08 October 2018

PAS dah hilang roh,serta bentuk wajahnya...


Ramai yang melihat Pas sekarang bukan lagi Pas yang mereka kenali dulu. Pas semasa zaman Yusof Rawa, Datuk Fadzil Nor atau Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu komited dengan wadah perjuangan mereka yang antara lainnya untuk menegak yang haq dan memerangi yang batil atau mungkar. Pas sekarang sudah banyak bertukar wajah, gaya dan cara. Sehingga ada yang mengatakan Pas sudah kehilangan ruh dan bentuk asalnya.

Pas di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikelilingi oleh segelintir penasihat-penasihat serta dipagari orang-orang kuatnya, parti itu sudah kehilangan identiti dan wadah perjuangan asalnya sekaligus menimbulkan kekeliruan kepada banyak pihak, khususnya kepada ahli dan penyokong mereka di peringkat akar umbi.

Berikut adalah beberapa contoh keputusan atau pendekatan yang telah diambil oleh Abdul Hadi yang membuat ramai terpinga-pinga tentang hala tuju parti itu:

1. Keputusan dan pendirian untuk mendampingi, menerima dan bersekongkol dengan Datuk Seri Najib Razak dan Umno yang ramai menganggap sungguh pelik dan mencabar pemikiran yang logik kerana Pas sudah sekian lama memerangi kemungkaran dan kebatilan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN.

2. Mereka membuat keputusan untuk berkerjasama dengan Umno kononnya di atas alasan politik matang yang sejajar dengan prinsip tahaluf siyasi. Sedangkan umum semua tahu bahawa jurang perbezaan wadah perjuangan asal Pas dan Umno adalah begitu besar untuk dirungkaikan. Membuat ahli dan penyokong kedua-dua pihak menjadi keliru dan naik bingung.


3. Berbagai fatwa halal dan haram dikeluarkan untuk memenuhi agenda ini. Antaranya, satu masa dulu dikeluarkan fatwa bahawa wajib untuk Pas berkerjasama dengan DAP dalam usaha menentang kemungkaran kerajaan Umno/BN tetapi apabila sudah tergoda dengan Umno, maka fatwa haram pula dikeluarkan.

4. Tindak tanduk Pas semasa PRU14 pula menimbulkan banyak tanda-tanya. Pas tiba-tiba bertindak seperti parti yang kaya-raya yang mempunyai sumber serta dana kewangan yang begitu kukuh apabila memilih untuk bertanding dalam begitu banyak kawasan Parlimen dan Dun. Abdul Hadi mengatakan Pas mahu memerintah negara, malah pernah berkata bahawa Pas mahu menjadi 'kingmaker'. Apapun umum melihat ianya tidak lebih sebagai satu strategi untuk memecah undi dan menyekat kemaraan PH.

5. Pas dan Abdul Hadi gagal untuk bertindak ke atas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Datuk Husam Musa, bekas pemimpin Pas yang mendakwa Abdul Hadi telah dilemah dan dikompromikan oleh Najib dengan berbagai sogokan termasuk jawatan tinggi dalam Kerajaan Perpaduan dan pemberian wang yang besar sehingga mencecah RM90 juta.

Ancaman Abdul Hadi untuk mendakwa Rafizi dan Husam yang melemparkan tuduhan-tuduhan tersebut meleset tidak menjadi dan tinggal sebagai ancaman kosong sahaja apabila beliau gagal untuk menyaman mereka.


Baru-baru ini Abdul Hadi ada menyebut bahawa ada 'orang tengah' sedang memujuk Pas untuk menarik balik kes saman ke atas Clare-Rewcastle Brown dan Sarawak Report di Mahkamah Tinggi London. Kurang jelas apa yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi dengan istilah 'orang tengah' dan 'tarik balik' itu. Pihak media dan pemerhati politik tanah air sudah mula membuat berbagai andaian dan spekulasi tentangnya. Antaranya ialah kemungkinan kes saman ini akan berkesudahan dengan Pas menarik balik saman tersebut dengan alasan-alasan tertentu.

6. Abdul Hadi juga asyik memperlekehkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai orang yang sudah tidak relevan dalam arus politik perdana. Beliau juga sering menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kewibawaannya sebagai pimpinan besar dan mengungkit hal-hal peribadinya. Mengikut beberapa pemerhati politik negara, apabila menyingkap sejarah hubungan antara kedua-keduanya serta cetusan beberapa peristiwa di antara dua pemimpin itu, ada yang berpandangan seolah-olah wujud rasa dendam, cemburu, iri hati dan takut dalam hati dan sunabari Abdul Hadi terhadap Anwar.

7. Pas membuat keputusan awal untuk tidak bertanding di PRK Port Dickson. Ada pemimpin atasan yang berkata keputusan itu diambil kerana hendak memberi laluan mudah kepada Anwar selaku bakal PM . Tetapi Abdul Hadi dan penasihat-penasihatnya mengubah pendirian dan memutuskan untuk meletakkan calon, mungkin kerana kecewa dengan Umno dan BN yang membuat keputusan untuk tidak bertanding.



Politik Abdul Hadi mengelirukan

Dengan kepimpinan Abdul Hadi yang penuh dengan kontradik dan dianggap sudah menyimpang jauh dari perjuangan asal Pas, maka kita tidak hairan ataupun terkejut bila Pas berpecah dua dengan terbentuknya parti Amanah oleh sebahagian pemimpin-pemimpin atasan disebut sebelum ini. Malah anak-anak pemimpin asal Pas seperti Mujahid Rawa, Faiz Fadzil dan Nik Omar Nik Aziz juga ikut meninggalkan Pas untuk menyambung perjuangan asal arwah bapa mereka dengan menyertai Amanah.

Tun Dr Mahathir sering menyebut bahawa politik yang diamalkan Pas telah membawa perpecahan kepada orang Melayu dan bukannya kerana agama Islam. Dan katanya lagi bahawa perpecahan akan berterusan selagi Pas menyalahtafsir dan menyalahgunakan ajaran Islam.

Pemimpin-pemimpin asal Pas seperti Ustaz Ahmad Awang, Mohamad Sabu, Raja Kamarul Bahrin Ahmad ikut kecewa dan berdukacita dengan tindak tanduk serta politik Abdul Hadi. Ahli dan penyokong Pas, khususnya di pantai timur, mereka perlu berani menilai secara objektif dan kritikalnya apakah yang Abdul Hadi perjuangkan sekarang?

Dan apakah kepimpinan Pas hari ini menepati wadah perjuangan asal parti atau telah menyimpang jauh? Mereka juga perlu merenungi mengapa Melayu di pantai barat yang dikira lebih maju sudah tidak menyokong Pas?

Dengan kehidupan moden yang dipacu oleh internet dan dunia yang lebih terbuka, mereka mempunyai akses yang lebih mudah sekarang untuk mendapat laporan dan liputan berita tentang keadaan dan realiti semasa melalui sumber-sumber internet atau media alternatif selain dari sumber saluran parti.

Dengan pengetahuan yang lebih jelas dan lebih mendalam, hati mereka akan lebih terbuka dan minda lebih kritikal untuk membolehkan mereka membuat pilihan dan keputusan yang lebih tepat bersandarkan kepada fakta dan kebenaran.

Pun begitu, penulis masih menaruh harapan agar Pas akan kembali ke pangkal jalan dengan ruh asalnya untuk menyambung semula apa yang telah diperjuangkan oleh kepimpinan parti itu sebelum ini. In sha ALLAH. - Wan Haron Wan Hassan

Cara si tamak buat skim Pak Man Telo...

Saya nak ajar si bangang dan si tamak macam mana nak buat skim Pak Man Telo yang gerenti tak rugi. Sebaliknya untung besar. Salah satunya ialah skim ala Jho Low. Tapi itu pun tak berapa bagus sebab akhirnya terbongkar dan penajanya kena tangkap, dihadapkan ke mahkamah dan besar kemungkinan meringkuk dalam penjara untuk satu jangka masa yang panjang.

Ramai lagi yang belum ditangkap, termasuk Jho Low, tetapi menunggu masa untuk digari dan dipakaikan kemeja-T oren Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Cuma saya masih tidak faham pasal apa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak, dan isterinya, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor, dikecualikan daripada memakai pakaian lokap itu? Nampaknya dacing keadilan masih berat sebelah.

Skim cepat kaya yang hendak saya cadang ini sesiapa pun boleh cuba. Acuannya saya ambil daripada zaman Barisan Nasional. Pada zaman itu, kalau seseorang itu orang kuat Umno serta baik dengan Najib dan Rosmah mudahlah buat skim ini. Lagi-lagilah kalau orang itu “blue blood”.

Image result for jho low tipu umno

Caranya

Mula-mula cari projek apa yang hendak dipakmantelokan. Boleh jadi projek lebuh raya tol, landasan kereta api kembar atau penjana elektrik bebas (IPP). Pasal kita kawan Najib atau sebab Najib nak guna kita, kita pun dapatlah konsesi. Katakan sebuah IPP dengan kapasiti penjanaan 1,440 megawatt menggunakan gas asli dan tempoh konsesi 31 tahun.

Dengan sehelai kertas yang mengesahkan bahawa kita mendapat konsesi IPP daripada Suruhanjaya Tenaga, kita sudah jadi jutawan. Tak tahu apa-apa tentang IPP pun tak apa. Gerenti ada orang bersedia beli lesen kita itu dan bank pula sedia bagi pinjam. Untuk nak dapat konsesi, kita tentu dah ada syarikat. Katalah mana syarikat kita Sip Sap Sdn Bhd (SSSB). Nak lagi mudah, kita beli saja dari orang yang kerjanya tubuh dan jual syarikat RM2.

Tak payah besar. Modal saham RM2 dengan dua orang pengarah dan modal berbayar RM100,000 atau RM200,000 dah cukup. Kalau tak mahu nama kita keluar pasal kita tidak dibenarkan berniaga atau kerana kedudukan kita yang tinggi lagi mulia, kita carilah proksi atau wakil.

Tak kiralah orang itu Ratu, Nyai, Daing atau Megat asalkan boleh dipercayai. Kalau hendak proksi Cina atau India pun boleh. Tapi proksi Cina dan India ni kadang-kadang mereka lebih pandai daripada kita. Silap-silap mereka jual kita. Tapi untuk laksanakan IPP yang berharga empat atau lima bilion ringgit, kita kenalah tubuh syarikat yang lebih besar. Lagi pun kita tak mahu kongsi syarikat sendirian berhad kita dengan orang luar takut pecah rahsia.

Jadi kita tubuhlah SPV (special purpose vehicle). Kita bagilah nama yang sedap-sedap dan meyakinkan macam Aurora Australis Sdn Bbd (AASB) - mengambil sempena cahaya malam di kutub selatan. Aurora Australis ertinya cahaya selatan atau dalam bahasa orang putih, southern light.

Nak buat sendiri tak ada duit atau kita jenis kedekut yang memang tidak suka guna duit sendiri. Jadi kita carilah “business partner” (rakan kongsi) yang ada duit atau ada nama yang laku digadai macam TNB, Malakoff atau YTL.

Dalam perusahaan elektrik ni siapa lagi yang lebih berkuasa dan laku daripada TNB. Jadi kita pun tanya TNB atau kita minta kawan kita yang berkuasa arah TNB jadi rakan kongsi kita. Cantik! Rakan kongsi kita TNB. TNB ada duit dan ada nama. Bila penjana kita siap, TNB jugalah yang akan beli tenaga yang kita hasilkan.

Kita pun kongsilah. Katalah kita simpan 45 peratus saham kita dalam AASB dan jual 55 peratus kepada TNB. Tak susah pun. Carilah budak-budak yang pandai hal perancangan dan pembiayaan korporat untuk buat congak bagi pihak kita.

Gerenti mereka akan cadang macam-macam kaedah pembayaran dan pembiayaan – ordinary shares, class A shares,  RPS, Sukuk konvensional, Sukuk hijau, junior loan, senior loan. Macam-macam mereka akan cadangkan asalkan kita bagi mereka komisen yanag lumayan. Macam 1MDB bagi kepada Goldman Sachs. Kita tak payah keluar modal pun. Orang putih kata kita buat cara “debt financing” – pembiayaan melalui hutang. Kita hutang la. Macam Najib buat dengan 1MDB.

Bila semua perjanjian, kontrak dan pinjaman sudah ditandatangani, kita pun kata kepada AASB mereka kenalah bayar yuran pembangunan kepada kita (SSSB). Busuk-busuk pun seratus atau dua ratus juta ringgit. Hebat. Penjana belum lagi dibina tapi seratus, dua ratus juta dah masuk poket. Kita relaks saja la. Biar TNB buat kerja.  Bukan kah TNB ni kaya dan ada kepakaran?

Kita nak susah hati apa? TNB dah tandatangan PPA untuk beli hasil kilang kita selama 21 tahun. Bulan-bulan berjuta-juta ringgit masuk. Empat puluh lima peratus milik kita. Bila kompeni bayar dividen kita dapat lagi.

Inilah skim cepat kaya Pak Man Telo yang kita mahu. Ada lesen, ada konsesi, ada PPA. Tak payah curi-curi. Kalau curi pun ikut undang-undang. Peduli apa kalau pengguna kena bayar tarif elektrik yang lebih tinggi atau kita ambil peluang orang lain berniaga. Kita kaya. Kita berkuasa. Kita tongkat langit. Kita peduli apa. - A.Kadir Jasin


Apa yang UIA ni kata sama apa yang menteri,PM dan Mufti maksudkan...

Penjelasan Dr.Mujahid

Dr.M  tak ternilai jasanya...

Mahathir’s Plan To Break Tradition In Port Dickson Is A Double-Edged Sword...

Anwar Ibrahim has been campaigning so hard as if his life depends on it. There’s little doubt that the prime-minister-in-waiting will definitely win the by-election engineered by his camp to get him ready for the ultimate throne. However, as the iconic figure, his headache isn’t about winning but rather – to win the Port Dickson seat with a mind-boggling majority.

The expectation is extremely high. There is no room for complacency and Anwar knew that it’s not a walk in the park. From jogging barefooted along the Teluk Kemang beach and posted the stunt on Instagram, to his dancing gig at a “ceramah (campaign gathering)” to canvass for the Indian votes, Anwar is leaving nothing to chance. A weak victory is as good as a disaster.

The question of him being impatience to become the 8th Prime Minister of Malaysia has expired. Now that the campaign has reached the mid-point, the new question is whether he can swing the Malay vote, the vote bank which is split among the racist UMNO Malay nationalist party, the extremist PAS Islamist party and the new government of Pakatan Harapan.

On paper, Anwar appears to have the ethnic Indian and Chinese voters in his pocket. Seriously, with the hatred sentiment against the corrupt UMNO and ex-premier Najib Razak still at record high, Mr. Anwar doesn’t need much bitching to win over the Indian and Chinese voters. There’s a reason why Port Dickson was chosen to enable him to make a comeback to the Parliament.

The Port Dickson parliamentary constituency has 75,770 registered voters, comprising 43% Malays, Chinese (33%), Indians (22%) and others (2%). Winning over 55% of the votes before the battle can even begin means Anwar has the upper hand against other candidates. Still, there’s the risk of complacent voters not coming out to vote for him.

If Anwar wins without a landslide majority, his status as the PKR (People’s Justice Party) president would take a plunge among the 4 component parties making up the Pakatan Harapan coalition ruling government. His chance to take over the premiership from Mahathir would be jeopardised and his legitimacy could be challenged for obvious reason.



The biggest problem with the Port Dickson by-election is not only the perception about Anwar’s impatience, but also the rumours that Prime Minister Mahathir Mohamad was working quietly to ensure Anwar comes out with a humiliating victory. The rumours have it that independent candidate Mohd Isa Samad is actually the proxy candidate of Mahathir.

Mohd Isa Samad, one of UMNO warlords who surprisingly quit the party to contest the Port Dickson by-election, was formerly a “Mahathir man”. The highly tainted former Negri Sembilan Mentri Besar (Chief Minister) has threatened to unleash personal attacks against Anwar over his 1998’s “Sodomy 1.0” scandal, if Anwar dares to bring up his corruption scandal with Felda.

So far, Mr. Anwar has been careful not to step on Mr. Isa’s toes, suggesting that there were some truths to the speculations that Mohd Isa Samad was indeed sponsored by Mahathir. It also suggests that Anwar, despite his royal pardon and nationwide campaign reciting the mantra that he was not a homosexual, has not been that successful in “erasing” such perception.

Adding insult to the injury, Mohd Saiful Bukhari Azlan, the sodomy victim in Anwar’s “Sodomy 2.0” scandal, was miraculously parachuted in the Port Dickson by-election. Mr. Saiful’s presence obviously was architected by hidden hands to embarrass Anwar Ibrahim and to remind conservative Malay-Muslim voters their moral responsibility to reject the prime-minister-in-waiting.

Already, pro-UMNO cybertroopers, propagandists and bloggers have been burning midnight oil, cooking stories about “Sodomy 3.0” to be slapped on Anwar Ibrahim by PM Mahathir Mohamad. Sure, another episode of Anwar bonking a cute boy might seem overkill, but the audience being targeted isn’t the Indians or Chinese or the liberal Malays, but the conservative Malay folks.

Port Dickson has become such an interesting by-election that everyone believes Anwar and Mahathir are at each other’s throats. Speculation of suspicions and distrust between the pair has refused to go away despite declarations of support for each other. Heck, even if Anwar and Mahathir willingly hug and kiss each other to prove it, nobody would believe them.

Mahathir Mohamad - Blue Suit

The perception that something is cooking has intensified following the self-declaration by UMNO newly crowned President Ahmad Zahid Hamidi that the party is a “government-in-waiting” and is willing to work with any party. However, there’s one issue with the storyline – the script is too predictable, so much so that it defies the law of Mahathirism.

There is a saying that if something seems too good to be true, you should be suspicious of it because it seems better than you had expected. Having witnessed how the cunning 93-year-old Mahathir slaughtered the mighty UMNO after ruling the land for 61 years, will a wiser Anwar clumsily challenge the old man, despite many articles written warning him against rocking the boat?

In the same breath, does the world’s oldest prime minister believe his party could pull out another magic show despite winning only 13 seats out of 222 parliamentary seats? Unlike when he was the captain of the UMNO gigantic ship in 1998, it would be difficult to sell another sodomy story to imprison Anwar again, not to mention DAP doesn’t want the boat to be rocked.

Perhaps there was a plan – at the initial stage – by Anwar Ibrahim, emboldened by his party being the largest in the Pakatan coalition, to betray everyone and work with UMNO and PAS so that he could become the new prime minister as soon as possible. Unfortunately, that ship has sailed. UMNO has been weakened by defections and PAS has been terrified by Mahathir’s brilliant manoeuvre.

In an unprecedented move where a sitting prime minister usually does not campaign in by-elections, PM Mahathir has decided to go down to campaign in order to quell talk of a falling out between him and Anwar Ibrahim. Mahathir said – “They’re talking about my quarrel with Anwar and saying I don’t support Anwar because of the quarrel.” And Anwar was extremely delighted.


Image result for Anwar Ibrahim and Mahathir Mohamad

Mahathir’s campaign in the Port Dickson by-election, scheduled on Monday, would wipe the naughty rumours that there was bad blood between him and Anwar, his deputy whom he had sacked in 1998 due to “Sodomy 1.0” scandal. Anwar, of course, was pleased with Mahathir’s plan to appear in Port Dickson because it would mean there isn’t a plan by Mahathir to deny him of the premiership.

Mahathir’s presence will definitely swing more votes for Anwar simply because it would be a humiliation to the grand old man himself if he fails to mobilise his supporters to give Anwar a credible majority. UMNO, of course, will be further devastated and demoralised when Mahathir and Anwar eventually share the same stage – hugging, laughing and dancing together.

Still, Mahathir’s presence to solicit votes for Anwar can be twisted and spun by haters as proof that the prime-minister-in-waiting is so weak that he needs rescue from the same old man who had imprisoned him 20 years ago. They would argue that Anwar Ibrahim wins the Port Dickson not on his own merit, but was a “charity” from the popular PM Mahathir.

More importantly, Mahathir’s campaigning for Anwar would be seen as proof that the Pakatan Harapan coalition could collapse upon the latter taking over thanks to the perception that Anwar could not rally the crucial Malay voters the same way Mahathir could. Its worth to note that under Anwar’s leadership, the opposition had failed since 1998 to dislodge UMNO, until the emergence of Mahathir.

It’s true that everyone will be speculating right to the day Mahathir steps down and Anwar takes the oath of office. That’s because the tag-team of Mahathir-Anwar will be the most powerful partnership this country will ever see again since their 1998 clashes. Opposition parties UMNO and PAS would love to see these two tigers fight each other to their death, now that their common enemy Najib Razak had been defeated. - ft

No automatic alt text available.
Keputusan Penuh Di WP dan Labuan

Image may contain: 3 people, text

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: 7 people, people smiling, text


cheers.

No comments: