06 April 2016

Kroni yg.beli tanah Perda, tak bina rumah kos murah pun...


Shabudin dalam sidang media 31 Mac lalu mendakwa syarikat terbabit disyaratkan membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat. Foto Utusan Online

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) masih gagal menjelaskan skandal penjualan tanah kepada sebuah syarikat swasta yang menyebabkan rakyat Pulau Pinang kerugian RM15.2 juta.

Shabudin dalam sidang media 31 Mac lalu mendakwa syarikat terbabit disyaratkan membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat. 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata PERDA masih tidak menjawab banyak persoalan tentang skandal itu, termasuk isu pembinaan rumah kos rendah untuk rakyat.

Katanya, Pengerusi PERDA Datuk Shabudin Yahaya, mengatakan syarikat yang membeli tanah itu, SYT Prestige Sdn Bhd sudah disyaratkan membina rumah murah tetapi jaminan itu amat diragui.

Menurutnya, ini kerana apabila arkitek SYT membentangkan permohonan untuk membina 27 rumah kedai kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 28 Mac lalu, tiada sebuah rumah pun dicadangkan untuk dibina apatah lagi rumah kos rendah.

“Dakwaan PERDA bahawa rumah murah akan dibina kemudian selepas rumah kedai, amat mengelirukan dan tidak bertanggung jawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa garis panduan perumahan yang dipakai di seluruh negara mewajibkan rumah murah, seperti rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah, dibina dahulu atau serentak dengan rumah kedai atau rumah mewah.

“Macam mana rumah murah boleh dibina serentak dengan rumah kedai bila tidak ada permohonan dibentangkan untuk bina sebuah rumah pun, jangan pun sebut rumah murah,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Guan Eng meminta Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor supaya tidak berdolak-dalik berikutan kerugian yang ditanggung rakyat Pulau Pinang akibat penjualan tanah PERDA dengan harga yang sangat murah itu.

Katanya, PERDA telah menjual tanah 8.6 ekar itu pada tahun lalu dengan harga RM1.4 juta sedangkan nilaian oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah RM16.6 juta.

Menurutnya, apa yang membingungkan adalah punca sebenar Shabudin menolak taksiran yang dibuat Kerajaan Persekutuan dalam isu penjualan tanah tersebut.

“Shabudin telah jelaskan bahawa tanah dijual murah (dengan kerugian RM15.2 juta) kerana tanah itu mendap dan hakisan teruk akan mengakibatkan kerugian sebanyak RM10 juta kepada PERDA, dan pada masa yang sama, SYT disyaratkan untuk membina rumah murah bagi rakyat.

“Tetapi alasan Shabudin itu tidak benar sama sekali. Kos rawatan tanah maksima adalah RM5 juta. Macam mana sebuah syarikat boleh cari untung dengan membina rumah murah sekiranya PERDA yang merupakan agensi kerajaan persekutuan yang tidak berasaskan keuntungan, tidak boleh melaksanakannya,” ujarnya.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mempertikaikan tindakan PERDA kerana tidak menjalankan jualannya secara tender terbuka supaya mendapat harga tertinggi dan wajar.

“Tidak ada kepastian tentang kos sebenarnya bila PERDA tidak mahu menjelaskan mengapa penjualan tanah dibuat tanpa tender terbuka.

“Tender terbuka membolehkan harga tawaran yang paling tinggi dipilih. Hendak jadi broker tanah pun mesti untung, jangan-jangan rugi dengan menjualkannya tanpa tender terbuka,” jelas beliau. - malaysiadateline

Better for Perda to sell all govt land, close shop

Rafizi arrested at Parliament gates...
Story kat SINI dan SINI   



YB Rafizi Ramli dibawa ke Ibupejabat KEADILAN oleh pasukan polis khas dan pejabat beliau sedang digeledah.Selepas ini RUMAH BELIAU PULA AKAN DIGELEDAH dan malam ini tidur lokap.Adakah penghinaan ini hanya kerana beliau memperjuangkan nasib rakyat?


MP wants Jakel to furnish receipts of Najib's 'charity'...

An opposition lawmaker has urged fashion house Jakel Trading to furnish receipts to prove that Prime Minister Najib Abdul Razak purchased clothing and other items for charitable purposes and not for his wife Rosmah Mansor.

Lim Lip Eng was responding to a claim by MyKMU.net concerning the allegation that Najib transferred US$14 million to Jakel from 2011 to 2014.

Quoting a source, the portal claimed this was to procure items for charitable contributions such as clothing for orphanages and victims of natural disasters as well as carpets for mosques.

"Is MyKMU admitting that Najib spent US$14 million at Jakel?" asked Lim.

Noting that the prime minister's salary was only RM50,000, the DAP MP said Najib could not have afforded to pay such a colossal sum.

"I want the prime minister to come clean and tell the people how he got the money for this," he added.

On a sarcastic note, the Segambut MP said the government should write to the Guinness Book of Records to include Najib as a leader who has made the biggest donation.

Yesterday, Lim filed a police report on the amount allegedly spent at Jakel as disclosed in The Wall Street Journal report.

After visiting the fashion house, he claimed that some dresses could cost up to RM10,000 apiece.

"So did Najib buy 5,500 dresses from Jakel for Rosmah in four years? One year equals 365 days, which in turn equals to 1,375 dresses. That is about four dresses a day," he had said.

However, MyKMU criticised the media for attempting to portray the prime minister's wife as a spendthrift.

"There is no person mad enough to buy clothes from Jakel for tens of millions of ringgit for personal use.

"If it was indeed for personal collection, based on the prices of the clothing in Jakel which is within the affordable range for the majority of Malaysians, Najib would have to rent a warehouse to store all the clothes," it argued.

The portal said Najib, Umno and its wings as well as NGOs purchased clothing on a yearly basis for orphans using the contribution from the prime minister.

Malaysiakini has sent an email to Jakel Trading and is awaiting its response.- mk

1MDB critic DAP’s Tony Pua barred from leaving country
Pua tells 1MDB, Stop making an ass of yourself...
Story kat SINI dan SINI  



cheers.

No comments: