18 July 2009

Chua Jui Meng tukaq kapai...........

Bekas menteri kesihatan, Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Baca sini.

source:malaysiakini

cheers.

3 comments:

AnTi AljUbuRi said...

ayam tua join PKR ... hehehehehe

satu untuk anwar...

tiga untuk najib...

bijak .. bijak!!!!

Anonymous said...

Cina yang bersemangat keCinaan yang kuat akan masuk DAP atau MCA/Gerakan.

Melayu yang mempunyai semangat Islam/Melayu yang kuat akan masuk UMNO atau PAS.

Yang tak diterima oleh DAP/MCA/Gerakan dan UMNO/PAS akan masuk lah PKR.

Macam Reject Shop kat One Utama lah.

Anonymous said...

Reject shop kah atau One Utama..UMNO dan BN tetap penyamun dulu,kini dan selama-lamanya.