18 November 2009

Indek rasuah Malaysia menjunam teruk...........


Presiden Transparency International Malaysia(TI-M), Datuk Paul Low memuji negeri Pakatan Rakyat itu bahkan wajar dijadikan contoh. Datul Paul Low berkata sikap kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam memacu Selangor jelas menunjukkan kerajaan negeri ini merupakan kerajaan yang adil dan telus mencakupi semua aspek.

Katanya, peranan Khalid dalam menangani rasuah di Selangor merupa
kan satu perkembangan positif dalam arena politik negara.

“Saya yakin MB Selangor mempunyai kehendak politik yang kuat untuk memerangi rasuah sebagaimana yang ditunjukkannya di Selangor," kata Paul dalam satu sidang media selepas mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah 2009,di Kelab Golf Di Raja Selangor.


Beliau menambah, pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor dan perkembangan yang berlaku di negeri ini harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.
Katanya, pentadbiran telus yang diamalkan Selangor bukan sahaja penting bagi aspek intergriti tetapi dalam menjaga kestabilan ekonomi negara.

TI-M memaklumkan, indeks persepsi rasuah Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib razak terus menjunam. Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009. Malaysia mencatatkan penurunan dalam indeks persepsi rasuah pada tahun ini dengan hanya memperoleh 4.5 mata berbanding 5.1 mata pada 2008. Kemerosotan berkenaan jelas menunjukkan kegagalan negara memerangi rasuah walapun pelbagai janji dibuat pihak berkuasa untuk menanganinya.

Menurut Presiden TIM,Paul Low, banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemerosotan negara memerangi rasuah. Namun, beliau menekankan pencegahan amalan rasuah haruslah bermula dari pemimpin dengan nilai intergriti yang tinggi untuk membanterasnya.
“Jika anda mempunyai pemimpin yang tidak memberikan tauladan yang baik unjtuk diikuti, anda tidak boleh harap golongan muda kita mengikut apa yang baik kerana mereka hanya mengikut apa yang pemimpin buat.

"Di Malaysia, ia bukan isu mempunyai negara yang demokratik atau pilihan raya. Kita ada tetapi dalam masa yang sama kita dengan ba
nyak tentang lompat parti dan isu berkaitan dengannya, ada yang dibayar. Jadi ia bukan soal demokrasi tetapi soal kehendak politik," katanya.

Dalam laporan berkenaan, New Zealand berada di kedudukan pertama negara yang kurang kegiatan rasuah dengan catatan tertinggi 9.4 mata, manakala Somalia berada di kedudukan terakhir kerana mencatatkan amalan rasuah tertinggi dengan catatan CPI 1.1 mata.

Perbandingan antara negara Asean menunjuk
kan Malaysia berada di tempat ketiga selepas Singapura dengan catatan 9.4 mata dan Brunei dengan CPI 5.5 mata, manakala Indonesia di tempat keempat. Walaubagaimanapun, Indonesia mencatatkan kenaikan,apabila mencatatkan CPI 2.8 berbanding 2.6 tahun lalu.

Baca CPI 2009 table di
sini.

source:harakahdaily.net



Apakah tidak, SPRM(MACC) kita dok asyik siasat kes rasuah ikan bilis, sedangkan kes si jerung dilepaskan begitu saja. SPRM(MACC) asyik dok fokus kepada rasuah di kalangan parti pembangkang, sedangkan di kalangan UMNO/BN semuanya tutup sebelah mata.

Lihat saja contoh SPRM beria-ia nak siasat kes tajaan haji Tuan Guru, sedangkan kes PKFZ yang hilang berbilion-bilion dan kes Khir Toyo berjoli sambil balajar menggunakan duit rakyat tak berani disentuhnya.

Kalau beginilah keadaannya dengan dasar SPRM(MACC) maka taklah kalau hairan tahun depan Malaysia akan berada bersama-sama dengan Somalia...........

cheers.

No comments: