12 July 2009

Nasharuddin Mat Isa jelma di Manek Urai.........

"Kehilangannya" Nasharuddin Mat Isa telah menimbulkan pelbagai andaiaan, terutama sekali apabila beliau sebelum ini ditegur Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan. Mengulas lanjut, Nasharuddin mengesahkan bahawa beliau sakit dan mendapatkan rawatan di hospital sebelum ini, seperti dilaporkan media.

Ditanya sama ada beliau merupakan "mangsa persepsi", Nasharudin berkata beliau akan menjelaskan perkara itu, bersama isu-isu lain selepas pilihanraya kecil Manek Urai 14 Julai ini. Katanya, beliau mengambil sikap tidak memberikan respons kepada media sebelum ini kerana mendakwa "media Malaysia tidak bebas untuk melaporkan". Ditanya tentang jangkaan isu yang akan dimainkan BN, beliau berkata: "Saya lihat mereka (BN) tidak ada isu."

Nasharuddin tiba di Kelantan jam 9 pagi dan turut serta dalam solat Dhuha bersama Mursyidul Am PAS dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah. Majlis sembahyang solat Dhuha itu diadakan di Sungai Peria, Manek Urai. Nasharuddin dijadual menghadiri taklimat mengenai kempen pilihanraya di markas induk PAS Manek Urai.

Turut berada di Manek Urai bersama beliau adalah anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang turut ke situ untuk membantu kempen calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.




Ceramah Perdana di Manek Urai

Tarikh: Ahad 12 Julai 2009
Masa: 9-12 tengah malam

Tempat: Kampung Sungai Peria, Manek Urai, Kelantan.


Penceramah:
YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang
Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin.


RAMAI-RAMAI KITA UNDI PAS




DAN RAMAI-RAMAI KITA TOLAK UMNO






cheers.

No comments: