14 November 2009

Bezanya Pakej Haji dengan Pakej Lawatan Sambil Belajar.......

Kisah Tuan Guru Nik Aziz ditaja untuk menunaikan Haji pada tahun ini,mendapat liputan penuh media massa hinggakan pihak SPRM dengan pantas nak lakukan siasatan sama ada unsur-unsur rasuah atau tidak. Atas dasar tanggungjawab yang tinggi sebagai seorang pemimpin yang beramanah Tuan Guru telah membatalkan pemergian beliau untuk menunaikan haji pada tahun ini,walaupun wang tersebut halal dengan seikhlas hati si pemberinya.

Adalah difahamkan Tok Guru Nik Abdul Aziz ditaja sebagai mengetuai dalam soal mengerjakan ibadah haji untuk satu pakej. Tawaran mengerjakan haji tersebut dibuat kerana beliau seorang ulama. Adalah menjadi perkara biasa bagi mereka yang menganjurkan pakej ini,tawaran percuma diberi kepada seorang yang bertaraf ulama untuk menarik pakej tersebut. Tok Guru pergi atas kapasitinya sebagai tokoh ulama bukan atas jawatan MB Kelantan. Apakah itu dikatakan rasuah?


Bekas MB Selangor,Mohd Khir Toyo dan keluarganya, beserta pegawai-pegawai kerajaan negeri telah menggunakan wang rakyat hampir 1.5 juta RM untuk membiayai dua lawatan sambil belajar ke luar negara, termasuk berdarmawisata ke Paris dan Orlando Disneyland. Sehingga kini apa tindakan yang SPRM lakukan?

Inilah di antara beberapa contoh dalam IMalaysia yang Najib war-warkan, masih terdapat dua jenis peraturan dan undang-undang yang digunapakai. Satu untuk orang UMNO dan satu lagi untuk orang PAS.

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

Penyamun UMNO tak tau beza halal dan haram.

Anonymous said...

UMNO nie bang...bukan saya nak kata apalah...ramai lagi yg sponsor Rosmah tuh...mcm-mcm hadiah yg Rosmah terima...kenapa UMNO and SPRM tak bising?

Husin Abu Hassan
Kg Baru, KL