pembelian telefon pintar dan pelbagai program seperti pameran peluang pekerjaan, aktiviti sosial dan aktiviti hiburan,” kata Merdeka Center dalam satu kenyataan hari ini.

Tinjauan juga menunjukkan dari golongan berpendapatan isi rumah RM1,500 hingga RM3,000 sebulan, sokongan terhadap Najib meningkat dari 69 peratus pada Mei kepada 74 peratus pada November.

Kajian juga menunjukkan sokongan dari kaum Cina juga meningkat, dari 37 peratus pada Mei kepada 46 peratus pada November.

Tetapi kajian mendapati sokongan dari golongan berpendapatan RM1,500 sebulan ke bawah merosot dari 82 peratus pada Mei kepada 70 peratus pada November.

Kajian juga menunjukkan penurunan dari kalangan pengundi Melayu dari 79 peratus ke 75 peratus, sementara dari kaum India pula dari 72 peratus kepada 68 peratus.

Sokongan beliau dari pengundi berusia 30 hingga 40 tahun turut merosot dari 65 peratus kepada 59 peratus pada November.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan sokongan terhadap kerajaan masih lagi tidak memberangsangkan, dengan hanya 48 peratus dari responden dilaporkan “mereka gembira dengan kerajaan”.

Angka itu tidak berubah dibandingkan dari Mei 2012.

“Di kalangan pengundi Melayu, respon dari mereka yang mengatakan “gembira” dengan kerajaan merosot dari 65 peratus kepada 63 peratus, tetapi dari kaum India pula meningkat dari 46 peratus kepada 52 peratus dari Mei ke November 2012,” kata tinjauan tersebut.

Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center dari 22 Oktober hingga 20 November itu untuk melihat persepsi pengundi serta keadaan semasa dalam negara.

Kajian itu berkata dari 1,018 pengundi berdaftar yang ditanya, 59 peratus adalah Melayu, 32 peratus adalah Cina dan sembilan peratus adalah India yang ditemuramah melalui telefon.

Responden dipilih secara rawak dengan mengambil sampel etnik, jantina dan negeri tempat tinggal.- malaysian insider




Najib's popularity rating up by just 1%...

A survey conducted one month after Prime Minister Najib Abdul Razak tabled Budget 2013 shows that his approval rating had improved slightly to 65 percent in November from 64 percent in June this year.

The last budget to be tabled before the 13th general election, which must be called by June 2013, has been seen as an 'election budget' as proposed, among others, generous cash handouts to low-income households and young citizens.


NONEThe survey found that satisfaction with the prime minister markedly improved among voters under the age of 30 years old – increasing from 61 percent to 68 percent.
It was carried out by the Merdeka Centre for Opinion Research between Oct 22 and Nov 20, prior to the Umno general assembly, to gauge voters' perceptions of current developments in the country.

The pollster pointed out that this improvement among those under 30 years was likely due to the increased attention to this segment of voters.

They have been promised direct cash aid, book vouchers, rebates to purchase smartphones as well as numerous programmes, such as job fairs, social activities and entertainment events.


Drop in satisfaction among low-income earners

However, despite the 'election candies' promised to the low-income groups, such as the BR1M cash aid, satisfaction of those with monthly household incomes of less than RM1,500 has slid from 74 to 70 percent over the same period.

A finding to note is that the high approval rating enjoyed by Najib did not translate into support for the BN which stood at only 47 percent, 18 percent lower than that for the premier, though it did increase by three percent since June.

Among the Chinese voters, only 17 percent were “happy” with BN, a figure that has been stable since June.

Satisfaction among the Malay voters increased slightly, from 59 percent in June to 62 percent in November, while that among Indian voters experienced a hike of 16 percent, from 36 to 52 percent.

The support of voters for the government also lagged behind Najib's approval rating, with the satisfaction rate among Malay, Chinese and Indian voters standing at 63, 19 and 52 percent respectively.

The survey covered 1,018 voters aged 21 and above in all states across peninsular Malaysia, who were interviewed via telephone.-malaysiakini


Survey: Najib’s ratings up, Putrajaya stagnant in November

cheers.

No comments: