11 July 2009

Hadiah dari Najib utk 1Malaysia atau UMNO Malaysia........

Najib Tun Razak hari ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya;

-pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol,untuk meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus,
-peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah,
-caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.
-penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati -potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.
menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini,
-menjelang 2010, seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih,
-tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas,

Baguslah hadiah 100 hari Najib jadi PM. Tapi biarlah yang menikmati faedah-faedah ini adalah rakyat 1Malaysia tak kira bangsa dan agama,bukan khas untuk ahli-ahli UMNO saja.

Jangan pula tup...tup dengar yang bolot semua faedah ini adalah orang-orang UMNO saja, macam pemberian permit teksi semua jatuh kepada "Big Daddy UMNO" atau "Big Mama UMNO" dan mereka sewa kepada rakyat dengan kadar sewa yang tinggi. Begitu juga rumah-rumah kos rendah di milikki oleh orang-orang kuat UMNO dan sanak saudara mereka, sampai 5 buah seorang.......

Jangan pula ini hanya menjadi hangat tahi ayam untuk pancing undi di Manek Urai. Selepas PRK Manek Urai habis dilupakan.........

JOM UNDI CALON PAS




DAN RAMAI-RAMAI KITA TOLAK UMNO



cheers.

No comments: