21 March 2012

Tanpa Perkara 121(1), para hakim ini balik jadi hakim pertandingan suara burung tekukur lagi bagus...

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bimbang institusi kehakiman masih lagi takut kepada kuasa eksekutif selagi tidak dikembalikan peruntukan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

"Saya bimbang akibat daripada perkara pokok ini masih belum dikembalikan kepada institusi kehakiman di dalam negara kita, saya bimbang bahawa masih wujud elemen-elemen ketakutan di kalangan para hakim (kepada kuasa eksekutif)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika berucap di Dewan Rakyat semalam.


Sebelum ini, bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.


Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.


Selepas itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui berlakunya perkara itu tetapi mendakwa perkara itu hanya berlaku di zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sahaja.


Mahfuz bagaimanapun menganggap kenyataan Dzaidin itu memperlihatkan bahawa belum ada satu penyelesaian yang sebenar kepada perkara pokok yang ditimbulkan oleh bekas Ketua Hakim negara itu.


"Saya bimbang bahawa elemen ketakutan itu masih wujud sekarang ini.


"Kalau-kalaulah ada elemen ketakutan ini, lebih baik para hakim ini balik jadi hakim pertandingan suara burung tekukur lagi bagus," kata beliau.


Kenyataan bekas Ketua Hakim Negara itu telah menggambarkan sesuatu yang sangat memalukan negara apabila para hakim yang sepatutnya dilihat punya kuasa untuk menjatuhkan hukuman, tiba-tiba boleh takut dan akur kepada tuntutan dan kehendak pemimpin-pemimpin politik kerajaan, kata Mahfuz.


Bagi mengatasi ketakutan itu, beliau menuntut dikembalikan Perkara 121 itu.


"Perkara pokok yang ditimbulkan oleh Tun Dzaiddin itu ialah Perkara 121 yang saya lihat bahawa sehingga hari ini masih belum dikembalikan.


"Perkara 121 yang berkaitan dengan soal kuasa kehakiman yang merupakan satu perkara yang sangat pokok dalam pemisahan kuasa yang sepatutnya berlaku di dalam negara kita ini," katanya.


Perkara 121 itu juga mesti dikembalikan, kata Mahfuz (gambar) , supaya tidak ada ruang untuk berlakunya penyalahgunaan kuasa eksekutif terhadap institusi kehakiman di dalam negara kita.


Bagi beliau, apa yang telah dilakukan di dalam apa yang didakwa sebagai reformasi institusi kehakiman sebelum ini hanya bersifat kosmetik yang tidak menyelesaikan perkara pokok yang dimaksudkan oleh Dzaiddin.


Dalam ucapannya dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Memorial Tunku Abdul Rahman bulan lalu, Dzaidin berkata, akibat pindaan Perkara 121 itu, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen.


"Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman," katanya.


Beliau menjelaskan situasi itu amat buruk kerana "Parlimen cuba mengarahkan badan kehakiman kerana ia adalah satu-satunya badan yang mempunyai kuasa kehakiman".


Menurut beliau, "pindaan itu pada pandangan saya dalam cara yang landasan sebenar struktur asas perlembagaan persekutuan dari konsep kebebasan badan kehakiman kepada pergantungan badan kehakiman eksekutif untuk kuasa kehakimannya".


Badan kehakiman Malaysia bukan satu alat untuk digunapakai kerajaan untuk apa-apa jenis kepentingan politik, kata Dzaiddin.


"Badan kehakiman sepatutnya bebas sepenuhnya kerana kedua-dua badan eksekutif dan badan perundangan," katanya lagi.


Dr Mahathir bagaimanapun menafikan dakwaan Dzaidin dan Nazri itu tetapi tidak mahu pula mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.- harakahdaily


Tiada Keperluan Pinda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan - Nazri




'Judges better off judging song bird contest with Art 121(1)'

PAS vice president Mahfuz Omar said as long as the controversial amendment made to Article 121 of the Federal Constitution was not reviewed, the judiciary would continue to be subservient to the executive.

"The failure to return this cardinal principle in the country's institution of judiciary would result in continued fear among judges of the executive powers," the Pokok Sena member of parliament told Dewan Rakyat yesterday.


According to Mahfuz (right), the climate of fear among judges could still be felt.

"If this is the case, these judges are better off judging a bird singing contest," quipped Mahfuz in his trademark humour.
 

Earlier, former chief justice Mohd Dzaidin Abdulah accused former prime minister Dr Mahathir Mohamad of causing the courts in the country to be subservient to political leaders, pointing out to the latter's controversial amendment to Article 121(1) in 1988.

This was followed by an admission by minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz of the judiciary's loss of independence during Mahathir's tenure.

Mahfuz said in order to empower the country's judges, Article 121 should be restored.

"This provision is crucial for the separation of powers," he added, and described the so-called judicial reforms as 'cosmetic'.

Critics have pointed out that the 1988 amendment removed the phrase “the judicial power of the Federation shall be vested in two High Courts” from Article 121, which gave judicial power of the federation to the judiciary.

Dr Mahathir had however strongly denied the claims, saying judiciary remained independent with or without the amendment.- harakahdaily


Nazri: No need to review Article on judiciary


 cheers.

No comments: