31 December 2009

5 malapetaka agung gomen BN tahun 2009......


Kematian mengejut Teoh Beng Hock menjadi sensasi tahun 2009. Apabila dia ditemui mati di luar bangunan SPRM Selangor di Plaza Masalam,semua jari menunding kepada SPRM. Dia dikatakan konon jatuh dari tingkat 14 bangunan tersebut yang menempatkan pejabat SPRM. Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, disoalsiasat sebagai saksi berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN sebelum dia ditemui mati. Kes siasatannya masih berterusan hingga kini.



PKFZ dianggap sebagai ibu segala skandal. Keseluruhan projek telah menelan RM12.5 bilion wang pembayar cukai. Beberapa ahli politik yang pernah memegang kuasa, kini "berada di hujung tanduk". Soalnya beranikah Najib bertindak ke atas ahli-ahli politik BN yang secara terang terlibat dalam skandal ini? PKFZ bermula pada 1999 sebagai projek berharga RM1.96 bilion untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai sebuah hub pengangkutan laut serantau. Pada 2007, ekoran masalah dan penyelewengan yang berlaku, memaksa kerajaan menyuntik RM4.6 bilion untuk menyelamatkan projek tersebut. PKFZ ini adalah satu bisnes penipuan secara ali baba di mana UMNO dan MCA berkongsi bagi mengsonglap berbilion ringgit duit rakyat secara menipu.


Rampasan kuasa di Perak oleh UMNO/BN yang dimastermind oleh Najib Tun Razak adalah sesuatu peristewa yang amat malang kepada rakyat Perak. Negeri itu menjadi gelanggang perang politik dekad ini selepas UMNO/BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakan tiga ekor ADUN 'katak'Pakatan keluar parti dan menyokong BN.Apa yang berlaku di Perak mempunyai implikasi besar di segi perundangan kerana keputusan mahkamah - sebahagian besarnya menguntungkan dan memihak kepada UMNO/BN. Secara tak langsung keputusan mahkamah telah menulis semula amalan selama ini mengenai kuasa sultan, speaker DUN, Suruhanjaya Pilihan Raya dan menteri besar. Akibat tindakan UMNO/BN dalam negara 1Malaysia ada negeri yang kini mempunyai 2 speaker,2 MB dan 2 gomen.



Sebanyak sembilan pilihanraya kecil diadakan selepas pilihanraya umum 2008 di mana keputusannya menunjukkan bahawa BN telah gagal memulihkan sokongan rakyat terhadapnya. BN tewas dalam tujuh pilihanraya kecil, termasuk DUN Penanti yang tidak ditandinginya. BN hanya dapat mempertahankan 2 kerusi iaitu satu di Sarawak dan satu lagi di Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan UMNO menang dengan undi deposit sebanyak 5,000 undi, iaitu undi pos.



Kehilangan 2 buah enjin jet pejuang M15 adalah sesuatu yang luar dugaan. Enjin jet ini telah dibawa keluar dari negara dan dijual dengan harga 50 juta. Enjin kini dipercayai berada di Argentina. Walaupun kehilangan ini berlaku pasa 2007,namun gomen kita buat diam saja dan kalu boleh gomen nak tutup saja daripada pengetahuan orang ramai. Maka tak hairanlah laporan odit 2008 dan 2009 tak disebut langsung pasal kehilangan tersebut. Semasa kehilangan itu berlaku,menterinya ialah Najib Tun Razak. Kenapa bila dia naik jadi PM dia buat diam saja? Ada apa-apa kot.............







cheers.

No comments: