11 December 2015

Tarif letrik naik - Najib dapat derma,rakyat dapat bala...


Pemotongan rebat ICPT menyebabkan bil elektrik naik 2% secara purata 2016 ni...

Keputusan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mengurangkan rebat ICPT (Imbalance Cost Pass-Through) daripada 2.25 sen/kWj sebelum ini kepada 1.52 sen/kWj sebenarnya samalah dengan menaikkan tarif elektrik kerana kesan akhirnya adalah pengguna yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan (atau melebihi RM77 sebulan) akan menyaksikan kenaikan 2.2% ke atas bil elektrik setiap isirumah.

ICPT adalah rebat yang dikira setiap 6 bulan untuk memastikan sebarang penjimatan atau kenaikan kos operasi penjanaan elektrik ditanggung terus oleh rakyat. Jika ada penjimatan kerana kos bahan api menurun, maka ICPT menjadi rebat yang akan menurunkan bil elektrik. Jika sebaliknya (kos bahan api naik atau kos pembelian elektrik dari penjana bebas meningkat), ICPT menjadi duti tambahan kepada tarif sedia ada.

Dalam 6 bulan yang lepas, TNB telah menyaksikan penurunan kos sebanyak RM1.32 bilion akibat dari pengurangan penggunaan gas asli cecair (LNG), harga arang batu yang lebih murah di pasaran dunia dan operasi stesen janakuasa arang batu yang lebih cekap. 

Malangnya, penurunan kos ini direncatkan oleh kenaikan kos gas asli sebanyak RM560 juta akibat dari tindakan kerajaan menaikkan harga gas asli yang dijual kepada TNB dari RM15.20 setiap mMBTU kepada RM18.20 setiap mMBTU.

Akibat dari kenaikan kos gas asli itu, penjimatan telah dikurangkan dan rebat ICPT juga telah berkurangan sebanyak 32% (dari 2.25 sen/kWj kepada 1.52 sen/kWj). Ini bermakna setiap unit kWj elektrik selepas ini akan menjadi lebih mahal sebanyak 0.73 sen/kWj atau kenaikan purata 2.2%.

Kedua-dua keputusan iaitu menaikkan kos gas asli dari RM15.20 setiap mMBTU kepada RM18.20 setiap mMBTU dan mengurangkan rebat ICPT sebanyak 32% kepada 1.52 sen/kWj adalah keputusan Kabinet yang dipengerusikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.

Perlu diingatkan bahawa keputusan menaikkan harga gas asli dibuat dalam keadaan harga pasaran minyak mentah dan gas asli dunia semakin turun. Ini bermakna dalam keadaan yang sepatutnya kos penjanaan elektrik semakin turun, kerajaan mengambil keputusan menaikkan harga gas asli semata-mata untuk meneruskan pelaksanaan rasionalisasi subsidi yang menjadi tunjang pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Sebab itu sehingga kini rakyat Malaysia tidak menikmati sepenuhnya kebaikan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia. Harga petrol dan diesel kekal mahal kerana kejatuhan matawang ringgit akibat formula penetapan harga yang didasarkan kepada dollar Amerika Syarikat. 

Kini, kos elektrik yang ditanggung rakyat pula naik gara-gara program penghapusan subsidi yang menyebabkan kos gas asli meningkat walaupun secara umumnya harga minyak mentah dan gas asli semakin menurun di pasaran dunia.

Saya ingin bertanya kepada Saudara Khairy Jamaluddin sama ada beliau hadir dalam kedua-dua mesyuarat Kabinet yang membuat dua keputusan yang menaikkan harga gas asli dan kos elektrik yang ditanggung rakyat. 

Jika beliau hadir dan bersetuju, maka beliau juga perlu bertanggungjawab dan tidak mencuci tangan kononnya beliau telah bersuara menentang keputusan-keputusan kerajaan yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Tahun 2016 akan terus menyaksikan kenaikan harga barang selagi Dato’ Seri Najib Tun Razak kekal berkuasa.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN

PAS gags leaders from commenting on Najib’s offer...

PAS has ordered all its leaders not to make any statement about its ties with Umno following Datuk Seri Najib Razak's offer for the Islamist party to join it in building Malaysia.

A directive from an aide representing PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang is being circulated among PAS leaders, including the heads of the party's wings and chiefs of its state chapters not to respond to the Umno president's offer which he made at the party's annual general assembly today. 

"I have been contacted by the president regarding Najib's speech.

"The president has instructed that all leaders at every level of the party's wings and chapters in the states and federal territories are not to issue any statement in response to Najib's speech today.

"Wait for a statement from the party's highest leadership," the statement by Hadi's political secretary, Dr Ahmad Samsury Mokhtar, said.

The statement was sighted by The Malaysian Insider.

PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man and elections director Datuk Mustafa Ali when contact declined to comment on Najib's speech and said to let Hadi answer for the party.

PAS information chief Datuk Mahfuz Omar, however, gave his view, saying Najib's offer showed he was "desperate" for the Malay-Muslim vote. 

Najib, who is also prime minister and head of the ruling Barisan Nasional coalition, offered PAS "a brotherhood towards building a perfect Malaysia", adding that Umno was glad that the Islamist part was not part of the opposition pact, Pakatan Harapan.



PAS is not part of the pact, formed to replace Pakatan Rakyat, which collapsed after a fallout between PAS and former ally DAP.

The conservative Hadi has long flirted with the idea of cooperation with Umno for the sake of Islam and the Malays, although its formal stance is against joining the party, its arch-rival in vying for the Malay-Muslim vote.

Two other senior PAS leaders have before this rejected any cooperation with Umno.

Tuan Ibrahim said cooperation with Umno was impossible because the ruling Malay party had oppressed PAS members and leaders over various matters, citing as example the denial of Kelantan's oil royalties to the state, which was controlled by the Islamist party.

PAS vice-president Datuk Iskandar Abdul Samad had also rejected Najib's offer before, saying Umno had too many sins which could not be accepted by PAS grassroots members.- tmi

lim-kit-siang-shahrizat
Shahrizat knows UMNO’s days are numbered...
Story kat SINI dan SINI  

UMNO kata Mara Digital Mall tu maruah Melayu tapi cuba tengok barang siapa mereka jual sana...


cheers.

No comments: