12 March 2012

Biarlah Najib berangan2 dengan popularitinya...

 Pakatan Rakyat (PR) tidak gusar dengan peningkatan semula populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang hasil kajiannya diumumkan Merdeka Center kelmarin.

Beberapa pemimpin PR berkata paras populariti yang tinggi iaitu 69 peratus pada sekarang, tidak semestinya menggambarkan kedudukan sokongan yang sebenar pengundi ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).


Pemimpin-pemimpin PR tidak menafikan populariti individu Najib, tetapi ia bukan gambaran sebenar tentang tahap keyakinan dan kepercayaan rakyat ke atas kerajaan pimpinannya.

"Pakatan Rakyat tidak cemas dengan penemuan kajian (Merdeka Center) ini," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Kata beliau, BN tidak boleh menang ataupun mengharapkan kemenangan besar hanya dengan meletakkan kebergantungan pada populariti Najib yang agak tinggi pada masa sekarang semata-mata.


Dengan merujuk kepada persekitaran populariti Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008, beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), Saifuddin berkata, kepopularan kepimpinan bekas perdana menteri ketika itu tidak diterjemahkan dalam bentuk undi.

Dalam PRU pertama pada 2004, selaku Perdana Menteri, Abdullah membawa kepada kemenangan bersejarah lebih 90 peratus kerusi Parlimen. BN berhadapan dengan senario berbeza empat tahun kemudian.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Najib pada April 2009. PRU13 adalah yang pertama bagi Najib atas kapasiti sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

"Saya ambil pengalaman saya tahun 2008, ketika Abdullah Ahmad menjadi Perdana Menteri, kajian yang sama yang dilakukan oleh Merdeka Center.


"Ketika itu populariti Abdullah sekitar 70 hingga 72 peratus, paras yang agak tinggi, tetapi apa yang berlaku ialah Umno dan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang (kerajaan) di lima negeri," kata beliau.


Oleh itu kata Ahli Parlimen Machang ini, beliau tidak melihat tahap populariti Najib yang hampir sama tinggi dengan Abdullah akan menjejaskan usaha dan strategi PR menghadapi PRU13.


Saifuddin(kanan) juga berkata, berdasarkan apa yang diperkatakan oleh bekas Ketua Wanita Umno dan bekas anggota Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz bulan lalu, PRU13 tidak boleh dimenangi hanya berdasarkan populariti Najib.

"Tan Sri Rafidah seorang pemimpin berpengalaman, sudah lama dalam politik. Itu komen Rafidah, beliau mampun membuat penilaian (kedudukan BN dan Najib). Jadi, kami di PR tidak gusar, tidak risau dengan kedudukan ini. Kami bersiap sedia untuk menghadapi PRU13, sudah bersedia untuk menghadapi PRU13," katanya lagi.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang turut melahirkan pandangan yang seiring dengan Saifuddin berkata, walaupun populariti Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno, mengalami peningkatan kebelakangan ini, tetapi "tahap kepercayaan kepada kerajaan BN tidak meningkat."

"Saya melihat rakyat Malaysia cukup objektif dalam membuat penilaian mereka," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

"Prestasi individu (Perdana Menteri) tidak sama dengan populariti kerajaan.

"Rakyat adalah bijak dalam membuat penilaian, tidak semua rakyat boleh dibeli dengan tindakan populis (yang sedang dibawa Najib)," kata beliau lagi.


Sehubungan itu kata beliau, PR tidak perlu risau dan gusar dengan hasil kajian terbaru yang diumumkan oleh Merdeka Center.

"Kita tidak perlu risau. Najib popular dalam kajian Merdeka Center, tetapi bukan  dari segi pandangan rakyat. 


Misalnya, keputusan kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam menunjukkan wujud unsur kecuaian dalam pentadbiran kerajaan BN, beliau tidak dapat mengurus dengan baik," kata beliau yang turut percaya bahawa PR dapat mengimbangi populariti Najib dengan dasar-dasar yang ditawarkan menerusi Buku Jingga.- sinar harian

Merdeka Center: Populariti Najib naik balik

BN can’t win GE by riding on Najib’s popularity, says Rafidah...

The next general election cannot be won on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s “likeable” personality alone, Tan Sri Rafidah Aziz has said.

The influential former Wanita Umno chief has cautioned that although she is “optimistic” that Barisan Nasional (BN) can win the upcoming polls, the coalition needed to work on its machinery to guarantee a good victory margin.

“I must tell you, our leader (Datuk Seri) Najib (Razak) is very well received. People like him. He is a likeable fellow. And I think he is very genuine about being close to the rakyat.

“But we don’t go to elections based on one man’s popularity. If it’s possible to carry his name in all the ‘kawasan’, then we would win big. But it can’t. It’s not possible. And he cannot be everywhere to campaign,” she said in an interview with the New Sunday Times today.

The prime minister’s popularity, said the former international trade and industry minister needed to be matched with a solid BN machinery to ensure a clean victory in the 13th GE.

“In order for us to get a good margin, we have to be on the ground working.

“But we’re lucky we have that...people’s attachment to Najib. But every division will have to work hard at it. We have to attend to their (the people’s) needs,” Rafidah (picture) told NST. Despite several scandal involving senior Umno leaders plaguing his administration, Najib has remained likeable and popular as PM, according to several surveys.

According to a survey by International Islamic University (UIA), the Umno president’s approval ratings among the Malay, Chinese and Indian communities rose from 35 per cent, 33 per cent, and 41 per cent respectively in 2008 to 59 per cent, 45 per cent and 62 per cent respectively last year.

A PKR internal poll last year found that Najib was seen as more popular than Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim but a more indecisive and a poorer communicator.  The prime minister was seen positively by 53 per cent of voters compared to 38 per cent who gave him the thumbs-down, according to the survey obtained by The Malaysian Insider.

Much of Najib’s support came from the Malay community, where he was well-regarded by 71 per cent of those polled (net positive 46 points), compared to 34 per cent of Chinese voters (net negative 18 points).

Najib, who assumed the post of PM in 2009 has also gone out of his way to reach out to non-Malays, as seen by his recent visit to Batu Caves during the annual Thaipusam festival. His Batu Caves visit culminated with an announcement of a RM2 million allocation to build a cultural centre in the area.

The incident however angered Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria who on Friday expressed his dismay over the prime minister’s decision to “sacrifice his faith” to attend Thaipusam celebrations at Batu Caves.

Harussani said even though he advised. Najib every year not to join such events, the Barisan Nasional (BN) chief appeared not to place much importance on his faith or Islam.

The PM is expected to attend the annual Chingay parade celebrations in Johor Baru later tonight, another move seen to boost his appeal among non-Muslims.- malaysian insider


cheers.

No comments: