20 May 2017

Peluklah dan ucap 'thank U' pasai derma RM2.6b tu juga...


Hari ini Perdana Menteri, Najib Razak dijadual berlepas ke Riyadh, Arab Saudi untuk menyertai pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam dalam satu sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Sidang tersebut dijadual diadakan pada hari Ahad di ibu negara Arab Saudi itu.

Kata Najib, di Riyadh nanti, beliau akan memeluk  Raja Salman sekali lagi sebagai tanda terima kasih kerana menambah kouta haji untuk Malaysia.

Kata beliau, penambahan kouta haji itu adalah satu lagi jasa UMNO kepada rakyat negara ini.

"Siapa wujudkan Tabung Haji? (kita beri) subsidi... itu tak masuk lagi program haji 1MDB yang percuma untuk ketua kampung dan imam.

"Kita tahu inilah cara kita bela rakyat. Esok (hari ini) saya pergi Riyadh, jumpa Raja Salman sekali lagi saya nak peluk dia sebab bagi kuota khas untuk Malaysia.

"Ramai orang berkat naik haji kerana perjuangan Umno," kata Najib dalam ucapannya dalam program Umno bantu rakyat di Sekolah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang malam tadi.

Kouta haji Malaysia tahun ini ditambah daripada 27,900 kepada 30,200. Pertambahan itu dicapai dalam perbincangan ketika lawatan Raja Salman ke Malaysia baru-baru ini. Dalam kunjungan Raja Salman ke Malaysia itu, Najib sempat memeluk dan berselfie dengan Raja Salman sebagai tanda keakraban hubungan antara mereka. Baca seterusnya...

Piala FA Malaysia



Datuk Seri Mukhriz Mahathir meraikan kejayaan Kedah menjuarai 
Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam, Selangor


Punca kekalahan Pahang dikenal pasti.

Photo published for Archaeologist: Stone-age ‘Penang Woman’ a meat eater
"Penang Woman" dari Guar Kepah...
Manusia purba Pulau Pinang 
amal diet kerang...

Hasil laporan makmal Radiokarbon Beta Analytic di Florida, Amerika Syarikat menunjukkan rangka dipercayai milik manusia purba berusia 5,710 tahun yang ditemui di tapak arkeologi Guar Kepah, Kepala Batas pada 17 April lepas mengamalkan diet berasaskan fauna iaitu sumber laut bercengkerang sebagai makanan utama.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin berkata hasil laporan yang dikeluarkan pada 17 Mei itu sekali gus membawa kepada penemuan baharu iaitu struktur bukit kerang setinggi 5.49 meter di bahagian dasar tapak berkenaan yang turut dipenuhi dengan artifak tembikar dan alat batu.

"(Penemuan bukit kerang) di luar jangkaan saya, saya ingat dah habis semua (selepas penemuan rangka manusia). Tiba-tiba kita jumpa satu meter yang paling bawah di bahagian dasar. Selepas sebulan dah ada dua laporan keluar iaitu pentarikhan rangka berkenaan yang mengesahkan 5,710 tahun iaitu mewakili masyarakat Neolitik hampir 6,000 tahun dahulu.



"Kelmarin keluar keputusan isotop yang menentukan apakah makanan dan diet dia. Didapati memberikan graf yang sangat menarik dan tepat menunjukkan mereka banyak makan cengkerang laut. Hasil penemuan ini kita dapat membayangkan bagaimana lengkapnya galeri arkeologi Guar Kepah nanti," katanya pada sidang media, di George Town hari ini.

Beliau berkata penemuan bukit kerang itu juga mendedahkan proses pengebumian manusia pada zaman neolitik dan penemuan artifak yang berkaitan seperti tembikar, alat batu dan sisa makanan.

"Ini satu-satunya bukti untuk negara pengebumian dalam bukit kerang. Kita ada rangka manusia di Lenggong, Perak tapi 5,000 tahun dahulu dikebumi dalam gua. Yang ini dikebumi dalam bukit kerang. Keistimewaan dan keunikan galeri arkeologi Guar Kepah pada masa depan adalah sangat menarik, satu-satunya di negara ini yang mewakilli budaya Neolitik," katanya.

Mokhtar berkata pihaknya sedang mengemas kini penemuan bukit kerang itu dan kerja-kerja pengimbasan oleh geofizik akan dijalankan terlebih dahulu untuk menentukan kemungkinan terdapat lagi rangka lain di bawah bukit itu.

"Ini bukan bukit kerang semula jadi. Ini sisa makanan, mereka makan dan buang sampai jadi bukit. Kemudian orang dia mati pun mereka kebumikan dalam bukit kerang tersebut, ia benar-benar unik," katanya.



Beliau berkata penemuan-penemuan itu akan menjadikan data sejarah negara tentang kehidupan masyarakat Neolitik lebih kukuh dan terperinci bahawa mereka bukan hanya duduk di Lenggong, Perak sebaliknya di Guar Kepah di mana mereka tinggal di tepi laut dan berkemungkinan adalah nelayan.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang turut hadir pada sidang media itu berkata kerajaan negeri meluluskan peruntukan khas RM50,000 kepada PPAG sebagai insentif untuk kajian terperinci meliputi kerja-kerja kajian ekskavasi, upahan pekerja, analisis lapangan, pentarikhan, dan analisis saintifik.

Beliau berkata pihaknya turut melantik Mokhtar sebagai ketua penyelidik bagi mengetuai kajian arkeologi saintifik di tapak itu untuk dilaksanakan bersama kakitangan dan pelajar USM. 

Guar Kepah, tapak bersejarah yang lebih tua daripada Lembah Bujang dan Sungai Batu, Kedah merupakan satu-satunya lokasi di Semenanjung Malaysia yang menunjukkan bukti penempatan manusia zaman dahulu yang dekat dengan kehidupan laut.- Bernama

Hangpa Tanya CheDet Jawab...

MCA more ‘infidel’ than DAP...

Tun Dr Mahathir Mohamad called out PAS for using DAP to reject co-operation with Pakatan Harapan.

In a question-and-answer session streamed “live” on Facebook, the former prime minister claimed the Islamist party’s refusal to work with DAP was merely a political excuse and not based on religious reasons.

“Back then Hadi was all over Guan Eng hugging him and all, that never seemed to be a problem,” Dr Mahathir sarcastically said, referring to PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and DAP secretary-general Lim Guan Eng.

Both men were often seen together in the early days of the previous Pakatan Rakyat federal Opposition partnership that formed after Election 2008 but broke up in mid 2015.

Dr Mahathir then questioned why PAS deemed it permissible by Islam to work with Umno, an ally of MCA, a fully Chinese party that openly opposed the party’s Islamist agenda.

“If you have a problem with DAP,  then how can you work with Umno who in turn is working with MCA.

“Isn’t MCA a party of infidels?” he asked.

Dr Mahathir noted that unlike MCA, the DAP had multiracial members that included good Muslims.

He also pointed out that DAP had openly declared that it would uphold the Federal Constitution, including recognising Islam as the religion of the federation and the special position of the Malays.

“DAP had made this very clear… but you never hear this from MCA,” the 91-year-old said.

PAS severed ties with DAP two years ago following a fallout sparked by the former’s move to implement strict Shariah laws in Kelantan where the Islamist party is the ruling government.

Since then, there had been several attempts to mend ties and bring PAS back into the new Pakatan Harapan pact that replaced the previous federal Opposition alliance.

However, PAS has repeatedly asserted that any link to “anti-Islam” DAP, even via a political pact with other parties is impossible.

Pakatan Harapan now comprise PKR, DAP, PPBM and Amanah, a PAS splinter party. - mm

Tough times: Jeffry, Siti Nor Sazila and their children have been living under the flyover in Pandan Perdana, Kuala Lumpur, for the past two months.
'Berumah' Di Bawah Jejambat...
Story kat SINI dan SINI  

Image may contain: one or more people and people standing


cheers.

No comments: