19 March 2012

MEX takeover - Another Najib's crony,Maju Holdings making billions...

najib putrajaya 280212 The taxpayers' money granted to Maju Holdings Sdn Bhd to construct the 26km Kuala Lumpur-Putrajaya Highway, better known as the Maju Expressway (MEX) must be returned, said PKR strategy director Rafizi Ramli, following the sale of the concession to EP Manufacturing Berhad (EPMB) for RM1.7 billion.

Rafizi said a government grant of RM976.7 million was given to Maju Holdings during the construction of MEX, prior to its completion in 2007. The entire project had approximately cost RM1.32 billion.


Business daily,
The Edge reported on Friday that EPMB will finance the acquisition by issuing RM1.2 billion in susuk while the rest will be sourced from bank barrowings.

"Besides the grant, according to my estimates, Maju Holdings had only injected about RM60 million of funds (which is about 4.5 percent of the total cost) and it also borrowed RM370 million from financial institutions," said Rafizi, in a statement today.



Hence, Maju Holdings will make a windfall revenue from the RM1.7 billion takeover by EPMB if the RM976.7 million of public funds are not paid back, he pointed out.

"In case that happens, after settling the RM370 million loan to the financial institutions, Maju Holding will profit around RM1.33 billion when it had only invested RM60 million," said Rafizi.


He urged Prime Minister and Finance Minister Najib Abdul Razak (left) to state whether Maju Holdings is required to returned the RM976.7 million of public funds borrowed.

"If Maju Holdings decide to keep the RM1.33 billion profit, what kind of agreement was signed between the concessionaire, which is widely known to be a strong Umno supporter, and the government?" he asked.

Rafizi added that Najib's green light to business deals worth billions of ringgit "involving BN-Umno cronies" has strengthened conviction that the arrangement are only at the disadvantage to the people.

"In addition, the transactions are all made in secrecy and the lack of transparency strengthens the suspicions," he said. - malaysiakini


Another Najib 'rip-off' deal?



 
Lebuh raya: Pulangkan RM976.7 juta kepada rakyat


Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.

Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. 

Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. 

Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

Mohd Rafizi Ramli ialah Pengarah Strategi PKR - harakahdaily
Sorrylah, ingat Maju Holding nak bayar balik...RM yang untung daripada 'deal' ini, separuhnya akan diserahkan kepada UMNO untuk membiayai PRU ke-13 nanti...

cheers.

No comments: