15 May 2017

Lepas bercerai,PAS sasar 100 kerusi Parlimen,40 sure menang...

Image result for Nasrudin Hassan

PAS hari ini membayangkan keyakinan mereka untuk bertanding di lebih 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ketua penerangannya, Nasrudin Hassan, berkata daripada jumlah itu PAS menjangkakan 40 kerusi adalah yang "mudah menang" manakala selebihnya perlu diusahakan dengan lebih gigih.

“Kita mungkin akan meletakkan lebih 100 kerusi (parlimen) yang akan dipertandingkan, cuma 40 itu kita sasarkan menang dan mudah menang.

“Di samping itu, kita perlu menang lebih lagi antara 60 hingga 80 kerusi ke atas berdasarkan kerja kuat jentera parti,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Komuniti Bukit Damansara di Kuala Lumpur hari ini.

Nasrudin sebelum itu menghadiri Konvesyen Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan.

Katanya PAS berpotensi untuk menang walaupun berlakunya pertandingan tiga penjuru.

Malah katanya pertandingan tiga penjuru itu tidak semestinya memberi kelebihan kepada BN.

Kenyataan itu senada dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.


Sokongan PAS kian meningkat

“Tak semestinya apabila berlaku tiga penjuru, maka itu akan memberi kemenangan besar kepada Umno dan BN, dia berbeza dengan perkembangan politik pada PRU lepas,” katanya.

“PAS melihat peluang terhidang besar di hadapan untuk kita mencapai kemenangan banyak kerusi parlimen pada pilihanraya nanti,” katanya.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, PAS Wilayah Persekutuan menyenaraikan kerusi parlimen yang akan ditandinginya.

Berjumlah sembilan, antara kerusi yang akan menyaksikan PAS meletakkan calon ialah kerusi bekas rakan mereka dalam Pakatan Rakyat dulu.

Kerusi itu ialah Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak,Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut.

Dua daripada kerusi itu kini diwakili naib presiden PKR, iaitu Lembah Pantai (Nurul Izzah Anwar) dan Batu (Tian Chua). Bandar Tun Razak pula diwakili bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Segambut Lim Lip Eng (DAP).

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata keputusan untuk bertanding di sembilan kerusi parlimen itu dibuat selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa tahaluf siyasi dengan PKR sudah terbatal.

Pada masa sama, katanya, PAS berpendapat sokongan yang diterimnya semakin meningkat.

"Kita lihat sokongan terhadap PAS semakin meningkat terutamanya di kalangan orang Melayu Islam, di samping kita masih lagi mendapat sokongan pengundi bukan Islam," katanya.

Ditanya mengenai peluang PAS untuk menang di Segambut kerana ia bukan kawasan majoriti Melayu, Mohamad berata, beliau memang yakin kemenangan akan memihak kepada PAS.

"Sasaran pertama sudah tentulah daripada pengundi Islam untuk undi PAS di Segambut di samping undi orang Cina dan India, kerana tidak semua mengundi DAP," katanya.

Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi parlimen dan daripada jumlah itu PAS gagal memenangi sebarang kerusi pada PRU ke-13. - mk  

PAS settles on 100 seats after ‘divorce’
targeting victory in 40...

PAS information chief Nasrudin Hassan said party may contest in more than 100 parliamentary constituencies in the next 14th general election, but believes it can win at least 40.

PAS now holds 14 of the 222 seats in the Dewan Rakyat.

"We may place candidates for 100 (parliamentary) seats but we target that 40 of those will be won or are seats which we can easily win.

"Besides that, we need to win an additional 60 to 80 seats depending on the strength of our party machinery," he told reporters at Bukit Damansara today.

He said PAS can still emerge victorious in three-corner fights, against prevailing belief within political circles that such a situation would favour ruling coalition Barisan Nasional.

"It is not necessarily the case that three corner fights will benefit Umno and BN. Things are different and there have been political developments since the previous election.

"PAS sees this as a big opportunity to move forward and win many seats in Parliament in the next polls," he said.

PAS names nine FT seats it will contest

At the same event, Federal Territories PAS vowed to contest nine seats in the 14th general election - Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu and Segambut.

PAS either did not contest or lost in these seats in the 13th general election.

"The decision to contest the nine seats is in line with the syura council's decision to cancel the political cooperation with PKR," he said.

Wangsa Maju, Lembah Pantai and Batu are held by PKR MPs Tan Kee Kwong, Nurul Izzah Anwar and Tian Chua while Segambut is held by DAP's Lim Lip Eng. Bandar Tun Razak was won by Abdul Khalid Ibrahim on the PKR ticket, but is now an Independent MP. The other seats are held by BN.

"We believe there is greater support for PAS in the Malay Muslim community, and believe we can still gain votes from the non-Muslims," he said.

For example in the seat of Segambut, PAS is expected to win the Muslim vote as well as non-Muslims who are disenchanted with the DAP, he said.

Segambut has 53 percent Chinese voters, 33 percent Malay votes and 12 percent Indian voters. - mk

Pasai apa Najib beria2 mahu syarikat China 
bangunkan Bandar Malaysia...

Pelabur China nampaknya sudah mula menyedari sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat suka mempermainkan mereka.

Kesannya, acara yang dinantikan Najib untuk syarikat Dalian Wanda Group yang dimiliki hartawan China, Wang Jianlin menandatangani perjanjian pelaburan sejumlah AS$10 bilion (RM43.4 bilion) dalam projek Bandar Malaysia tidak menjadi kenyataan.

Meskipun majlis menayangkan perjanjian persefahaman (MoU) kepada media, Wang bagaimanapun tidak menandatanganinya seperti yang diharapkan Najib.

“Mungkin ada dua sebab kenapa Wang kecewakan Najib dalam projek Bandar Malaysia,” kata Ahli Parlimen Segambut, Lip Lim Eng dalam kenyataan, hari ini.



“Pertama, Wang mungkin mengambil isyarat daripada episod IWH-CREC dan bimbang pentadbiran Najib akan mencari masalah dengan kontrak baru mereka dan enggan mematuhi tanggungjawab di bawah kontrak terbabit.

“Kedua, Dalian Wanda Group sebagai salah sebuah konglomerat terbesar dunia langsung tidak ada sebarang sebab untuk masuk campur dalam projek Bandar Malaysia yang terkait dengan skandal 1MDB.”

Beliau merujuk tindakan TRX City Sdn Bhd membatalkan urus niaga penjualan 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia dengan konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH)-China Railway Engineering Cooperation (CREC).

TRX City adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), manakala, CREC adalah syarikat 100 peratus milik kerajaan China.


Photo published for Najib Razak’s magic Wanda fails to cast its spell

Mengulas lanjut, Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan meragui niat sebenar Najib untuk membawa pelabur asing memajukan Bandar Malaysia.

“Kenapa lebihkan orang asing berbanding anak bangsa sendiri? Bukankah itu satu pengkhianatan kepada rakyat?” soalnya.

Najib, katanya, tidak sepatutnya berhadapan masalah untuk mencari pemaju tempatan untuk membangunkan Bandar Malaysia jika projek berkenaan dapat menjana keuntungan.

“Jika tidak ada satu pun syarikat tempatan mampu menjalankan projek tersebut, Najib boleh sahaja mencari sekumpulan konglomerat tempatan untuk menjalankan projek itu,” ujarnya. – Roketkini.com

Former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad speaks to SBS News (Photo: King Chai Woon)

PKR Candidates Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail by-Election Parlimen Permatang Pauh P044 at Nomination Centre in IKBN Bukit Mertajam. Adib Rawi Yahya/theSun

Dulu,rasuah di bawah meja.Lepas itu,di atas meja.
Sekarang,balun sekali dengan meja... 

Image may contain: one or more people and text

cheers.

No comments: