14 April 2008

Lempar batu sembunyi tangan......

Dalang sebenar dalam kisah ternakan babi adalah Adun Tanjung Sepat,Dr.Karim Mansur(gambar di bawah) dan penghulu Ladang Tumbuk,Tarmudi Tushiran semasa zaman pemerintahan Mohd.Khir Toyo. Hal ini diceritakan oleh Dr.Lee Chong Meng yang telah disiarkan dalam ruangan Press Digest,The Sun 14/4/08. Baca di sini,sini,sini,sini dan sini.

Masalah ini boleh ditangani jika tempat ternakan itu didirikan di kawasan jauh daripada perkampungan orang-orang Melayu dan isu ini juga rundingan dan perancangan yang teliti harus dibuat oleh gomen Selangor. Jangan biar pihak pembangkang(BN) di Selangor memperkudakannya walaupun rata-rata tahu projek ini adalah lahir daripada idea gomen BN dahulu dan selama berpuluh-puluh tahun masalah ini dibiarkan begitu saja. Sekarang mereka nak jadi jaguh pula.

Namun demikian,tindakan media tempatan mensensasikan hal ini,seolah-olah gomen Pakatan Rakyat yang memulakan isu tersebut. Bak kata berpatah,lempar batu sembunyi tangan. Apa yang pelik,akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia masih tidak mahu menerima hakikat bahawa UMNO/BN sudah tertonggeng di 5 + 1 negeri. Malah akhbar ini serta akhbar2 lain cuba mengambarkan bahawa gomen Pakatan Rakyat ini sudah lari daripada perjuangan asalnya.

Jagalah UMNO/BN tu sebelum berkecai daripada menjaga tepi kain orang.

cheers.

No comments: