Pada 17 Jun, Tok Guru Nik Aziz menafikan laporan dan menyifatkannya "satu hasutan untuk mengajak orang ramai membencinya dan parti itu", termasuk menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai baru-baru ini.Beliau kemudian mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan.
Berikut adalah permohonan maaf Utusan Malaysia.....

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.
Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.
Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.
source:utusan malaysia online
Bila kita kata media massa banyak putar belit kenyataan-kenyataan pembangkang, orang tak percaya. RTM TV1,2,3,7,8,9 dan akhbar Utusan Malaysia,Berita Harian,New Straits Time adalah pemain putaq alam yang paling ketara.
Mereka anggap itu adalah modal parti pembangkang untuk mengenakan media massa yang begitu berat sebelah dalam laporan berita mereka. Apabila kejahatan mereka terbongkar,
mereka cepat-cepat mohon maaf kerana takut kena bayar berjuta-juta. Maklum saja saman berjuta-juta oleh pembangkang yang masih belum dibicara..........
cheers.
No comments:
Post a Comment