28 July 2009

Tuan Guru Nik Aziz kata,"Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun".....



Minggu lalu Bernama melaporkan bahawa MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Hari ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS. Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.

Malah, Nik Aziz mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

"Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun' kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap 'desperado' Umno 'yang gilakan PAS'.

"Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti," kata Nik Aziz lagi.

"Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato') Mustapha Mohamed," kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.

Oleh itu, hari ini Nik Aziz hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa.

source: malaysiakini

UMNO ni dah gila talak kot, ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong............

cheers.

2 comments:

Anonymous said...

UMNO dah nampak yg >90% Bkn Melayu dah tak sokong deme lagi spt yg mereka perolehi pd PEMILU 1999 yg mana >80% Melayu tlh menolak UMNO ketika itu...skrg sudah terbalik.

Jadi skrg deme dok cuba memujuk PAS krn dari survey mereka didapati Undi Bumiputera tlh terbahagi kpd:-
-> PAS mendpt 50% keseluruhan(80% Melayu Semenanjung dan 20% Bumiputera Sbh & Swk)manakala
-> UMNO juga mendpt 50% keseluruhan(80% dari Bumiputera Sbh & Swk dan 20% Melayu Semenanjung).

Kalau trend ini berterusan maka tidak menjadi sesuatu yg menghairankan kalau UMNO kalah teruk di Semenanjung pd PEMILU 13 pd tahun 2013 nanti...Kalau anda jadi Najib dan strategis BN pun, anda pasti akan melebihkan kerusi di East Malaysia bagi memastikan BN terus berkuasa di Malaysia.

What do you reckon Aliditta?

rgds/Ir Fariz Salleh - KL

ali allah ditta said...

Dari satu sudut saya setuju dengan sdr. Tapi saya ada pandangan saya sendiri dalam hal ini.

Dulu UMNO/BN boleh bangga kerana sungguhpun mereka tak dapat sokongan orang2 Melayu,kaum Cina dan India masih sokong mereka.

Tetapi bila kaum Cina dan India berpaling tadah,UMNO perlu raih sokongan orang2 Melayu,macam gila jadinya.Gomen yanh sah mereka cuba gulingkan. Mereka berjaya di Perak,tapi bermasalah sikit di Selangor,Kedah dan Penang.

Sebab itulah hari ini UMNO begitu gian utk berbaik2 dgn PAS atas nama perpaduan. But whether PAS gonna buy what UMNO wants to offer is another story to tell,though there are faction in PAS thats so keen about it.

UMNO/BN akan hilang banyak kerusi di Semenanjung tapi dengan sokongan daripada Sabah/Sarawak UMNO/BN mungkin bentuk gomen.

Namun demikian selama mana UMNO/BN boleh depend on Sabah/Sarawak for their support?

The problem dengan UMNO sekarang bukan kerana parti itu tapi kerana imej pemimpin yang rata2 korup.
Najib begitu teruk terpalit dengan berbagai skandal. Jika setakat dia nak uplift image UMNO tak cukup, Najib himself should also must be seen clean.

UMNO/BN deserve to lose in order to change and that will happen soon.

cheers.