07 December 2016

Undi Cina dan Melayu pasti, India jadi penentu...

undi

Trend pengundian kaum India akan menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memandangkan sokongan pengundi Cina kepada DAP sudah mencapai 90%, kata pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania, Prof James Chin. 

“Kebanyakan bukan Islam menyokong DAP, mereka sudah dapat 90% sokongan pengundi Cina, tiada ruang untuk berkembang lagi. 

“(Tumpuan) sekarang ialah pengundi India, mereka kini 50:50, beransur-ansur kembali kepada Barisan Nasional (BN). 

Tetapi, jika Umno membenarkan rang undang-undang persendirian PAS, mungkin India akan mengundi Pakatan Harapan dan DAP,” katanya kepada Sin Chew Daily. 

Pada 24 November lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 ke sidang yang dijadualkan pada Mac 2017 untuk menerangkan pindaan RUU itu secara terperinci. 

Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan” berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini. 

Beliau berkata, walaupun tidak bergabung, PAS dan Umno sudah mencapai persefahaman dengan bekerjasama secara tidak rasmi bagi menentang Pakatan Harapan. 

“(Tun Dr) Mahathir Mohamad benci DAP, (Datuk Seri) Najib Razak benci Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mereka ada manfaat bersama, kerjasama tidak rasmi akan membolehkan mereka menentang PPBM di kawasan perkampungan Melayu.”  

Chin berkata, MCA, Gerakan dan MIC tidak akan dapat bertahan jika mereka meninggalkan BN, sebaliknya parti komponen BN dari Malaysia Timur mungkin berani berbuat demikian dan faktor utama ialah sama ada mereka boleh mengundi menentang RUU 355. - rakyat marhaen

Bekerjasama dengan UMNO, 
Pas berbeza pendapat sesama sendiri...

Yang mana satu? Minggu lepas Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kata belum ada kerjasama antara parti itu dengan UMNO. Hari ini pula, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan beritahu, mereka hanya bekerjasama dengan UMNO, bukan bergabung. 

Kenyataan berbeza dari dua pemimpin Pas ini telah mengelirukan orang ramai termasuk ahli Pas yang tertanya-tanya betul atau tidak parti mereka bekerjasama atau bergabung dengan UMNO. Kalau sudah bekerjasama, kenapa pucuk pimpinan Pas perlu sembunyikan perkara itu dari pengetahuan ahli. 

Ahli juga ada hak untuk tahu keputusan parti, bukan dibuat mereka seperti lampin pakai buang, ketika pilihan raya atau pemilihan parti sahaja mereka dicari. 

Kenyataan Tuan Ibrahim pada 28 November lalu jelas mengatakan, tidak akan ada kerjasama antara Pas dengan UMNO. Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya akan berlaku kerjasama itu. 

Bercakap kepada pemberita selepas sidang media di ibupejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu katanya, jika ada pemimpin UMNO mendakwa telah bekerjasama dengan Pas, itu tidak benar. "Lainlah kalau program UMNO itu selari dengan tuntutan al-Quran dan Sunnah sebagaimana diperjuangkan Pas, kita akan beri sokongan. 

"Mana-mana parti pun kita akan sokong kalau perjuangan mereka selari dengan Pas," tegasnya. Sehingga hari ini, belum ada keputusan muktamad mengenai hala tuju masing-masing. 

Image result for Nyawa Umno dalam tangan PAS
Apakah Hadi sanggup buat begini?...

Pas dan UMNO dilihat masih mengambil sikap tunggu dan lihat, selain menguji semangat setia kawan dengan membuat kenyataan berbentuk menguji. 

Pas tidak perlu malu-malu kucing untuk memberitahu kepada umum akan pendirian parti itu terhadap UMNO selepas gagal mengekalkan tahaluf siyasi dengan rakan pembangkang.

Tetapi Pas harus ingat, selalunya kalau malu berdayung, perahu hanyut, sebagaimana malu bertanya, sesat jalan. Namun, Pas tidak sedemikian. 

Parti itu lebih arif dengan selok belok politik tanah air termasuk pernah bekerjasama dengan PKR dan DAP sebelum ini. Pertanyaan, siapa yang mahu bekerjasama? Ini yang menjadi persoalan. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 25 November lalu, dilaporkan berkata, UMNO dan Pas tidak pernah berbincang mengenai kerjasama politik atau tahaluf siyasi. Sebaliknya, kata Naib Presiden UMNO itu, kedua-dua parti berkenaan hanya berbincang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan ummah. 


Kata-kata Ahmad Zahid ini senada dengan Tuan Ibrahim. Begitu juga pendirian Pas sebagaimana dinyatakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali. 

Katanya, Pas tidak akan bergabung atau mengadakan kerjasama politik dengan UMNO kerana pernah mempunyai pengalaman pahit dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) pada tahun 1970-an. 

"Bergabung entiti politik antara Pas dan UMNO menerusi BN tidak akan berlaku kerana kita pernah berpengalaman ketika berada dalam BN tahun 1974 hingga 1978," tegasnya. 

Bagaimana pula Nasrudin boleh kata Pas akan bekerjasama dengan UMNO? Dengan siapa beliau berbincang dan mendapat kelulusan untuk membuat kenyataan seperti itu? 

Tetapi melihat kepada hubungan baik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang duduk semeja pada Himpunan Solidariti Rohingya di Stadium Titiwangsa pada semalam, segalanya berkemungkinan. 

Politik sukar diramal. Seperti kata penganalisis, dalam politik, lawan boleh menjadi kawan. Ini yang kita lihat antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. - rakyat marhaen

What if Iskandar region seeks independence...

News reports suggesting that new homes for millions of people currently being build in Iskandar Malaysia region has former premier Dr Mahathir Mohamad wondering who would eventually stay in them.

In his latest blog post, Mahathir pointed out that a Bloomberg report had claimed that there were 60 projects in the region involving the construction of up to half million homes.

Conservatively, Mahathir estimated that this amount of homes would house 1.5 million people.

“Who will be staying in these sky scrappers? Does it make sense for the 1.5 million Johoreans – Malay, Chinese and Indians – move into these luxury dwellings? It does not.

“But having 1.5 million foreigners stay near Johor Bahru does make sense. Apparently, they are supposed to stay for three months during the winter. But was there an agreement on this?

“Can you imagine 700,000 people flying into Johor for three months and the same 700,000 leave after that, leaving the Iskandar region empty for nine months.

“Now imagine 1.5 million people emptying the city, apartments, shops and factories for nine months. Johor Bahru will be quiet. Does that make sense?” wrote Mahathir.

MB rubbishes Dr M's claims

Recently, Mahathir had told a ceramah in Krubung, Malacca that 700,000 people from China will be given Malaysia identity cards that would allow them to vote in the next general election.

He alleged that this was part of the deal sought by Putrajaya during the highly publicised state visit to China. Mahathir claimed that these 700,000 people would be housed in Forest City, which is part of the Iskandar Malaysia region.

According to the same Bloomberg report, the developers of Forest City are actively wooing Chinese investors. The report also claimed that AirAsia added a Johor Bahru-Guangzhou route in April to accommodate visiting Chinese investors.

Following this, Johor Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin rubbished Mahathir's allegations on grounds that the Forest City project would be rolled out in 30 years.

While he agreed that there might be 700,000 foreigners residing in Johor 30 years later, it was impossible for all of them to be from China.

Khaled claimed that Forest City was being marketed the world over, including Australia and the Middle East, and not just China alone.

'Merdeka for Iskandar'

Meanwhile, continuing with his hypothetical scenario for Johor, Mahathir asked if these newcomers had decided to stay long term, would the Johor menteri besar be able to make them leave?

“If you can't chase them out, what is their status? What happens if they want to be permanent residents? What if they want to be citizens? What if they are quietly being given Malaysian identity cards before the next election?

“To Khaled, I say congratulations. You will have 1.5 million foreigners surrounding you. Apparently they won't be made citizens, but they will be your neighbours,” said Mahathir.

However, having that many new neighbours may come with certain dangers, he warned.

“With 1.5 million foreigners in Johor, you will have a problem. See what happened to Singapore. Just because the composition of its population was different from Malaysia, we have to remove Singapore from Malaysia.

“When Johor Bahru is surrounded by 1.5 million foreigners, what if we (have to) merdekakan (grant independence) to the Iskandar region? God forbid,” wrote Mahathir.- mk

Lihat apa jadi pada Singapura, kata Dr M
Story kat SINI dan SINI   

Barisan Kabinet PH palsu...
Story kat SINI dan SINI  



Photo published for Datuk Killed By Bodyguard Discovered To Be Leader Of Notorious ‘Gang 24’ In Malaysia
The late Datuk Ong...

Image result for Nyawa Umno dalam tangan PAS


cheers.

No comments: