15 December 2016

Usaha ketepikan pencabar paling bahaya dalam PRU14...

anwar penjara

Badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Watch (HRW) menganggap keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan dakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebagai suatu lagi tragedi buruk yang menimpa sistem keadilan di Malaysia.

Pengarah HRW Asia, Phil Robertson dalam satu kenyataan yang dimuatnaik ke laman Facebook badan berkenaan berkata kes tersebut adalah bersifat politik sejak awal lagi serta melibatkan sabitan yang sengaja direka-reka.

“Keputusan hari ini menunjukkan mahkamah bukanlah tandingan kepada dendam politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Anwar,” katanya.

Menurut Robertson, mengekalkan Anwar di dalam penjara merupakan satu langkah yang diambil Najib dan UMNO bagi mengenepikan pencabar paling bahaya supaya dapat memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Najib dan parti pemerintah baru sahaja melepaskan tembakan yang menandakan bermulanya pilihan raya yang dijangka pada 2018 apabila meminggirkan pemimpin pembangkang yang dirasakan paling berkemampuan (mengalahkannya),” ujarnya.



Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Anwar untuk menyemak semula keputusan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya bagi sabitan meliwat.

Panel hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata tidak ada merit bagi menyemak permohonan itu.

“Ini bukan kes yang sempurna dan layak untuk mahkamah menggunakan bidang kuasanya,” katanya.

Dengan keputusan tersebut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan terus dipenjara sehingga pertengahan tahun 2018.

Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita sebentar tadi, beliau berkata usahanya untuk membebaskan diri daripada penjara akan diteruskan walaupun permohonan itu ditolak.

“Ini bukanlah penamat kepada segala-galanya. Saya akan berbincang dengan peguam mengenai langkah yang akan diambil melalui proses undang-undang,” kata Anwar. – Roketkini.com

Photo published for Malaysia needs democracy. I’m in prison for that belief – but I won’t change it | Anwar Ibrahim
Malaysia needs democracy. I’m in prison for that belief – but I won’t change it -Anwar Ibrahim...

Winston Churchill once famously paraphrased: “Democracy is the worst form of government except for all the others.” Recent anti-progressive electoral upsets in the US and UK, combined with potential successes looming for similar sentiment in upcoming European polls, are conspiring to give democracy a bad name in some circles.

Yet despite the challenges, we must be globally resolute in our commitment to accountable representative governments, with reinforcing systems of transparency and accountability.

In the Muslim world in particular, real democracy is essential to confront the threats to life, peace, security, freedom and human dignity that have become virtually epidemic from Africa to east Asia. Failure to address political grievances allows extremists the opportunity to pounce on the disenchanted and marginalised with their brand of deviant Islam.

Earlier this year my long-time friend, Rached Ghannouchi of Tunisia, challenged his Islamist peers by boldly pronouncing at the Ennahda party convention, “We are leaving political Islam … We are Muslim democrats.” Continue reading...

No surprise in court ruling, says lawmaker

Jho-Low
Saman DoJ diteruskan dan 
permohonan keluarga Jho Low ditolak...

Jika AS menang sekalipun dalam penghakiman, ia akan mengambil masa bertahun lamanya sebelum kerajaan dapat menyita aset yang dikatakan diperoleh hasil penyelewengan dana 1MDB, kata peguam.

Usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menyita kira-kira AS$1 bilion (RM4.42 bilion) aset didakwa diperoleh menerusi penyelewengan dana 1MDB diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada saudara mara Low Taek Jho, individu yang dikaitkan dalam skandal itu. 

Hakim persekutuan di Los Angeles pada Isnin memutuskan ahli keluarga Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, tidak boleh campur tangan dalam tuntutan saman kerajaan AS untuk menyita aset milik ahli perniagaan Malaysia itu. 

Tuntutan saman itu termasuk kepentingan dalam EMI Music Publishing Group bernilai AS$100 juta, jet Bombardier AS$35 juta dan kepentingan dalam Hotel Park Lane di New York (AS$380 juta). 

Bagi menentang tindakan AS itu tanpa kehadiran Low, seramai 4 saudaranya, termasuk bapa dan abangnya cuba menggantikan pemegang amanah dari Switzerland yang enggan menentang pelucutan hak aset itu. 

Menurut keluarga itu, pemegang amanah itu memaklumkan mereka bimbang dikenakan liabiliti jenayah jika terbabit dalam perkara itu. 

Hakim Daerah AS Dale Fischer pada Isnin tidak membenarkan lebihan masa kepada keluarga Low untuk mendapatkan tindakan undang-undang di New Zealand dan Kepulauan Cayman, di mana mereka cuba menggantikan pemegang amanah kepada pihak yang sanggup mempertahankan kepentingan mereka. 

Meskipun mereka ialah benefisiari amanah itu, ahli keluarga Low tidak mengawal aset dan oleh itu tidak layak memohon kepada mahkamah untuk melengahkan prosiding kes sitaan berkenaan, kata Fischer. 

Hakim berkata permintaan mereka untuk campur tangan juga ditolak kerana mereka juga termasuk dalam tuntutan saman itu. Robin Rathmell, peguam kepada ahli keluarga itu memberitahu hakim yang anak guamnya menjangka untuk memperoleh perintah mahkamah luar negara bagi menggantikan pemegang amanah paling awal pada bulan depan. 

Jabatan Kehakiman (DoJ) membantah dan berkata ahli keluarga itu tidak mempunyai asas untuk mencabar pelucutan hak aset berkenaan. Low sebelum ini berkata beliau memberikan khidmat rundingan kepada 1MDB dan tidak melanggar undang-undang. Ahli keluarganya berkata tanpa pemegang amanah yang akan mempertahankan aset itu, ia mungkin akan menjadi milik AS. 

Meskipun jika AS memenangi penghakiman, akan berlaku perbalahan undang-undang selama bertahun-tahun bagi membolehkan kerajaan benar-benar mengambil pemilikan hartanah dan pelaburan berkenaan, kata Raj Malviya, peguam perancang hartanah Miller, Johnson, Snell & Cummiskey Plc. 

“Penghakiman AS tidak akan konklusif. “Kerajaan perlu menguatkuasakannya terhadap amanah luar di bidang kuasa luar yang mungkin tidak memberikan keyakinan penuh dan kredit kepada penghakiman AS,” katanya. - rakyat marhaen

Kes bunuh Bill Kayong...
Story kat SINI dan SINI   

Photo published for Malaysia Rated As 2nd Most Corrupt Country IN THE WORLD
Story kat sini...


Thai King pardons Xavier Justo,pening kepala MO1...

Image result for dahi saiful hitam


Dulu dahi hitam,sekarang 
hitam tu dah pindah kat juboq...

Macam tak caya saja.How come state government under DAP 
build hospital patuh syariah? UMNO cakap DAP anti Islam... 

cheers.

No comments: