12 December 2015

Zaid - Najib wasnt chosen by God to be PM...


zaid jerlun

The outrageous claim made by Jerlun MP Othman Aziz today that the only reason Najib Razak was prime minister of the country was because God had specifically chosen him for the job, has received flak from prominent figures in the country as well as netizens who are scoffing at the very idea.

Taking to Facebook, former law minister Zaid Ibrahim said that God was probably unhappy that such a claim was being made using his name by an Umno delegate.

“Umno delegate described Najib as chosen by God. I’m not sure God will be happy with this,” Zaid posted on Facebook an hour ago, with 66 of his followers “liking” his statement and a host of others leaving comments in agreement with him.

One Facebook user said: “whatever your religion. ….don’t insult God please.”

Another netizen said the “God” in question was most likely a “money God” while another said: “God not happy framed again.”

Fervent Umno critic, lawyer cum social activist Art Harun meanwhile took to Twitter, uploading the photographs of José Mourinho, the manager of English football club Chelsea juxtaposed with that of a black and white photo of Najib in his younger days, grimacing in pain as he nurses a leg injury on the field.



In the picture featuring Mourinho, the caption reads: “The Special One” while the caption on Najib’s reads: “The Chosen One.”

Garnering 99 “likes” so far and a stream on unsavoury comments about Najib, some were too stumped to say anything other than leave emoticons conveying either shock or laughter.

One netizen expressed puzzlement at the very suggestion that God had chosen Najib and asked: “Not Dr M chose him meh?” alluding to former prime minister Dr Mahathir Mohamad who was instrumental in pressuring Ahmad Badawi to resign as prime minister so Najib, the leader he personally chose, could succeed him.

The fun at Najib’s expense is the doing of a fellow party member, Othman Aziz, who earlier today said: “Not everyone can become the prime minister. Only one person can. Allah has chosen him (Najib) because he’s the chosen one.

“That is why, as the prime minister, Najib is being attacked from the left, right, front, back above and bottom. Because he is the prime minister. If it were us, we would have given up earlier,” he said during the debate at the Umno general assembly. - fmt
Bagaimana dengan wang RM42 juta dari SRC? Adakah ianya juga sedekah untuk Najib Razak...

Skandal yang membelenggu Najib Razak tidak hanya terhad kepada skandal kewangan 1MDB atau skandal peribadi penerimaan sedekah RM2,600 juta dari orang-orang dari timur tengah yang masih tak diketahui identitinya. Najib Razak juga menerima wang sebanyak RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau pada Disember 2014 dan Februari 2015. Jumlah wang tersebut diambil secara 3 peringkat:

RM27 juta pada 26 Disember 2014
RM5 juta pada keesokan harinya 27 Disember 2014
RM10 juta pada 10 Februari 2015

Wang RM42 juta ini adalah dari Syarikat SRC International dan merupakan anak syarikat kementerian kewangan. Dalam ertikata lain, wang kerajaan Malaysia mengalir juga masuk ke dalam akaun peribadi beliau.

Ya, Perdana Menteri kita seorang ini begitu banyak skandal yang menimpa sekaligus. Kasihan sungguh kita melihatnya kerana tidak mampu menjawab soalan-soalan dari rakyat dengan betul, walaupun beliau pernah ada RM2,600 juta dan merupakan seorang ‘billionaire segera”. Kasihan dia.



Perlu dinyatakan di sini, Raja Nong Chik dalam kenyataannya dua malam lepas berkata, Najib Razak memberitahu perwakilan bahawa beliau telah menghabiskan kesemua RM2,600 juta untuk UMNO. Itu kata-kata dari Presiden UMNO sendiri. Bukti yang menunjukkan bahawa kata-kata itu adalah benar, belum ada lagi.

Ini amat pelik kerana semua sudah mengetahui bahawa akaun AMIslamik Bank yang telah dimasukkan RM2,600 juta dalam bulan Mac 2013, telah ditutup dalam bulan Ogos 2013 dan sejumlah USD650 juta (atau kira-kira RM2,480 juta) telah dipindahkan dari akaun tersebut ke sebuah akaun milik syarikat Tanore Finance di Singapura. Ini tidak pernah dinafikan oleh mana-mana pihak.

Ini mengakibatkan semua pihak mengesyaki bahawa terdapat lebih dari RM2,600 juta di dalam akaun tersebut. Jika Raja Nong Chik berkata Najib Razak sudah menghabiskan semua RM2,600 juta tersebut dan masih ada berbaki RM2,480 juta untuk dipindahkan ke luar negara, berapakah jumlah keseluruhan sedekah yang diterima sebenarnya? Ini masih menjadi misteri.

Berbalik kepada cerita RM42 juta tadi, di dalam gambarajah di bawah kita boleh saksikan pengaliran wang tersebut:

Aliran wang yang menunjukkan Perdana Menteri Malaysia telah menjadi billionaire sekelip mata

Mungkin ramai yang tidak boleh bayangkan betapa besarnya RM42 juta ini. Oleh itu cuba bayangkan anda mendapat sedekah RM50,000 sebulan. Macam-macam boleh dibeli dengan wang tersebut dalam masa sebulan. Dengan jumlah RM42 juta, anda boleh belanja RM50,000 sebulan untuk 70 tahun akan datang!

Seorang Ketua Bahagian UMNO boleh hidup senang lenang seumur hidup jika menerima wang sebanyak ini. Begitulah banyaknya wang RM42 juta yang diterima Najib Razak dari SRC International lebih kurang setahun yang lalu. (Bayangkan pula betapa banyaknya wang RM2,600 juta)

Di dalam artikel yang lepas, kita sudah mengulas mengapa seseorang pegawai perkhidmatan awam termasuk ahli parlimen tidak boleh menerima sebarang suapan (wang, derma, hadiah dan sebagainya) secara peribadi. Lebih lebih lagi, jika wang tersebut diambil dari anak syarikat kerajaan.

Adakah Perdana Menteri kita seorang yang miskin hingga syarikat kerajaan terpaksa memberi sedekah kepada beliau secara peribadi dan terselindung?

Beliau bukannya makcik buta jual tisu yang meminta derma dari satu restoran ke satu restoran yang lain. Makcik buta jual tisu bukannya pegawai perkhidmatan awam. Dan makcik buta tersebut bukannya mengambil wang secara senyap senyap dan dibelakang pengetahuan umum.



Oleh itu kami rakyat Malaysia ingin bertanya ke mana perginya wang tersebut dan untuk apa ianya dibelanjakan?

Adakah ianya untuk parti Umno? Adakah ianya untuk kepentingan peribadi? Adakah ianya untuk Shahir Samad dan orang-orang yang sekapal dengannya?

Selagi tidak ada bukti resit perbelanjaan dan penggunaan yang sepatutnya disediakan oleh Najib Razak, penerimaan dan perbelanjaan wang ini akan terus dipertikaikan.

Najib Razak sendiri berkata di dalam tahun 2012...

Setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samaada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan dalam akaun parti. Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan. Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan..” – Najib Razak, 27 February 2012

Antara undang-undang yang merangkum apa yang dikatakan oleh Najib Razak di atas adalah Akta SPRM 2009 Seksyen 16 dan 23 serta Kanun Keseksaan 1954 seksyen 165.

Jika wang ini untuk UMNO, adakah setiap sen dari RM42 juta ini direkodkan ke dalam penyata kewangan Umno untuk dibentangkan di Perhimpunan Agung Umno tahun ini?

Kita juga ingin mengetahui jika Najib Razak membayar apa-apa cukai untuk pendapatan RM42 juta yang diterima secara mendadak ini?

Dalam masa yang sama isteri beliau Rosmah Mansor juga menerima RM2,000,000 di dalam akaun peribadi beliau. Sejumlah wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau pada awal tahun ini.

Malangnya, dari siapa wang tersebut diambil dan mengapa ianya disalurkan ke dalam akaun peribadi tanpa diselia oleh sesiapa masih menjadi tanda tanya. Sepatutnya, akaun rasmi pertubuhan yang beliau menjadi penaunglah yang patut digunakan. Sehingga kini, tiada bukti yang kukuh dan sahih untuk membersihkan nama beliau dari penglibatan tersebut.

Bagi kes Najib Razak juga, jika wang RM42 juta ini hendak digunakan untuk tujuan amal, ia patutnya dimasukkan ke dalam akaun rasmi salah satu pertubuhan yang beliau naungi. Bukannya masuk ke dalam akaun peribadi. Diulangi, beliau adalah seorang anggota pentadbiran kerajaan dan sebarang suapan (wang, derma, hadiah dan sebagainya) yang diterima secara peribadi adalah melanggar Akta SPRM.

Rakyat Malaysia tertunggu-tunggu jawapan dari Peguam Negara untuk menerangkan kepada kita semua bahawa Najib Razak tidak bersalah dan tidak patut didakwa di mahkamah di atas penerimaan wang yang begitu banyak seperti yang disebut di atas.

Untuk maklumat umum, SRC International merupakan anak syarikat 1MDB sehingga tahun 2012. Ianya diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada tahun yang sama. SRC International mendapat dana tunggal dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) berjumlah RM4 billion pada tahun 2011 dan sehingga kini masih belum diketahui samaada SRC International telah menjana keuntungan yang banyak atau tidak.


Nik Faisal tersenyum riang selepas memberi sedekah

Pengarah Urusannya, Nik Faisal Ariff Kamil (pic,above)sudah menjadi pelarian dan memakan gaji buta sejak dari bulan Julai lalu. Siapa yang mengendalikan syarikat tersebut sekarang, umum tidak mengetahui. Sesungguhnya, sejak akhir-akhir ini rakyat tidak berhak untuk mengetahui apa-apa butir mengenai mana-mana anak syarikat Kementerian Kewangan.

Agak pelik kenapa Najib Razak tidak menyentuh tentang pengambilan wang RM42 juta ini di dalam semua kenyataan yang dibuat beliau minggu ini.

Di harap SPRM akan berani menyiasat dan membentangkan kertas siasatan yang menyeluruh untuk diambil perhatian dan penilaian oleh jabatan Peguam Negara.

Semoga mereka yang berani dilindungi oleh kebenaran. - jebatmustdie



Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Disember, 2015.
Najib dan Hadi bertemu minggu depan...
Story kat SINI dan SINI   

najib
Berapa ramai penderma  RM2.6 billion sebenarnya...
Story kat SINI dan SINI   


UMNO Senator Puan Shahanim seen handing out RM50 each 
to the delegates of women wing of UMNO on the shuttle bus.


cheers.

No comments: