18 December 2009

Sah Bung Moktar nikah Zizie Ezette.........

Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz menyatakan mereka berdua sudah berkahwin. Mohamad, anggota parlimen Sri Gading apabila ditanya semalam, berkata: "Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita."

Mohamad juga berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya, selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau. Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Kelmarin, Bung Moktar yang juga timbalan pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa beliau berkahwin dengan Zizie, dan hanya berkata bahawa beliau tidak cukup kacak untuk pelakon terkenal itu. Anggota parlimen Kinabatangan itu yang dihubungi pemberita semalam masih enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya berjanji akan memaklumkan mengenainya apabila "tiba masanya".

"Ini bukannya masa yang terbaik untuk saya membuat komen. Saya perlu melindungi hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai hati sesiapa," katanya.

Beliau juga turut menafikan khabar angin yang beliau mengahwini Zizie di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur malam kelmarin. Ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak semalam, Bung Moktar berkata beliau berada di Kinabatangan, Sabah kerana "kerja yang sangat mustahak."

"Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz)," katanya.

Beliau yang turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk perubahan dalam stail rambutnya berkata:

"Ramai kawan-kawan yang mewarnai rambut mereka, mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi."

(The truth on rumours of Kinabatangan member of parliament Bung Moktar Radin marrying actress Zizie Ezette is today when a close friend of the politician confirmed the marriage. Zizie Ezette"It's settled. I pray that he will be happy. A friend's happiness is ours too," said Sri Gading MP Mohamad Aziz, adding that he had also advised Bung Moktar to not keep the marriage a secret anymore. The couple's wedding reception was said to be held at a hotel in Kuala Lumpur on Wednesday night.

Bung Moktar, who is the Barisan Nasional Backbenchers Club deputy chairman, has repeatedly denied he was marrying the actress. However, contacted by reporters yesterday, he declined to confirm the marriage.

"This is not the best time. I have to consider the feelings of many people and I don't want to hurt anyone," he said.

Bung Moktar, 50, is married and has four children. Zizie, 31, a popular actress in a number of television dramas, won the best aspiring actress award at the Malaysian Film Festival 2003. Asked for his reason in not attending yesterday's Parliament sitting, Bung Moktar said he was in Kinabatangan, Sabah.

"I have obtained permission from the chief (Mohamed Nazri Abdul Aziz)," he added.)

source- bernama

cheers.

5 comments:

armouris said...

tahniah Bung Mokhtar ada isteri no 2!! info tentang seks suami isteri kat sini - Isteri Pura-pura Orgasma

armouris said...

tahniah Bung Mokhtar ada isteri no 2!! info tentang seks suami isteri kat sini - Isteri Pura-pura Orgasma

Anonymous said...

Good day !.
might , probably curious to know how one can reach 2000 per day of income .
There is no initial capital needed You may commense to get income with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you haven`t ever dreamt of such a chance to become rich
The firm incorporates an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

Its head office is in Panama with structures around the world.
Do you want to become a happy investor?
That`s your chance That`s what you desire!

I feel good, I began to take up real money with the help of this company,
and I invite you to do the same. If it gets down to choose a correct companion who uses your funds in a right way - that`s it!.
I take now up to 2G every day, and what I started with was a funny sum of 500 bucks!
It`s easy to get involved , just click this link http://valutucip.freecities.com/uguvaf.html
and go! Let`s take this option together to get rid of nastiness of the life

Anonymous said...

...as advise by nik aziz for men to take more than one wife!

mangchikla said...

the ONLY advice from Nik Aziz 'Cik-Cika Bung' would concur & practise...