03 May 2016

Ribuan hadir ceramah DAP bukan jaminan menang...



Walaupun ribuan orang membanjiri ceramah mega DAP di kawasan DUN N52 Dudong dekat sini malam, ia bukan ukuran kemenangan untuk penyandang DAP, Yap Hoi Liong.

Malah, Hoi Liong, 46, memerlukan sokongan seramai mungkin pengundi untuk memastikan Sarawak mempunyai barisan pembangkang kuat bagi memantau pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Jika beliau gagal, ini bererti Dudong akan diwakili usahawan kaya dan gergasi politik BN Datuk Tiong Thai King, dan tiada lagi suara rakyat yang diwakili DAP.

Dengan majoriti serendah 317 undi pada pilihanraya negeri 2011, kerusi N52 Dudong bukanlah kawasan selesa bagi DAP yang dimenangi oleh Hoi Liong.

Berhadapan dengan situasi mencabar itu, Hoi Liong berkata pasukannya perlu bekerja lebih keras di peringkat akar umbi bagi mengekalkan kedudukan DAP di Dudong.

“Perjuangan untuk saya menang kali ini bukan mudah. Ibu saya banyak memberi sokongan, galakan dan perangsang kepada saya untuk terus berjuang.

“Saya tidak bersendirian, begitu juga dengan ahli keluarga, saudara-mara, teman-teman dan penyokong banyak memberi sokongan untuk saya Berjaya kali ini,” katanya.

N52_yaphoiliong_sarawak_

Kemenangan DAP di Dudong dalam pilihanraya kali ini amat penting untuk memastikan Sarawak mempunyai pembangkang yang kuat untuk memantau segala dasar yang bakal dilaksanakan supaya tidak membebankan dan menindas rakyat, tambah beliau.

“Jangan kerana sikap diam diri kita, ketamakan menguasai negeri ini.

“Rakyat Sarawak dan anda sebagai pemimpin masa depan harus membuat keputusan,” tegas beliau.

Justeru, beliau yang juga seorang peguam menyeru semua pengundi di Dudong yang bekerja di luar Sarawak dan luar kawasan supaya pulang mengundi 7 Mei ini.

“Semua pengundi harus tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan tanggungjawab demokratik mereka dengan mengundi dalam pilihanraya, saya menyeru supaya mereka pulang” ujarnya.

BN beri TONG BIRU sebab...

N52 Dudong memiliki 29,028 pengundi berdaftar. 54.2 peratus pengundi adalah berketurunan Cina, 36.8 peratus Iban, 7.7 peratus Melayu dan Melanau serta 1.3 peratus kaum-kaum lain.

Dalam pilihanraya Sarawak lalu, hoi Liong menewaskan Thai King dengan mendapat 9,649 undi, manakala calon Bebas, Apandi bin Abdul Rani mendapat undi terendah 174.

Pada kali ini, saingan merebut N52 Dudong lebih sengit dengan pertembungan empat penjuru antara DAP, BN, Parti Reformasi Negeri (STAR) dan calon Bebas. –Roketkini.com

Live Blog

BN's Timber Tycoon Candidate For Repok Illegally Plundered Baram...

Radio Free Sarawak has revealed that Chief Minister Adenan Satem’s direct candidate for the Repok constituency, SUPP business tycoon Huang Tiong Sii, is the man behind MM Golden (M) Sdn Bhd, a company that clashed with the community fighting against the controversial Baram Dam for intimidating locals, blocking them from entering their native lands and illegally plundering timber from the area.

Our revelation comes just days after a press conference, where Chief Minister Adenan Satem, lashed out at critics for not giving him credit for cancelling the Baram Dam circulated on social media.

Anti-dam blockaders remain unsure if the mega-project has been officially cancelled and are waiting for a “black and white confirmation”, so continue to man their blockade.

In 2014, land owners from Long Keseh and Long Na’ah became aware of logging activities on their native lands by MM Golden and submitted an official complaint to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and lodged a police report against the company, the Forestry Department, Sarawak’s Ministry of Resource, Planning and Environment and the Ministry of Natural Resources on the grounds that their native lands were being illegally logged.

The Baram community continue to man their blockade

Later that year, the company set up a logging camp near to the proposed Baram dam site, which was often manned by police and forestry officials. It was an issue that was raised by local communities and human rights groups at the time, who expressed concern over an “intimidating presence” in the area. The company also set up a road block to prevent the community from entering their land.

“The role of the police is to stop crime. The extraction of logs in the area of the proposed Baram Dam is a crime because the lands belong to the people of Long Kesseh and Na’ah.” said SAVE Rivers Chairman Peter Kallang.

In an interview with Radio Free Sarawak today, Peter Kallang advised listeners:

Don’t vote for this kind of person, don’t give power to the robbers! We don’t want a warlord to govern us.

Up until now, locals have been in the dark about who Mr Huang Tiong Sii was. In fact, his candidacy was a surprise to his own party SUPP, who expressed alarm that Adenan had overridden their own choice for the Repok seat. Continue Reading...

PM must sack his finance minister in wake of 1MDB fine



cheers.

No comments: