11 November 2017

Ostad Zamihan balun Najib pula...


Selepas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan Zamihan Mat Zin pakar dan aset penting kerajaan dalam program pemulihan tahanan suspek militan, sebuah video pendakwah kontroversi itu mengkritik Perdana Menteri Najib Razak mula tersebar.

Dalam video itu, Zamihan mengkritik pentadbiran Najib "kurang cerdik" kerana memberikan tanah seluas 16 hektar kepada Arab Saudi untuk membina Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya.

Menurut Zamihan, kerjasama Malaysia dengan Arab Saudi untuk melawan pengganas Daesh itu tidak realistik kerana negara itu sendirilah yang melahirkan Daesh. Katanya, Malaysia tidak memerlukan Arab Saudi untuk memulihkan tahanan militan kerana agensi sedia ada dalam negara sudah mencukupi.

“Kita dah ada polis, dah ada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dah ada Jabatan Penjara, dah ada institusi keselamatan yang lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dah cukup dah. Kenapa kita nak bergantung kepada Saudi untuk counter Daesh? Saudi sendiri yang melahirkan Daesh,” soalnya, dalam rakaman video sepanjang 2 minit 27 saat yang disebarkan melalui akaun Facebook Sasaran Berita.

Video dalam durasi yang sama tersebar sebelumnya melalui akaun Youtube milik worldkuliah dan ditonton sebanyak 65,755 kali sejak dimuat naik pada 23 Oktober lepas. Zamihan bertanya apakah kerana Malaysia "terhutang budi" kepada Arab Saudi melalui bantuan kewangan dan persefahaman mengenai kuota haji maka negara itu dipelawa membuka pusat keamanan global itu di negara ini dan diberi tanah seluas 16 hektar.

"Bagi saya tindakan PM ini bukan tindakan cerdik.

“Nak ambil tindakan kepada saya penjawat awam, silakan. Kita negara demokrasi,” kata Zamihan, yang juga terlibat dengan beberapa kontroversi baru-baru ini.

Semakan di YouTube mendapati video itu dirakamkan daripada ceramah di sebuah masjid di Ampang, Selangor dan dimuat naik di akaun Online Majlis Ilmu pada 11 Julai 2017.

Najib dalam satu majlis di Pekan pada 9 Julai mengumumkan bangunan kekal KSCIP bakal dibina di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya di atas tanah seluas 16 hektar. Idea penubuhan KSCIP dibincangkan dalam lawatan Raja Salman ke Malaysia pada Februari 2017. Pusat itu beroperasi di pejabat sementara di Kuala Lumpur sejak akhir Mei lalu.

Zahid pada Khamis mempertahankan Zamihan ketika ramai mendesak supaya peranan pegawai agama itu dalam program pemulihan akidah ditamatkan susulan beberapa kontroversi melibatkannya.

“Ustaz Zamihan merupakan salah seorang pakar pemulihan ini. Mengikut rekod yang saya perolehi, kejayaan beliau untuk melakukan pemulihan akidah terhadap orang Islam yang lakukan keganasan atau melakukan keganasan berat ini cukup berjaya.

“Ertinya beliau adalah aset untuk memulihkan akidah, apatah lagi kembalikan kumpulan itu untuk ikut jalan yang benar dari segi agama,” katanya.

Dalam ceramah yang tersebar itu, Zamihan berkata Putrajaya seharusnya bertanya pandangan beliau berhubung isu melawan pengganas Daesh kerana pengalamannya dalam program memulihkan tahanan militan.

“Tuan-tuan tanya, siapa di Malaysia ni yang bertanggungjawab memulihkan pengganas? Panggil profesor mana, ustaz mana, penceramah mana.

“Zamihan je yang keluar penjara, masuk penjara berinteraksi dengan pengganas Daesh. Zamihan je berinteraksi dengan pengganas Sulu,” katanya.

"Cuba tanya pandangan kita sepatah. Cuba tanya pegawai polis Bukit Aman. Cuba tanya pegawai Jabatan Penjara. Cuba tanya pegawai KDN. Siapa yang memainkan peranan dalam counter terrorisme," katanya.

Zamihan menambah "hakim-hakim di mahkamah" pun boleh jadi saksi tentang kepakarannya dalam bidang keganasan ini kerana beliau beberapa dipanggil sebagai saksi pakar di mahkamah.

"Bukan angkuh tuan-tuan. Kita bangga dengan Saudi, kita terima duit Saudi, kita akur kuota haji dengan Saudi, padahal Saudi ini penyumbang terbesar keganasan di rantau Teluk.

"Mereka sendiri tak boleh nak pulih tahanan Daesh di negara mereka, bagaimana mereka nak datang negara kita dan pulih tahanan Daesh?" tanya Zamihan.

Zamihan bulan lalu ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana ceramahnya di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam yang didakwa menghina kaum lain serta kritikan terhadap Sultan Johor berhubung titah tuanku mengenai kedai dobi layan diri untuk Muslim saja.

Jabatan Agama Islam Selangor juga mengharamkan Zamihan daripada memberi ceramah di masjid dan surau negeri, manakala Majlis Agama Islam Selangor mengarahkan siasatan terhadap Zamihan kerana didakwa mengkritik institusi diraja semasa ceramahnya.

Sementara itu, beberapa pihak mempersoalkan penglibatan Zamihan dalam program pemulihan militan, dengan pandangan terbaru disuarakan oleh MCA.

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ti Lian Ker berpendapat kerajaan tidak sepatutnya mempertahankan Zamihan Mat Zin sebaliknya memulihkan pegawai agama itu terlebih dahulu sebelum beliau diberikan peranan memulihkan orang lain.

Katanya, tindakan kerajaan melindungi Zamihan hanya akan makan diri kerana memberi peluang kepada pembangkang menuduh pegawai agama itu dilindungi oleh orang tertentu. – malaysianinsight



Image result for najib hadir parlimen
Najib mai Parlimen 10.04 pagi,
belah balik 10.12 pagi...

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen hari ini membidas penampilan singkat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hanya selama lapan minit di Dewan Rakyat, 13 hari selepas beliau membentangkan Bajet 2018.

“Dia menjawab soalan pada jam 10.04 pagi dan meninggalkan dewan pukul 10.12 pagi,” kata Wong.

Najib hari ini berada di Parlimen untuk sesi soalan.

Walau bagaimanapun, Wong mendakwa sepanjang lapan minit itu segala-galanya sudah dirancang untuk Najib yang hanya diajukan dengan soalan ‘mudah’.

“(Ia adalah) mengapa dia begitu hebat dalam soal ‘ekonomi digital’. Soalan yang dirancang oleh ahli parlimen Umno.

“Selepas membaca teks jawapan selama empat minit, soalan ahli parlimen Umno (yang sepatutnya secara spontan) bermula dengan ‘Tahniah atas kejayaan program, kita adalah pemimpin dunia dalam ekonomi digital…’ Cara mengampu seperti ini adalah agak standard,” katanya.

Wong berkata Najib kemudian menjawab kenyataan susulan dengan ucapan yang disediakan selama dua minit.



“Di bawah pentadbiran Najib, beliau secara ajaib mengubah sesi soal-jawab Parlimen kepada lakonan mengikut skrip,” kata Wong.

Najib kemudiannya, kata Wong, meninggalkan Dewan Rakyat tanpa peduli untuk mendengar ataupun menyokong menteri-menteri lain yang menjawab soalan-soalan seterusnya. 

Katanya, sebaik sahaja Najib bangkit mahu meninggalkan dewan, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan bergegas membuka pintu untuknya.

“Pagi ini menggambarkan bagaimana demokrasi Parlimen perlahan-lahan mati di Malaysia,” katanya.

Wong juga memaklumkan bahawa 18 menteri dan timbalan menteri hadir tetapi jumlah itu masih 30 peratus berkurangan daripada jumlah keseluruhan kabinet Najib.

Sebagai rekod, Najib hari ini bertolak ke Danang, Vietnam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25.

Perdana menteri dijadual berada di sana selama tiga hari bagi menghadiri mesyuarat APEC kali ini yang bertemakan, Mewujudkan Kedinamikan Baharu, Mengukuhkan Perkongsian Masa Depan.

Petang ini, Najib akan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam, Tran Dai Quang.– mk


Image may contain: one or more people and outdoor
P.Pinang - Diskaun air,cukai pintu 
bagi mangsa banjir...

Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang telah bersetuju untuk mengecualikan surcaj konservasi air bagi tempoh bayaran satu pusingan sepanjang dua bulan bagi pengguna domestik.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pengecualian itu diberikan sebagai membantu meringankan beban kos penggunaan air bagi tujuan pembersihan kediaman dan kawasan yang dilanda banjir.

Katanya, diskaun air sebanyak 50 peratus juga akan diberikan kepada pengguna domestik.



“Bagi pengguna komersil, PBA akan memberikan diskaun 25 peratus. Ini akan melibatkan penjimatan sebanyak RM10 juta,” ujarnya.

Selain itu, katanya yang juga Setiausaha Agung DAP, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai akan memberikan diskaun cukai pintu sebanyak 10 peratus untuk semua jenis hartanah dengan keseluruhan jumlah bantuan dijangkakan mencecah RM40 juta.

Tambahnya, dokumen-dokumen kerajaan negeri milik mangsa, seperti geran tanah, yang rosak atau hilang akibat daripada banjir boleh diganti secara percuma. – Roketkini.com

I’ve seen evidence of UMNO’s 
funds transfer to PAS...

Former PAS vice-president Husam Musa said he has seen for himself evidence that PAS leaders had received money from ruling Malay party Umno to the tune of more than RM90 million.

The evidence involved banking transactions through Affin Bank, the Kelantan Amanah politician said in a dialogue session posted on his Facebook page last night.

“I’m not playing with words. I’m speaking after having seen for myself the source of information, and after determining that it is accurate and correct.  

“The money was channelled through Affin Bank to several parties related to the PAS leadership, besides other banking evidence,” said the Salor assemblyman. 

Husam, who has spoken about the transactions before, said the amount given to PAS leaders exceeded RM90 million.

“In my previous speech, I did not mention the amount. I only mentioned the name of Affin Bank.

“I still stand by what I have said, other than revealing the amount now,” he told interviewer Syed Ibrahim Syed Noh in the recorded dialogue.

Allegations that the Islamist party had received RM90 million from Umno have also been reported by whistle-blower website Sarawak Report, whose UK-based editor, Clare Rewcastle-Brown, is being sued by PAS president Abdul Hadi Awang for defamation.



Husam, who was sacked from PAS in May last year for criticising its leadership, had made similar claims at an Amanah ceramah in Kelantan earlier this year.

Another opposition politician who has alleged that a PAS leader had received money from Umno is PKR’s Pandan MP Rafizi Ramli.

Husam noted, however, that Rafizi was not being sued, while Rewcastle-Brown was. Rewcastle-Brown, in her statement of defence, named PAS leaders who had benefited from the money allegedly given by Umno. Luxury vehicles were cited as among the items these leaders had purchased.

The editor’s statement of defence also named prominent human rights activist and lawyer Ambiga Sreenevasan as the source of her information on the funds given by Umno to PAS, which traditionally has been the former’s arch-rival for the Malay-Muslim vote. PAS, which has left the main opposition bloc, was replaced by splinter party Amanah.

Ambiga is being investigated under the Penal Code for causing public alarm in relation to Rewcastle-Brown’s article.

The article, titled "As Najib denies all over 1MBDB let’s not forget his many other criminal connections", was published on August 6 last year and suggested that money was given in exchange for PAS’ support for ruling coalition Barisan Nasional.

Hadi’s suit against Rewcastle-Brown was file in the UK through Carter-Ruck, said to be one of the most expensive law firms there.– themalaysianinsight

UIAM Gombak...

Image may contain: one or more people and outdoor
Banjir di Hulu Langat...

Image may contain: 1 person, smiling, text


cheers.

No comments: