11 May 2016

Sapa patut bertarung di Kuala Kangsar dan Sungai Besar...




Pas nampaknya awal-awal lagi sudah menyatakan hasrat akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang bakal diadakan tidak lama lagi berikutan kematian wakilnya Wan Khairil Wan Ahmad dan Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter terhempas di Sarawak, baru-baru ini. Berdasarkan pilihanraya 2013, memang Pas yang bertanding di kedua-dua kawasan itu. Di Kuala Kangsar, Pas tewas dengan 1,082 undi manakala di Sungai Besar hanya dengan 399 undi.

Itu keputusan 2013 di mana DAP dan PKR masih bersama mereka serta pengundi bukan Melayu juga memberikan undi kepada calon-calon Pas tersebut. Tetapi sekarang Pas sudah berpisah daripada Pakatan Rakyat dan Amanah pula sudah lahir sebagai parti parti baru dalam Pakatan Harapan? Pengundi bukan Melayu tentunya tidak lagi memberi undi kepada Pas sebagaimana pilihanraya 2013 dahulu.



Dalam hal ini, apakah Amanah yang akan bertanding di kedua-dua kawasan itu mewakili Pakatan Harapan? Jika SPR menetapkan pilihanraya diadakan serentak, wajarkah Amanah bertanding di kedua-duanya sekali atau perlu menyerahkan salah satu kerusi itu kepada PKR untuk menandinginya?

Dengan Pas sudah mengesahkan mahu bertanding, kebarangkaliannya ialah pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Kuala Kangsar mahu pun Sungai Besar, kecuali jika Pakatan Harapan mengambil keputusan tidak meletakkan calon bagi memberi laluan pertandingan satu lawan satu antara Pas dengan BN. 

Namun, perkara itu rasanya mustahil terjadi kerana dalam situasi sekarang, tidak bertandingnya Pakatan Harapan dan memberi laluan kepada Pas hanya seolah-olah memberi kemenangan percuma kepada BN berikutan parti Islam itu sendiri lebih condong untuk bersama dengan Najib Razak dan kerajaan. 



Tidak bertandingnya Pakatan Harapan juga bagaikan mereka awal-awal lagi sudah mengalah daripada masuk gelanggang.

Maka, ada baiknya Pakatan Harapan tetap meletakkan calon dan membiarkan sahaja pertandingan tiga penjuru berlaku. Dua pilihanraya kecil ini adalah ujian penting kepada gabungan baru PKR, DAP dan Amanah untuk berhadapan dengan BN dan Pas yang mungkin terpaksa mereka hadapi di banyak kawasan dalam pilihanraya umum akan datang.

Jika ia berjaya, Pakatan Harapan sudah boleh membayangkan kejayaannya dalam pilihanraya 2018 nanti dan jika gagal pula, masih ada masa untuk melihat di mana kesilapannya serta memperbaikinya. - suarakamiibaru.blogspot

Prepare for a BY-ELECTION or is it 'BUY Election'?


mahathir_law__najib_600
Dr Mahathir wants Najib to turn up in court...

Prime Minister Najib Razak may have to make his first appearance in court soon.

Former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and two others, namely Khairuddin Abu Hassan and Anina Saadudin, filed an application today to have Najib testify over statements in his April 12 affidavit to strike out a suit by the former premier.

According to the trio’s lawyer, Haniff Khatri Abdulla, they want Najib to appear in court over contradictions, inconsistencies and lack of clarity in the contents of the affidavit.

These include a dispute arising from Najib’s use of the word “public officer”.

“Najib said that although he is the Prime Minister, Finance Minister and Umno President, he is not a public servant,” the notice said. 

“But at the same time the affidavit stated he was a public officer when the lawsuit was filed against him.”

Najib had also denied that former Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin and former National and Rural Development Minister Shafie Apdal were dropped during the Cabinet reshuffle last year.

He further denied that four parliamentary Public Accounts Committee (PAC) members from the Barisan Nasional were given ministerial posts while they were in the midst of investigating the 1MDB scandal.

“These facts were well known to the people and have been in the public records,” the notice said.

The critics of Najib sued him over claims of abuse of power in office.

They want to compel him to return RM2.6 billion and another RM42 million to the government.- fmt


image
image
image



cheers.

No comments: