01 December 2015

Dr M senaraikan kepincangan pentadbiran Najib...


Surat kepada ahli dan pemimpin UMNO akar umbi...

1.Negara Malaysia tercinta ini adalah hasil perjuangan UMNO sebagai sebuah parti, bukan oleh sesiapa atau seseorang.

2.Sebab itu apabila Dato Onn Jaafar, Pengasas dan Yang diPertua Parti yang pertama, membuat cadangan yang bertentangan dengan pejuangan parti, cadangannya di tolak dan dianya keluar dari parti.

3.Hari ini kita dapati UMNO sudah jadi milik Presiden dan perjuangan UMNO terhad kepada mendokong Presiden. Kesetiaan ahli terhad kepada Presiden, tidak lagi kepada parti, tidak lagi kepada bangsa, agama dan negara.

4.Ini ternampak jelas apabila slogan Satu Malaysia yang sama dengan Malaysian Malaysia diperkenal, penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat, penggunaan konsultan Barat. Penubuhan Pemandu untuk mengganti Unit Perancang Ekonomi, bayaran gaji kepada badan bukan Kerajaan yang amat tinggi, meletak negara dibawah kehendak Singapura, meminjam berbillion Ringgit yang dilabur sebahagian besar di luar negera, menubuh 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat membukti dimana modal yang dilabur berada, gagal membayar faedah hutang, membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah, menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi, wang Tabung Haji diguna secara yang sama, keuntungan yang berlebihan ini diguna untuk menampung kerugian 1MDB, 2.6 billion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab, siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah dan Bank Negara ditamat oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, Pendakwa Raya dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB, cara hidup mewah lebih dari kemampuan Perdana Menteri, gaji minima dinaik sehingga kilang-kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan, kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk, cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah, sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara dan dimasuk dalam tahanan dibawah undang-undang yang salah.

5.Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU 14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang. BN dan UMNO akan menjadi parti pembangkang. Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh UMNO untuk bangsa, negara dan agama.



6.Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang.

7.Sebaliknya jika Najib berhenti dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, besar kemungkinan UMNO akan pulih semula dan BN akan menang PRU 14. Dengan itu bangsa, negara dan agama akan lebih selamat. Negara akan maju semula dan semua rakyat akan dapat nikmat.

8.Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli, atau kerana dapat nikmat hari ini. Bangsa kita akan kutuk kita jika nasib bangsa menjadi buruk kerana kita tamak dan lupakan perjuangan UMNO. Dan segala nikmat yang kita dapati akan musnah, bahkan Kerajaan parti lawan akan bertindak keatas kesalahan mereka semasa memerintah.

9.Semua ini memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat.

10.Wahai ahli dan pemimpin UMNO diperingkat akar umbi.

11.Jika ingin selamat dan menang tolaklah kepimpinan DSN sebelum PRU14.

12.Tolaklah kepimpinannya sebelum PRU14 supaya UMNO selamat dan mampu memenangi PRU dan kekal sebagai Kerajaan yang adil kepada semua.

13.Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli UMNO dan orang awam. Jentera yang diguna yang terdiri dari badan-badan Kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan-kesalahan sedang dilakukan. - chedet.cc

Komen dari...

Tuan-tuan dan Puan Puan Ketua Cawangan UMNO, surat Tun Dr Mahathir adalah sangat jelas.

Pencuri dan penipu sekarang merasa sungguh selesa kerana mereka duduk begitu dekat dengan ketua yang juga seorang pencuri. Dalam istilah bahasa Inggeris 'common thief'.

Pengampu pemimpin mengaku menerima suapan RM1 juta. Seorang lagi diberi makan RM2 juta. Mereka tidak jelaskan apa yang mereka buat dengan duit itu.

Tetapi sudah tentu di situ sahaja Tuan-Tuan sudah rugi RM3 juta.  Sebab duit itu duit Tuan-Tuan juga.

Kemudian duit RM2.6 bilion di masukkan ke dalam akaun peribadi.   Duit itu sekarang sudah hilang.  Duit RM2.6 billion itu lesap secara ghaib.

Dia kelentong bahawa dia tidak mengambil satu sen pun untuk diri dia sendiri. Ok. Tetapi where is the money Mr Rosmah?

Ke mana perginya duit RM2.6 Billion itu ?

Apakah duit RM2.6 bilion telah dipindah dari akaun peribadi sendiri ke akaun peribadi isteri, anak, cucu, kawan, sahabat, syarikat, tabung anak yatim, YAPEIM, JAKIM atau ke mana? 

Where is the money? Please show the proof.

Tuan-Tuan Ketua Cawangan, duit RM2.6 bilion itu pun duit Tuan-TAuan juga.

Sekarang biar saya jelas duit lagi besar - RM40 bilion duit Tuan-Tuan yang sudah hilang entah ke mana.  Kehilangan duit inilah yang akan menjadikan kita papa dan merana.

Saya rujuk kutipan cukai GST.  Dulu sesiapa pun yang pendapatannya kurang dari RM3000 sebulan tidak perlu bayar cukai pendapatan atau Income Tax.

Sekarang dibawah GST, anak Tuan-Tuan yang berumur 10 tahun yang beli biskut, air minum atau susu, mereka pun kena bayar GST.   Sebab setiap minggu atau setiap hari Tuan-Tuan beri mereka duit belanja atau pocket money untuk beli makanan dan minuman di sekolah. Itulah "gaji" anak-anak kita.  Mereka pun terpaksa tanggung GST.

Putar belit orang yang dangkal bahawa harga barang akan menurun sesudah GST atau naik tidak lebih dari 6% sahaja adalah penipuan semata. Sejak GST harga banyak jenis barang dan perkhidmatan sudah naik 20% atau lebih.  Harga bayaran tol di Lembah Kelang telah naik 50% atau lebih.

Soalan cepumas nya -  berapa banyak pula kenaikan gaji Tuan-Tuan? Adakah gaji  Tuan-Tuan sudah naik 5%? Atau 10%? Atau 20%

Jadi bagaimana kah rakyat marhaen boleh menampun kenaikan kos hidup yang begitu tinggi?  20% atau lebih dari gaji terpaksa digunakan untuk membayar harga yang tinggi dan cukai GST.

Kalau umum tidak mampu membeli keperluan hidup seperti dulu, maka kedai pun akan tutup sebab tidak cukup jualan untuk membayar gaji pekerja, membayar hutang supplier dan sebagainya.

Dan tambah lagi pemimpin yang bodoh telah naikkan lagi Gaji Minima menjadi RM1000 sebulan. Ini akan bebankan lagi pekilang yang terpaksa membayar puluhan juta Ringgit gaji tambahan kepada ratusan atau ribuan pekerja setiap tahun.

Soalannya apakah dengan kenaikan Gaji Minima menjadi RM1000 sebulan, jualan kilang dan keuntungan kilang pun turut melonjak dengan secara ajaib bin ghaib?

Apakah dengan kenaikan Gaji Minima maka jualan kilang kicap, kilang sos cili atau kilang T shirt akan meningkat dan melompat, untuk "cover" kenaikan kos Gaji Minima?  Sudah tentu tidak boleh.

Maka pekilang dan pekedai akan terpaksa naikkan harga jualan mereka untuk meraih balik kenaikan kos Gaji Minima.

Tetapi kilang di negeri Siam, Vietnam, Indonesia dan negeri Cina pula tidak mengalami kenaikan kos yang gila sebegini. Mereka tidak perlu naikkan harga jualan barang ekspot mereka dengan begitu banyak. Jadi dalam masa beberapa bulan saja, kilang dan pemborong Malaysia tidak boleh bersaing lagi.

Maka akan ditutup lah kilang dan kedai.  Dalam masa dua bulan ini dua buah peniaga berhampiran tempat perniagaan saya telah tutup. Ramai peniaga mengalami kejatuhan dalam jualan sehingga 40%.  Dalam keadaan begini, mereka tidak boleh bertahan lama.

Kerajaan pula makin menunjuk dangkal dan bodoh dalam menghabiskan duit kita. JAKIM dengan begitu angkuh mengaku berbelanja RM1 bilion duit rakyat.

Yang kita baca pula menteri berkenaan berbelanja beratus ribu atau berjuta Ringgit melawat tempat yang dikenali sebagai pusat-pusat maksiat dunia seperti Paris, Chicago dan Australia.

Bilangan anak luar nikah di kalangan remaja Islam masih meningkat atau tidak kurang. Bilangan anak muda dan tua yang terikut ajaran setan ISIS masih meningkat.

Bilangan ibu tunggal masih meningkat.
Bilangan kes cerai masih meningkat.
Bilangan kes tuntut nafkah di mahkamah syariah masih meningkat.

Rupanya tikus-tikus berserban dangkal dan tidak layak membaiki labu.

Tetapi semua ini mencerminkan  kedangkalan dan kebodohan pimpinan tertinggi kerajaan membelanjakan duit kita. Duit yang sebegitu banyak juga disalurkan oleh pimpinan untuk tujuan politik dan meraih undi orang tertentu di Pantai Timur.

Akhir kalam, hidup kita sudah menjadi susah.  Kian hari, makin kebelakanglah kedudukan kita, terutama sekali ekonomi kita.

Pemimpin, menteri dan isteri mereka pula seronok berfoya-foya di Milan, di Paris, di Chicago dan tempat-tempat lain yang diakui menjadi pusat maksiat.

Dengarlah nasihat ayahanda Tun Dr Mahathir dengan baik dan teliti.  Sejak Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan pemimpin kita dulu (1981) tidak pernah kita mendengar beliau atau isterinya Tun Dr Siti Hasmah terlibat dalam apa jenis maksiat, menipu duit rakyat, kelakuan berfoya-foya di tempat-tempat yang di curigai dan sebegitu.


Maka lebih fahamlah Dr Mahathir apa itu baik dan buruk, apa itu betul dan salah, apa itu benar dan penipuan  dalam mendukung kewajipan dan tanggungjawab seorang pemimpin. - syedsoutsidethebox

DAP-like slogan, RM2.6b, S'pore stooge and more: Doctor's diagnosis...

In an open letter penned to Umno grassroots leaders ahead of the party annual general assembly, Dr Mahathir Mohamad has cited a list of what ails the current president.

He also reiterated his claim that Umno now belongs to Najib Abdul Razak and noted how loyalty at present is to the president, no longer the party, race or nation.

Mahathir, who led Umno for 22 years, is hoping his diagnosis would convince grassroots leaders to heed his call to oust the president before the next general election.

According to 90-year-old former premier, Najib suffers from:

  • Introducing the 1Malaysia slogan, which is the same as (DAP slogan) Malaysian Malaysia
  • Appointing colonisers of the past as advisers, and using foreign consultants
  • Establishing Pemandu to replace the Economic Planning Unit
  • Providing exorbitant incomes for NGOs
  • Placing the nation under the will of Singapore
  • Borrowing billions of Ringgit, of which, a large sum is invested abroad
  • Setting-up 1MDB with an immense loan for capital
  • Unable to prove where the invested capital is
  • Failure to pay the loan interest
  • Acquiring government land for cheap prices and selling them to government institutions at a value which is 50 times higher.
  • Using Tabung Haji funds in the same manner, profits used to saddle the losses of 1MDB
  • RM2.6 billion suddenly appearing in his personal account, which is supposedly a donation from a Middle Eastern person.
  • Investigations by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and Bank Negara are ended before action can be taken.
  • Attorney-general is removed and the Public Accounts Committee (PAC) is 'dissolved' (dibubar) so that it can no longer investigate 1MDB
  • Living a lavish lifestyle beyond the means of a prime minister
  • Minimum wage is raised until factories moved to other countries and workers lost their jobs.
  • Sharp decline in the value of the Ringgit and share market
  • GST is rolled out, forcing small business to close, cost of living increases and the people’s burden is heavier now.
  • Whoever that reprimands is questioned by the police, accused of sabotaging the bank and financial system; and arrested under the wrong laws.

Umno will hold its annual meet from Dec 8 to 12. - mk

International crude brent oil fell far below USD50 per barrel, to be exact it fell to USD 45.20 per barrel .Why RON 95 down by 10 sen only? while diesel remains unchange ?




cheers.

No comments: