27 September 2020

Sabah for Sabahan...dan mereka telah memilih...

 

Tahniah, Sabah pilih Gabungan Penyamun, Pengkhianat, Katak dan Penjenayah, 
Let's respect the voice and choice of Sabahans. Congratulations Putrajaya ! 
Pesta lompat bakal berulang kembali... 


Sabah Election Results 
SINI dan SINI 

Biaq YDP pilih sama ada Bung atau Hajiji...

Dari segi parti yang berdaftar dengan SPR, Warisan berjaya memenangi jumlah kerusi terbanyak iaitu 29, diikuti PN 17, BN 14, PBS 7, Bebas 3, PKR 2 dan Upko 1.Oleh kerana PN, BN dan PBS bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah atau GRS, mereka setakat ini dikira berjaya memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan iaitu sebanyak 38 kerusi.
Dalam erti kata, kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal boleh dikata sudah tumbang sekarang ini.

Cumanya, GRS bukanlah sebuah gabungan yang berdaftar, baik dengan ROS atau SPR seperti mana PN, BN, Warisan dan lain-lain parti. Dalam keadaan demikian, itulah yang menyebabkan Shafie Apdal masih enggan mengaku kalah kerana mendakwa partinya dikira menang jumlah kerusi yang terbanyak berbanding lain-lain parti yang sah.

PN, BN dan sekutunya sekarang dilaporkan memiliki 41 kerusi DUN dan mahu calon mereka mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah yang baru hari ini.

Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin berkata bakal ketua menteri Sabah yang baru akan diketahui selepas pengumuman Tuan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin. Ini selepas BN dan PN dikatakan gagal mencapai kata sepakat mengenai calon ketua menteri Sabah yang baru.

Bung berkata beliau dan Ketua Bersatu Sabah Hajiji Mohd Nor akan mengadap Yang di-Pertua Negeri bagi mendapat keputusan mengenai hal ini. "Tunggu TYT putuskan," kata Bung.  

Walau bagaimana pun Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin meminta diberi masa untuk memutuskan ketua menteri baru Sabah, menurut Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas pertemuan di Istana Negeri di Kota Kinabalu, hari ini. - mk

cheers.

No comments: