06 February 2016

Dakwa Razak di Perancis & France investigates Najib...



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Abdul Razak Baginda perlu diheret ke mahkamah di Perancis jika individu terbabit atau syarikatnya menerima wang daripada syarikat pembina kapal selam.

Menulis dalam blognya hari ini Dr Mahathir berkata Abdul Razak dan syarikat dimiliknya sudah dinamakan dalam kes mahkamah berkaitan kapal selam Scorpene di Perancis.

Kata Dr Mahathir, Abdul Razak (gambar bawah) pasti tidak akan didakwa di Malaysia kerana jika peguam negara bertindak demikian nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pasti akan dibabitkan sama.

"Peguam negara bukan saja mengetepikan (pertuduhan berkenaan) malah menyembunyikan laporan oleh Bank Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.

Abdul Razak adalah bekas individu yang dilihat rapat dengan Najib dan pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu pada Oktober 2006.



Tiada kuasa tentu belian

Turut didakwa adalah dua pegawai keselamatan (ketika itu), Cif Inspektor Azilah Hadri, 40, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 44.

Kedua-dua bekas anggota polis elit itu sudah disabitkan kesalahan membunuh dan dihukum mati namun Sirul Azhar kini berada di Australia dan ditahan pihak berkuasa imigresen negara berkenaan.

Hari ini Malaysiakini melaporkan Abdul Razak yang dikenali sebagai penganalisis politik mengaku menerima kira-kira 30 juta euro (RM137 juta) sebagai imbuhan atas khidmat perundingannya dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis.

Bagaimanapun Abdul Razak menafikan wang itu digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi pihak syarikat Thales.

Altantuyaa didakwa menjadi penterjemah dalam perundingan pembelian kapal selam berkenaan.

"Ia adalah perjanjian yang sah. Saya melakukan kerja saya dan saya dibayar untuk itu.

"Dan saya tidak pernah membayar mana-mana pegawai," beliau dipetik sebagai berkata oleh Financial Times.



Tidak bermakna apa-apa

Dr Mahathir berkata Abdul Razak tidak mempunyai kuasa menentukan pembelian kerajaan, tetapi Najib sebagai menteri pertahanan boleh membuat keputusan mengenainya.

"Apa pun, jika Razak atau syarikatnya menerima wang daripada pembuat kapal selam (di Perancis), dia perlu diheret di depan mahkamah Perancis," katanya.

Dalam pos sama bekas perdana menteri itu juga mengecam Najib serta Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini berkhidmat sebagai peguam negara.

Katanya, tindakan Mohamed Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku tidak membawa sebarang makna.

"Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan dirinya sendiri, Najib mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa dia tidak bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Kata-kata peguam negara bahawa dia (Najib) tidak bersalah, tidak bermakna apa-apa.

"Kegagalan melakukan ini, Najib perlu meletak jawatan. Begitu juga semua pihak yang selama ini menggunakan kuasa masing-masing menyelamatkan Najib," katanya. - mk

IT'S OUT: NAJIB NAMED AS KEY MAN RECEIVING BRIBES IN FRENCH SCORPENES TRIAL - REPORT
Memalukan Malaysia...

1. Ada satu masa tidak berapa lama dahulu apabila Malaysia dikagumi kerana kejayaan meningkatkan dirinya daripada sebuah negara dunia ketiga yang miskin menjadi sebuah negara industry baru yang stabil. Tiada siapa meragui bahawa ia akan mengumumkan hasratnya untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai. 

2. Tetapi hari ini apabila kita pergi ke luar negara, kita akan disoal “Apa yang berlaku kepada negara anda?” Ada yang mengatakan 1MDB dan unsur korup di dalam Kerajaan penyebab kehilangan berbilion-bilion dollar. Ramai yang memberi komen tentang gaya hidup mewah Perdana Menteri. 

3. Mereka bertanyakan soalan sebegini kerana suratkhabar-suratkhabar asing yang bereputasi tinggi telah menerbitkan cerita-cerita tentang 1MDB, tentang berbilion dolar wang untuk kegunaan PM sendiri, tentang jumlah wang yang besar di dalam akaun peribadinya, tentang gaya hidup mewah beliau. Tidak ada Perdana Menteri Malaysia mampu mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran seperti yang dilakukan untuk anak perempuannya. 

4. Walaupun rakyat Malaysia membaca hanya perkara-perkara yang baik mengenai Najib di dalam media tempatan tetapi media alternatif tidak menyembunyikan perkataan apabila menyuarakan rasa meluat mereka dengan Najib dan pengampu yang melindunginya. Apabila Wall Street Journal melaporkan bahawa PM mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya di AmBank, dunia mentertawakan Najib kerana mendakwa ini adalah derma yang diberi orang Arab. 

5. Kemudiannya ada pula kisah pembelian kapal selam dari syarikat Perancis. Kini dihadapkan di mahkamah Perancis. Razak Baginda, rakan karib Najib, dan syarikat-syarikat yang dimiliki beliau telah dinamakan dalam kes mahkamah. 



6. Razak tidak punyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai pembelian Kerajaan. Tetapi Najib sebagai Menteri Pertahanan telah melakukannya. Apa pun, sekiranya Razak atau syarikatnya menerima wang dari pembuat kapal selam; dia harus ditahan di hadapan mahkamah Perancis. 

7. Peguam Negara Malaysia pasti tidak akan mendakwa Razak kerana ia mungkin membawa kepada perkaitan nama Najib. Peguam Negara telahpun bukan sahaja menolak bahkan menyembunyi laporan oleh Bank Negara dan SPRM. 

8. Kesemua ini dan banyak lagi telah memberikan nama buruk buat Malaysia. Nama Najib sememangnya lebih buruk. Rakyat Malaysia secara umumnya berasa malu dengan perkara-perkara ini dan Perdana Menteri berperanan dalam skandal sebegini. 

9. Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan beliau sendiri, Najib mesti membuktikan di luar bayangan keraguan bahawa dia tidak bersalah terhadap semua pertuduhan ini. Peguam Negara berkata beliau tidak bersalah tidak membawa apa-apa makna. Dia, Peguam Negara yang tidak punyai kredibiliti. 

10. Kegagalan melakukan ini memerlukan Najib meletakkan jawatan. Juga kepada kesemua mereka-mereka yang telah membantu menutupi kesalahan ini dan salahguna kuasa untuk menyelamatkan Najib. 

11. Malaysia mesti dibebaskan daripada seorang Perdana Menteri yang berprestasi buruk sekiranya ingin meraih semula reputasinya. - che det  

Malaysias's Shame 

France investigates whether Malaysian PM Najib was bribed in submarine deal...

French prosecutors have launched a formal investigation into whether Malaysian Prime Minister Najib Razak was paid bribes over a long­contentious US$1.2 billion (S$1.69 billion) arms deal when he was defence minister.

A judge will probe whether Bernard Baiocco, former president of French defence group Thales International Asia, paid illegal kickbacks to Datuk Seri Najib, through an associate of the prime minister, to win a 2002 contract for two submarines, the Financial Times (FT) reported, citi ng people close to the case.

The Paris prosecutor's office said Baiocco had been placed under formal investigation on suspicion of "bribery of foreign public officials" and "complicity in misuse of corporate assets", according to the FT.

This comes after Agence France-Presse (AFP) reported that Baiocco was indicted on Dec 15 last year for paying commissions to Mr Abdul Razak Baginda, a Malaysian political analyst who is a close friend of Mr Najib.

But Mr Abdul Razak told the FT that while he was paid about 30 mllion euros (S$47 million) to consult on the Scorpene submarine deal, the money was not used to bribe officials. Continue reading...

Mukhriz Termination – Najib’s Tactical Error Due To His Narcissism...

If Najib’s father – Abdul Razak Hussein – is still alive today, he would be 94-year-old. Former Prime Minister Mahathir Mohamad who was indebted to Najib’s father is today 90-year-old. Najib himself is 62-year-old while Mukhriz, Mahathir’s son who is now jobless after lost his Kedah state Menteri Besar (Chief Minister) post, is 51-year-old.

One of the reasons why Najib Razak is Malaysian prime minister today was due to Mahathir’s gratitude to the Razak senior for accepting him back to UMNO political party after being expelled. Therefore Mahathir repaid Razak’s kindness with support for Najib to become the sixth Prime Minister of Malaysia. Until last year, Mahathir has been taking good care of Najib.

When 1MDB scandal exploded, all hell breaks loose. The war between Mahathir and his protégé, Najib, becomes personal now. Supposing 1MDB didn’t happen. Would Najib take care of Mukhriz Mahathir, the same way Mahathir had taken care of him? Traditionally, ethnic-Malay takes great pride of “mengenang budi (being grateful)” but does Najib have such value?

Immediately after 2013 national election, Najib Razak conspired and ensured Mahathir’s son loses his bid to become one of three vice presidents in UMNO, instantly blocking Mukhriz as a future national leader. Therefore, before Mahathir gets his hands dirty in the 1MDB scandal (last year); Najib has already shown little respect to the value of being grateful.

To be fair, Mukhriz is no great leader but a cry baby who got lucky to be born as the son of the longest serving Prime Minister of Malaysia. Without daddy Mahathir, Mukhriz could be another ordinary government servant or an ex-MAS employee who has just been retrenched. Like Najib, everything handed to junior Mukhriz on a silver platter.

Because Mahathir refuses to play dead, retires peacefully and plays marbles on Najib’s pet project – 1MDB – the prime minister has taken the battle to Kedah state and terminated Mukhriz. Sure, it was Najib who played some parts in making Mukhriz the state’s Menteri Besar. But it’s the same Najib who sacked Mukhriz too. Continue reading...

Kena tangkap Bashah lagi...

Ini bukan budaya penyamun2 UMNO...


cheers.

No comments: