29 February 2016

Pasai apa saya hadir meeting 27 Mac 2016 nanti...



Saya jarang sangat mengeluarkan kenyataan atau komen yang menyentuh PAS, apatah lagi yang melibatkan Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Saya hormati dan hargai sumbangan beliau sebagai tokoh utama pembangkang selama berpuluh-puluh tahun.

Namun saya ditanya berkali-kali oleh orang ramai (terutama pengunjung FB ini) mengenai pandangan saya kepada pendirian terbaru Dato' Seri Hadi Awang iaitu "menolak parti Umno, berkawan dengan orang (pemimpin) Umno".

Saya ambil pandangan yang berbeza. Sepanjang sejarah Umno terutamanya selepas merdeka, sebenarnya pimpinan Umno itulah yang mencorakkan hala tuju dan pendekatan Umno. Sebab itu setiap kali Umno bertukar Presiden, setiap kalilah Umno bertukar.

Maka bagi saya, kemudharatan yang dibawa oleh Umno kepada rakyat sebenarnya berbalik kepada jenis orang yang menjadi presiden/pemimpin Umno. 

Jika presiden Umno itu kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa - maka Umno (dan kerajaan) pun akan kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa.Begitulah juga sebaliknya.

Saya lebih banyak tumpukan serangan kepada sosok tubuh Najib Razak dan isterinya kerana saya percaya beliau membawa lebih banyak kerosakan dan mudharat kepada rakyat. Malah beliau juga membawa kerosakan kepada Umno sehingga Umno berpecah belah dan dibenci rakyat.

Keputusan-keputusan beliaulah yang menindas rakyat sekarang. Banyak kesengsaraan rakyat yang ada sekarang hanya berlaku di zaman beliau menjadi presiden Umno:

- GST diperkenalkan
- biasiswa dihentikan
- pinjaman PTPTN dikurangkan hingga anak-anak orang susah kesempitan hidup
- subsidi minyak dihapuskan sama sekali
- subsidi lain dihapuskan/dikurangkan sehingga tambang pengangkutan awam, tol dan lain-lain naik mendadak
- Dana Tabung Haji digunakan untuk tujuan yang berisiko tinggi seperti 1MDB
- Dana pencen rakyat diberikan kepada 1MDB tetapi tidak ada kepastian bagaimana dana itu akan dibayar balik oleh 1MDB
- Hutang 1MDB mencecah RM42 bilion tetapi tidak menampakkan hasil
- Harta negara seperti tanah-tanah dan stesen janakuasa elektrik bertukar tangan kepada syarikat asing dari Republik China
- kemewahan yang tidak sepadan seperti pembelian jet baru dan rombongan ke luar negara yang ditanggung rakyat

Ana anti-Umno tapi sayang Presiden Umno...

Saya bukanlah melupakan perbezaan di antara saya/parti saya/ Anwar Ibrahim dengan pimpinan Umno yang kini menentang beliau, malah saya masih memegang rekod ahli parlimen pembangkang yang paling banyak disaman oleh Umno.

Tetapi menghentikan mudharat yang dibawa oleh Dato' Seri Najib Tun Razak ini adalah keutamaan paling atas. 

Menghentikan GST adalah keutamaan kepada rakyat. Sebab itu usaha-usaha untuk menggantikan Perdana Menteri ini (walaupun dari kumpulan yang berbeza) saya fikir wajar disokong.

Sebab itu saya akan hadir ke pertemuan tokoh-tokoh untuk menyatakan persetujuan bersama bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak perlu meletakkan jawatan pada 27 Mac 2016 ini.

Saya harap Dato' Seri Hadi Awang juga akan turut sama, supaya rakyat tidak terkeliru seolah-olah beliau/PAS mempertahankan Dato' Seri Najib Tun Razak pada kala kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri makin memuncak. - Rafizi Ramli,MP Pandan
Muhyiddin digantung jawatan, so what he still the enemy...

Do I care?

Did it kept me awake last night?

Did I choke on my lunch or dinner tonight?

Hell no! This was the same Muhyiddin who did Mahathir's bidding to Anwar Ibrahin and is now on the recieving of the same thing...this time from Najib.

The same Muhyiddin whom Pak Lah thought was a sahabat karib (loyal and trustworthy friend) but was in fact the "musuh dalam selimut" that ultimately caused Abang Lah to resign his post as prime minister.

I know what Muhyiddin did to Pak Lah cut Pak Lah deeply......but Pak Lah is a gracious and forgiving man and politics he can live with or without.

This Muhyiddin is now like a woman scorned. He knows there is no returning to the fold of Umno for he knows as we do, that no DPM in Umno's history has ever survived their fall from grace - not even Anwar Ibrahim. 

For him, like it was for Anwar Ibrahim, if there is to be any political life left to salvage, it will have to be outside Umno.

So what will he do now?

Until he leaves Umno and join OUR side, he is still the enemy. 

Until he tells all that he knows about the criminality of what Umno and Najib Razak has done, he is still our enemy.

And until he leaves Umno, join our side, tells all he knows about the criminality within Umno he will always be the enemy.

He has grown insanely rich on the spoils of his time with Umno. He has also grown lazy, fat and bloated because of Umno. 

And he is not Anwar Ibrahim. 

So do not look towards Muhyiddin to do an "Anwar Ibrahim"......to burn all his bridges with Umno and start from ground zero. 

Can you see Muhyiddin leading another sort of "REFORMASI" against Umno? 

Can you see Muhyiddin not crumbling in the face of possible incarceration as the present regime under Najib digs all the dirt, scams and abuse of public office from the time he was MB of Johor until now? 

Muhyiddin is anything but a fighter of Anwar's calibre!

So perish that thought if you think that Muhyiddin will do this ...."demand the PM step down ....put aside racial, religious & ideological sentiments and work towards forming a government that is just, trustworthy, and with integrity."   

Like Ku Li, Muhyiddin will not have the stomach for hand to hand combat against those who can punish him as they have punished Anwar Ibrahim....and we must not allow ourselves to be used as pawns for his vested self interest in his fight against Najib Razak.

Until he proves otherwise, he is of no use to us in our fight for a just, trustworthy government with ethics and integrity. - steadyaku47 

Muhyiddin, where were you back in 1998 when you and other members of the Supreme Council - under Mahathir's instructions - did to Anwar what they are now doing to you under Najib's instructions?

You should have been mindful of what Anwar said then: "If he can do it to me, imagine what he can do to you". But back then you, like everyone else in Umno, were too incensed with power and greed to care about the presence of God around you.

From various departure halls, our soul will arrive at the same destination to answer questions from the immigration and customs officials whom you will not be able to "influence". - Karim SA





Poster derma untuk Mat Sabu yang tersebar beberapa hari lalu.
28 Feb.2016 - RM 100,088

cheers.

No comments: