23 April 2008

Lee Kah Choon tukaq kapai.......

Lee Kah Choon mengambil keputusan untuk bertindak keluar dari Gerakan ekoran kontroversi yang tercetus selepas beliau menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

"Memandangkan, pucuk pimpinan Gerakan tidak boleh menerima keputusan saya (menerima jawatan tersebut), maka saya percaya langkah terbaik bagi saya ialah untuk menarik diri sepenuhnya daripada politik parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lee Kah Choon memulakan tugasnya sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang.Dia juga telah melepaskan semua jawatan dalam Gerakan pada 31 Mac ekoran kekalahan teruk Gerakan pada pilihanraya umum lalu.

Apa lagi nak nak tunggu,wahai ahli-ahli Gerakan semua,mari ramai "tukaq kapai" dan join Pakatan Rakyat. Nak tunggu Koh Tsu Khoon,Toh Kim Woon,Wong Mun Hoe,Teng Hock Nan,Chia Kwang Chye,Teng Chang Yeow dan lain-lain melompat ramai-ramai...

cheers.

No comments: