
ASP Suzaimi juga memberitahu petugas PKR bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan Ketua Polis Kelantan untuk memastikan tiada sebarang logo atau bendera parti itu diguna atau dinaikkan pada pilihan raya kecil itu. Menurut Saifuddin, BN telah memperalatkan pihak polis untuk menghalang PKR daripada memberikan sokongan kepada Pas.
"Tindakan menghalang penyertaan aktif parti-parti rakan khasnya PKR dalam membantu PAS pada pilihanraya kecil Manek Urai bermotif politik dan mencabul hak asasi demokrasi secara nyata,"katanya pada sidang media di Markas Pas.
"Penyertaan parti-parti politik sahabat dalam Pakatan rakyat dalam mana-mana pilihan raya kecil adalah elemen biasa dalam amalan politik di Malaysia dan telah dipraktiskan dalam pilihan raya kecil sebelum ini," katanya. Menurutnya, tindakan polis itu adalah penyalahgunaan kuasa dan melampaui perlembagaan persekutuan, perlembaagn negeri serta Akta dan peraturan pilihnaraya berkaitan.

"Sebaliknya kod etika Pilihanraya dengan jelas menurut perkara 6.2 (b) menyebut semua calon, ejen pilihanraya, parti politik dan pekerja serta penyokong calon dan parti politik.... tidak boleh menggunakan kenderaan atau alat-alat komunikasi milik kerajaan untuk tujuan berkempen," katanya.
Ringkasnya, dari segi prinsip kemudahan jentera dan institusi milik kerajaan adalah dilarang daripada digunakan atau disalahguna bagi tujuan dan kepentingan sempit politik kepartian namun peruntukan itu tidak langsung diendahkan oleh BN dan dibenarkan secara terbuka oleh polis.
"Di Manek Urai, kita lihat penglibatan yang sangat ketara oleh agensi kerajaan seperti Risda, masa inilah dia bagi bantuan anak benih getah, bagi bantuan subsidi. Felcra, Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, JAKIM semuanya menjadi sebahagian kempen BN yang sesungguhnya berlawanan dengan pengendalian pilihanraya yang bersih dan adil," kata Saifuddin.
sumber : Kelab Greenboc
Sampai logo dan bendera PKR pun ketua polis kita kecut teloq bila melihatnya. Wow hebat sungguh logo dan bendera PKR...........
Bila ada undang-undang rimba dalam 1Malaysia Najib nak cakap pasai demokrasi apa lagi.........


cheers.
No comments:
Post a Comment