28 February 2015

Kalu harga minyak naik esok,salahkan 1MDB...

Bayar lebih harga minyak esok? Salahkan 1MDB...

Pemansuhan sistem subsidi bahan api bukan hanya membuat pengguna terdedah kepada turun naik harga minyak mentah global tetapi juga membawa kepada ketidakstabilan nilai ringgit sepertimana ramai yang akan rasainya melalui harga bahan api esok.

Walaupun kerajaan hanya dijangka mengumumkan harga runcit bahan api rasmi untuk Mac malam ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli telah memberi amaran bahawa ia akan menjadi lebih tinggi.

Rafizi berkata kenaikan kecil dalam harga minyak mentah dunia, menjadi lebih teruk dengan ringgit yang lemah yang sebahagiannya disebabkan oleh masalah lebih RM40 bilion hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimiliki kerajaan.

“Oleh itu, turun naik ringgit mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak yang dibayar oleh rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kadar matawang ringgit kini jatuh ke paras terburuk sejak krisis kewangan Asia 1998.

"Jika Datuk Seri Najib menyalahkan pasaran minyak mentah dunia akibat turun naik harga minyak, maka beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada turun naik kadar matawang ringgit.

“Kenaikan harga petrol dan diesel yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam bulan-bulan mendatang adalah akibat kegagalan beliau sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. kata Rafizi.




1MDB dimiliki oleh Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib, dan beliau juga adalah pengerusi lembaga penasihat syarikat tersebut.

Negara kini menggunakan sistem apungan terurus di mana harga purata minyak untuk bulan semasa digunakan sebagai penanda aras untuk menentukan harga runcit bahan api bulan seterusnya.

Oleh itu, turun naik nilai ringgit mempunyai kesan yang terus kepada harga minyak yang dibayar oleh rakyat.

“Ini menimbulkan kesulitan kepada rakyat kerana kejatuhan harga minyak bermula dari September 2014 diiringi dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding AS.

"Nilai ringgit yang kini didagangkan pada tukaran sekitar RM3.60 bagi setiap AS$1 telah susut sebanyak 10 peratus dalam tempoh enam bulan berbanding tempoh asal sekitar RM3.30 bagi setiap AS$1,” kata Rafizi.- mk


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek bercakap pada sidang media selepas melancarkan program promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim, 28 Februari, 2015.
Harga Baharu Petrol, Diesel Berkuatkuasa Tengah Malam Ini

Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 3:39 PM

SHAH ALAM: Harga runcit baharu petrol dan diesel bagi Mac akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau bagaimanapun enggan memaklumkan sama ada harga baharu petrol dan diesel yang bakal diumumkan nanti meningkat ataupun sebaliknya.

Hasan juga berkata pihaknya akan meneruskan kempen penurunan harga di seluruh negara meskipun berlakunya perubahan terhadap harga petrol dan diesel sama ada menjurus kepada peningkatan ataupun penurunan.

"Harga minyak bukan faktor utama menentukan harga barangan tetapi sebaliknya ada faktor lain yang mempengaruhi harga barangan sama ada ia turun ataupun naik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' bagi produk minuman dan makanan Nestle (M) Bhd di sini Sabtu.

Pada 1 Februari lepas, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON95 sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter, RON97 turun 11 sen kepada RM2.00 seliter sementara diesel turun 23 sen kepada RM1.70 seliter.

Mengulas mengenai kempen Nestle pada Sabtu, Hasan berkata ia adalah kempen promosi terbesar Nestle yang menawarkan penjimatan antara lapan hingga 33 peratus bagi 50 produk terpilih Nestle termasuk Milo, Maggi dan Nescafe. 

Beliau berkata kempen itu yang akan berlangsung sehingga akhir bulan depan adalah inisiatif Nestle bagi menangani kos sara hidup rakyat ketika negara menghadapi harga minyak yang tidak menentu.

harga minyakmac
Paying more at the pumps tomorrow? Blame 1MDB...

The abolition of fuel subsidy system has not only made consumers vulnerable to fluctuation of global crude oil prices but also led to the volatility in the ringgit as many will discover at petrol pumps tomorrow.

While the government is only expected to announce the official fuel retail prices for March tonight, PKR secretary-general Rafizi Ramli has warned that it will be significantly higher.

Rafizi (right) said the marginal increase in global crude oil price is made worse by the weak ringgit which is in part caused by the more than RM40 billion debt woes plaguing government-owned 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“The currency market sentiment is anxious about 1MDB’s debt which has largely contributed to the reluctance of international investors to hold the ringgit currency, causing its value to continually fall against the US dollar,” he said in a statement today.

Rafizi said under the administration of Prime Minister Najib Abdul Razak, the ringgit’s value had fallen to the worst level since the 1998 Asian financial crisis.

“If Najib blamed the global crude oil market for fluctuation in fuel prices, he should be fully responsible for the fluctuation of the ringgit’s value.

“The increase in petrol and diesel price in the coming months that the rakyat must bear is a result of his failure as prime minister and finance minister,” said Rafizi.

1MDB is owned by the Finance Ministry which Najib heads, and he is also the chairperson of the company’s advisory board.

The country is now using a managed float system where the average price of oil for the current month is used as a benchmark to determine the following month’s fuel retail price.

“The increase or decline of the ringgit has a direct impact on the price of fuel which the rakyat must pay.

“This causes hardship to the rakyat as the fall in oil price beginning in September 2014 is accompanied by a fall in the value of the ringgit against the US dollar.

“The value of the ringgit which, is now being traded at a rate of RM3.60 for every US$1, has declined by 10 percent in six months when it was valued at RM3.30 to US$1,” said Rafizi.

Double whammy for fuel consumers

As such, he said the slight recovery in oil price coupled with the weak ringgit will be a double whammy for fuel consumers starting tomorrow.

According to Means of Platts Singapore (Mops) calculation formula, Rafizi estimated the price of RON95 will increase by 21 sen to RM1.91 per litre while diesel will likely see a hike of 16 sen to RM1.86 per litre.

He also reiterated that the government had collected RM1.148 billion in fuel tax when Malaysia was still under the previous fuel system up to January.

Up until then, the dramatic crash of the global crude oil price had dragged the market fuel price to below the fixed and higher retail price the rakyat was paying for.

As such, Rafizi said the government should use this amount to subsidise next month’s fuel retail price to lessen the rakyat’s burden of having to deal with a double whammy.

“I urge the federal government to use this tax reserve it quietly collected to avoid a drastic increase in the price of RON95 and diesel,” he said.

He added that the move will help to mitigate the increase of the RON95 price to only RM1.80 per litre. - mk

Oil price per barrel in USD:

Value of the Ringgit against USD:



Story kat SINI dan SINI  


cheers.

No comments: