08 April 2008

Pat Lah bukan ahli UMNO sabotaj,tapi rakyat yang meluat.....

Pat Lah berkata UMNO, tewas di 14 kerusi parlimen dan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum 8 Mac kerana perbuatan sabotaj ahli UMNO sendiri. Bagaimana pun Pat Lah enggan mengulas lanjut apabila ditanya pemberita punca ahli-ahli parti itu bertindak mensabotaj hingga calon-calon Umno kalah di 14 kerusi parlimen dan 22 kerusi DUN tersebut.
---------------------
Sebagai seorang presiden UMNO,di hadapan pemimpin UMNO peringkat bawahan apa lagi alasan yang boleh Pat Lah bagi berkaitan dengan kekalahan UMNO? Jika nak kata UMNO sudah tidak diterima rakyat jelata, ahli-ahlinya pula akan bertanya kenapa? Jadi alasan yang paling bijak dibuat oleh Pat Lah adalah menyalahkan ahli-ahli parti yang bertindak sabotaj parti.

Hello...Pat Lah, sebenar masalah sabotaj parti ini bukan dilakukan oleh ahli-ahli biasa UMNO,kerana mereka bukanlah bodoh untuk mengadai maruah parti. Perbuatan mensabotaj ini dibuat oleh ketua-ketua bahagian kerana gagal menjadi calon atau tidak suka kepada calon yang dipilih.

Berapa kerat sangat ahli-ahli biasa UMNO yang akan menjadi pak turut ketua mereka,kecuali mereka yang taksub dengan UMNO atau UMNO pekat. Namun pembelotan mereka ini tidak menyumbang kepada kekalahan calon-calon UMNO. Apa yang Pat Lah dan UMNO "fail to realise" bahawa dasar perjuangan UMNO itu sendiri sudah terpesong dari landasannya menyebabkan rakyat sudah bosan dengan tindak tanduk pemimpin UMNO yang sombong dan bongkak itu.

Pak Lah juga harus ingat bahawa yang menjadi ahli UMNO itu tidaklah ramai seperti mana yang diwar-warkan oleh UMNO iaitu seramai 3.5 juta kerana jumlah itu termasuk mereka yang dah lama keluar atau dibuang parti tetapi nama masih ada tersenarai kerana sebab-sebab tertentu.

Ramai yang menyokong UMNO ini adalah orang-orang Melayu yang berdiri di atas pagar yang bersimpati dengan parti tersebut. Selama lebih daripada 50 tahun mereka ini telah memberi sokongan kepada UMNO,namun sokongan yang diberi itu tidak ditunjuk dengan cara yang baik,sebaliknya rakyat yang menyokong UMNO itu ditipu dengan berbagai cara. Tambah lagi UMNO hari ini dipalit dengan najis rasuah,salah guna kuasa,sikap sombong,kronisma, nepotisma dan sebagainya.

Rakyat sudah bosan dengan perangai dan sikap UMNO dan tahap kesabaran mereka sudah tercabar sehinggakan mereka sanggup pangkah siapa saja asalkan bukan dari BN atau UMNO.

Di Bukit Gantang, sebuah kawasan Parlimen,majoriti orang Melayu di mana calon BN ialah Abdul Azim Zabidi, orang kuat Pat Lah,tetapi tewas ditangan Roslan Shaharum dari PAS. Adakah penolakkan calon UMNO di kawasan ini disebabkan ahli-ahli UMNO sabotaj? kerana calon UMNO ini bukan calang-calang orangnya dan boleh bawah kemajuan ke Bukit Gantang jika dia menang. Tetapi kenapa orang kuat Pat Lah ini kalah? Mudah saja,kerana pengundi dah meluat dengan UMNO.

Sorrylah Pat Lah,mungkin teori you itu silap. Bukan ahli UMNO yang sabaotaj, sebenarnya rakyat dah bosan dengan UMNO.

cheers.

1 comment:

Anonymous said...

Louis Vuitton
Sac Louis Vuitton
Bred 13S For Sale
Jordan 13 Bred
Jordan 13 Bred For Sale

http://www.yanggu888.com/web/zhidao/question.php?qid=166836
http://atsunny.com/2007/06/09/%e5%8d%9a%e5%ae%a2%e8%87%aa%e5%b7%b1%e5%bb%ba%e2%80%94%e4%b8%bb%e6%b5%81blog%e7%a8%8b%e5%ba%8f%e6%94%be%e9%80%81%e8%bd%ac-2.html#comments
http://www.funpasttimes.com/node/5#comment-64124
http://www.tapety.s-psp.pl/displayimage.php?pid=623&message_id=3b84d12e680cea9cb5e156555b5b3266&message_icon=info#cpgMessageBlock
http://www.civil818.kellnoggs.com/bbs/viewthread.php?tid=1715780&extra=

[url=http://saclancel2013.tumblr.com/]Sac Lancel[/url]
[url=http://saclancel2013.tumblr.com/]Lancel[/url]
[url=http://jordan13bredforsale.webs.com/]Bred 13s[/url]
[url=http://firered5sforsale.webs.com/]Fire Red 5s[/url]
[url=http://jordan13bredforsale.webs.com/]Bred 13s For Sale[/url]