15 April 2016

Switzerland buktikan anak Rosmah guna duit 1MDB bikin...


Switzerland Temui Bukti Wang 1MDB Biayai Filem Anak Rosmah...

Red Granite, firma Hollywood yang dimiliki oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz menafikan sebarang aktiviti ‘meragukan’ berikutan siasatan Switzerland mendapati sebuah syarikat penerbitan filem menerima dana 1MDB.

Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata mereka mempunyai "elemen" untuk mengesyaki dana AS$3.5 bilion 1MDB dibayar kepada sebuah syarikat di British Virgin Island untuk manfaat "sebuah syarikat yang berkaitan dengan industri filem.”

"Tidak pernah ada apa-apa yang meragukan mengenai mana-mana aktiviti Red Granite Pictures atau perniagaan Riza Aziz.

"Apa yang mereka lakukan dan akan terus lakukan adalah membangun dan menghasilkan filem-filem yang berjaya dan terkenal yang telah menjana lebih daripada AS$825 juta menerusi pendapatan box office di seluruh dunia," kata seorang jurucakap Red Granite kepada Finance Times.

Pejabat Peguam Negara Switzerland sedang menyiasat aliran dana pembayaran AS$3.5 bilion yang dibuat oleh 1MDB kepada Aabar BVI, sebagai sebahagian daripada pembelian loji kuasa Genting Tanjong.



Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata mereka percaya dana berkenaan memberi manfaat kepada "sebuah bekas firma 1MDB" dan dua pegawai UAE yang berkaitan dengan International Petroluem Investment Corporation milik Abu Dhabi dan Aabar.

1MDB berkata firma itu memindahkan dana kepada Aabar BVI selepas diberitahu oleh pengarah urusan IPIC ketika itu, Khadem Al Qubaisi dan Pengerusi Aabar Mohamed Al Husseiny bahawa firma BVI adalah sebuah anak syarikat IPIC.

Walau bagaimanapun, IPIC dalam kenyataannya kepada Bursa Saham London Isnin lalu memaklumkan bahawa ia tidak memiliki Aabar BVI.

Red Granite memberitahuNew York Times pelabur utamanya ialah tokoh perniagaan Abu Dhabi, Mohamed Ahamd Badawi Al-Husseiny.

The Wall Street Journalmelaporkan dana 1MDB sebanyak AS155 juta dibelanjakan bagi pembikinan filem Hollywood 'The Wolf of Wall Street'. 1MDB menafikan perkara ini.- suarakamiibaru



Money trail - the route of ‘Cash the King’

Money, large sums of money cannot be moved without leaving a trail.

And so it is with the RM2.6 billion (or US$681 million) which The Wall Street Journal reported was in Najib Abdul Razak’s secret private personal account in Ambank.

The first reaction of Najib was to deny but later he admitted to having this money in his secret personal account. People suspect it was from 1MDB. That would be stealing. Najib needed to make some explanation. He claimed it was a gift. People simply laughed. 

Then it was a donation by some Arab who wanted him to win the 2013 election. The Arab it seems thought he was such a good Muslim leader that he must continue to be Malaysia’s PM.

To verify this the newly-appointed deputy prime minister (DPM) stated that he has seen the Arab.

But who is this Arab he saw? No name. Anonymous. US$681 million cash is not something just anyone can have or people give away easily. The donor must be extremely rich. Rich people can be rich through inheritance or through business.

Where did he get so much money? Business? Nothing is known about this very successful businessman, not even in the oil and gas (O&G) world. Who is his banker? There must be a banker or banks. You cannot keep US$681 million under your pillow. In fact, even banks do not have such big amounts of cash in their strong-rooms.

The money would be in the form of entries in the books of the banks. Paying out would be by cheques or electronic transfer. No one has been given sight of entries in bank book, nor any cheque stubs or cheques presented to the bank.

Did Ambank receive cash amounting to US$681 million or RM2.6 billion? Or is it a cheque or electronic transfer? Whatever, it must be entered in the books of the bank. The bank must submit this account for internal and external audit. 

As the sum is huge, a report needs to be made to the central bank for approval. This is to ensure the money is from legitimate source and is not being laundered.

Today we are worried about money-laundering. If you deposit or you take out any sum more than RM50,000 you must get the approval of Bank Negara. For RM2.6 billion deposited in a Malaysian bank lots of questions have to be asked by Bank Negara about the origin, ownership and transfer of money.

Bank Negara subsequently lodged a report to the attorney-general (AG). We don’t know the contents of the report. But the AG dismissed the report. Najib is not guilty of any wrongdoing, said the AG. Just the AG’s words. No documentary proof. Malaysians just don’t believe the AG any more.

Then there is the income tax to be paid by the owner of the money. If no tax has to be paid, the Inland Revenue Board (LHDN) must give a statement that the money was not taxable. No confirmation from LHDN.

In the meantime, the donor has increased from one Arab to two. Then it is said to be from a Saudi prince. And finally it is claimed that the late Saudi king donated the money.

Now a Saudi minister denies there is any record that the US$681 million was a gift. He claims that it was an investment. He did not think the sum was so big.

The AG then claims that U$620 million was returned to the Saudis in 2013. Exactly when? What proof? Previously the money was said to have been moved from Ambank to Singapore banks and the Singapore government had frozen it. So how did Najib return the money if it is frozen? What banks were involved? What is the proof that the money was frozen? How much?

How long can a government freeze an account? The freezing is to enable the Monetary Authority of Singapore to investigate the possibility of the money being laundered. We heard nothing from Singapore.

‘Is it in Singapore banks, frozen stiff?’

So where is this money now? Is it in Singapore banks, frozen stiff? Or is it with the Saudis? Is it the Saudi government’s or Saudi prince’s or individuals? Was it returned to the donor? What proof? Is it in the reports by Bank Negara or the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)? No proof. Just the AG’s words. Sorry, I do not believe the AG.

Now the Swiss AG claims that it is not RM2.6 billion but RM4 billion was in Najib’s account. The Swiss AG seeks cooperation of the Malaysian AG. Immediately the Malaysian AG claims that it is not about the US$681 million in Najib’s private accounts. There is nothing wrong there.

But he himself said that he dismissed the MACC report because the evidence was not sufficient. If it is not sufficient shouldn’t further investigation be carried out until it is sufficient?

But Mohamed Apandi Ali exceeded his authority and ordered MACC to stop investigating the RM2.6 billion in Najib’s private personal account at Ambank. The MACC is an independent institution. Even the PM cannot stop its investigation. But clearly Apandi is scared that more evidence would be found.

And now he wants to strengthen the Official Secrets Act (OSA) so he can jail leakers for life. Why? Could it be that he is hiding evidence? What does the law say about people who hide evidence about crimes?

Laws are not made to hide crimes. Laws are made to prevent crimes and punish criminals. Could it be that his attempt to keep the reports out of reach of the Swiss AG stems from his desire to hide evidence? That could be a criminal act.

Najib is strongly supported by Umno division heads, Umno members of Parliament and his cabinet ministers. They are prepared to accept the billions he has in his private accounts as normal.

When he tried to explain to the Umno supreme council where he got so much money and why he did not tell Umno, one council member said there was no need for him to explain. Just give RM5 million to him for the next election and he would win. Whether the money was stolen or not is not important to supreme council members. They seem to be prepared to accept stolen money. Can we trust such people to govern Malaysia?

Money cannot be hidden. A few thousand ringgit as cash can be hidden but not billions of ringgit. If you keep such huge sums of money in the bank, a lot of people who have to handle it and the accounts will know. But banking secrecy means that they will not tell what they know.

The MACC would be toothless and useless if they cannot get information because of banking secrecy. I don’t think they are subject to the banking secrecy act. If they are, let’s forget about fighting corruption. We should legitimise corruption instead. - mahathir mohd.- http://chedet.cc/?p=2070

Jejak Wang - Laluan "Duit Adalah Raja"

1. Wang, dengan jumlah yang besar tidak boleh digerakkan tanpa meninggalkan jejak/kesan.

2. Begitu juga dengan pergerakkan RM 2.6 bilion (atau USD 681,000,000.00) yang dilaporkan oleh Wall Street Journal berada dalam akaun peribadi rahsia Dato Seri Najib di Ambank.

3. Reaksi pertama Najib adalah menafikannya tetapi kemudian dia mengaku mempunyai wang tersebut di dalam akaun rahsia peribadinya. Orang mengesyaki, ia adalah dari wang 1MDB. Maka ianya adalah mencuri. Najib perlu untuk membuat beberapa penjelasan. Beliau mendakwa ia adalah hadiah. Orang hanya ketawa. Kemudian dikatakan ianya adalah sumbangan oleh beberapa orang arab yang mahu beliau untuk memenangi Pilihan Raya 2013. Orang arab seolah-olah menganggap beliau sebagai seorang pemimpin Islam yang baik dan dia mesti terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

4. Untuk mengesahkan ini TPM yang baru dilantik menyatakan bahawa beliau telah bertemu dengan Orang Arab tersebut.

5. Tetapi orang Arab mana yg telah ditemuinya itu? Tiada nama. Anonymous. Wang sebanyak USD $ 681,000,000.00 bukanlah suatu perkara orang mudah dimiliki atau diberikan kpd sesiapa dengan mudah. Penderma mestilah sangat kaya. Orang yg kaya boleh menjadi kaya melalui warisan atau melalui perniagaan.

6. Dari mana dia mendapat begitu banyak wang? Perniagaan ? Tiada apa-apa yang diketahui tentang ahli perniagaan yang sangat berjaya ini, tidak walaupun dalam dunia Minyak dan Gas (O&G). Siapa banknya? Mesti ada penyimpan deposit atau bank-bank berkait. Anda tidak boleh menyimpan USD681 juta di bawah bantal anda. Malah bank-bank juga tidak mempunyai jumlah simpanan tunai dgn jumlah yang besar di bilik kebal mereka.

7. Wang itu akan berada dalam bentuk catatan pada buku bank. Pembayaran hanya akan dibuat melalui cek atau pemindahan elektronik. Tiada siapa yang telah diberikan melihat catatan dalam buku akaun bank, mahupun mana-mana keratan cek atau cek yang dikemukakan kepada bank.

8. Adakah Ambank menerima wang tunai berjumlah USD681 juta atau 2.6 bilion Ringgit? Atau adakah ia cek atau pemindahan elektronik. Apa pun, ia mesti dimasukkan dalam akaun bank. Bank perlu mengemukakan akaun ini untuk audit dalaman dan luaran. Oleh kerana ia jumlah wang yang sangat besar, laporan perlu dibuat kepada Bank Negara untuk kelulusan. Ini adalah untuk memastikan wang itu adalah dari sumber yang sah dan bukan pengubahan wang haram.

9. Hari ini kita bimbang mengenai pengubahan wang haram. Jika anda menyimpan atau anda mengambil apa-apa jumlah lebih daripada RM50,000 anda perlu mendapatkan kelulusan Bank Negara. Untuk RM2.6 bilion yang disimpan di sesuatu bank Malaysia persoalan yang akan ditanya oleh Bank Negara tentang asal, pemilikan dan pemindahan wang. Bank Negara kemudiannya membuat laporan kepada Peguam Negara. Kita tidak tahu isi kandungan laporan. Tetapi A.G. menolak laporan itu. A.G mengatakan Najib tidak melakukan apa-apa salah laku. Hanya kenyataan A.G. ini sahaja. Tiada bukti dari segi dokumentasi. Rakyat Malaysia tidak percaya A.G. lagi.

10. Kemudian sepatutnya ada cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh pemilik wang ini. Jika tiada cukai yang dibayar, Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu memberi kenyataan bahawa wang itu tidak boleh dikenakan cukai. Tiada pengesahan daripada LHDN sehingga kini.

11. Dalam pada itu penderma telah meningkat dari seorang arab kepada dua orang arab. Kemudian ia dikatakan dari seorang putera Saudi. Dan akhirnya ia didakwa bahawa dari Allahyarham Raja Saudi yang menderma wang tersebut.

12. Sekarang Menteri Saudi menafikan ada apa-apa rekod yang 681 juta USD adalah hadiah. Dia mendakwa bahawa ia adalah satu pelaburan. Dia tidak fikir dengan jumlah yang begitu besar.

13. A.G. kemudian mendakwa bahawa 620 juta USD telah dikembalikan ke Arab Saudi pada tahun 2013. Secara tepatnya bila? Apa bukti. Sebelum ini wang itu dikatakan telah berpindah dari Ambank kepada bank-bank Singapura dan Kerajaan Singapura telah membekukannya. Jadi, bagaimana Najib kembalikan wang itu jika ia telah beku. Bank mana yang terlibat? Apakah bukti bahawa wang yang telah dibekukan? Berapa banyak?

14. Berapa lama Kerajaan yang boleh membekukan akaun? Pembekuan ini adalah untuk membolehkan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura untuk menyiasat kemungkinan ianya pengubahan wang haram. Kita tidak mendengar apa-apa dari Singapura.

15. Jadi di mana wang ini sekarang? Adakah ia dalam bank Singapura, kaku dan beku? Atau adakah dengan Arab Saudi? Adakah Kerajaan Saudi atau Putera Saudi atau individu? Telah kembali kepada penderma? Apa bukti. Adakah ia dalam laporan oleh Bank Negara atau SPRM? Tiada bukti. Hanya kata-kata A.G. ini. Maaf saya tidak percaya A.G. lagi.

16. Kini A.G. Swiss mendakwa bahawa ia bukan Ringgit 2.6 bilion tetapi Ringgit 4 bilion ada dalam akaun Najib. A.G. Swiss memohon kerjasama daripada A.G. Malaysia. Dengan segera A.G. Malaysia menyatakan bahawa ia bukan mengenai 681 juta dolar Amerika dalam akaun peribadi Najib. Tiada apa-apa yang salah di situ.

17. Tetapi dia sendiri berkata, beliau menolak laporan SPRM kerana bukti yang tidak mencukupi. Jika ia tidak mencukupi mengapa tiada siasatan lanjut dijalankan sehingga ianya adalah mencukupi?

18. Tetapi Apandi telah mengatasi kuasanya dan mengarahkan SPRM untuk menghentikan menyiasat 2.6 bilion (681 juta USD) dalam akaun peribadi peribadi Najib di Ambank. SPRM adalah sebuah institusi bebas. Malah PM tidak boleh menghentikan siasatan. Tetapi jelas Apandi takut yang lebih banyak bukti akan ditemui.

19. Dan kini dia mahu mengukuhkan OSA supaya dia boleh memenjara seumur hidup pembocor maklumat. Mengapa? Mungkinkah dia sembunyikan bukti? Apakah undang-undang mengenai orang-orang yang menyembunyikan bukti mengenai sesuatu jenayah?

20 Undang-Undang tidak dibuat untuk menyembunyikan jenayah. Undang-undang digubal untuk mencegah jenayah dan menghukum penjenayah. Apakah mungkin cubaan untuk menyimpan laporan di luar bidang kuasa A.G. Switzerland berpunca daripada keinginannya untuk menyembunyikan bukti? Ianya adalah perbuatan jenayah.

21. Najib disokong kuat oleh ketua bahagian UMNO, ahli-ahli Parlimen UMNO dan Menteri-Menteri Kabinet. Mereka menganggap biasa sahaja untuk Najib menerima berbilion dalam akaun peribadinya.

22. Apabila dia cuba menjelaskan kepada Majlis Tertinggi UMNO di mana beliau mendapat begitu banyak wang dan mengapa dia tidak memberitahu UMNO, seorang ahli majlis berkata tidak ada keperluan untuk beliau menjelaskan. Hanya memberi RM5 juta kepadanya untuk pilihan raya akan datang dan dia akan menang. Sama ada wang itu dicuri atau tidak, tidak penting kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi. Mereka seolah-olah bersedia untuk menerima wang yg dicuri. Bolehkah kita mempercayai orang seperti untuk mentadbir Malaysia?

23. Wang tidak boleh disembunyikan. Beberapa ribu Ringgit wang tunai boleh disembunyikan tetapi tidak berbilion-bilion Ringgit. Jika anda menyimpan jumlah wang yang besar seperti wang di bank, banyak orang yang akan mengendalikannya dan akaun tersebut akan diketahui. Tetapi kerahsiaan perbankan bermakna bahawa mereka tidak akan memberitahu apa yang mereka tahu.

24. SPRM tidak akan berkuasa dan tidak berguna jika mereka tidak boleh mendapatkan maklumat kerana kerahsiaan perbankan. Saya tidak fikir mereka adalah tertakluk kepada kerahsiaan perbankan untuk bertindak. Jika tidak, mari kita lupakan tentang memerangi rasuah. Kita sebaliknya perlu menghalalkan rasuah.- Tun Dr Mahathir Mohamad/ http://chedet.cc/?p=2070,terjemahan dgn kelam kabut oleh Azmi Murid


VietJet Air
Vietjet Air - Bikini Airline
Story kat SINI dan SINI   


Ingat wahai rakyat, INGAT BN INGAT PENIPU...

cheers.

No comments: